DHA_12

531 27 9
                                    


TUMBUKAN padu dilepaskan ke sebelah kiri muka mangsanya. Terus jatuh terduduk mangsanya itu.

Karl Adrian lempar pandangan dengan renungan yang tajam. Hairi dan seorang lagi rakan subahat mereka, Rizz hanya diam memeluk tubuh, memerhati.

Bab mengajar, mereka akan serahkan sepenuhnya kepada Karl Adrian. Melainkan kalau keadaan meruncing, barulah mereka berdua akan turun padang.

Karl Adrian melangkah laju dan terus melutut di hadapan mangsanya yang  masih terduduk itu. Kolar baju lelaki itu dicekak kemas.

"Agak kalau hidup tak reti nak hormat perempuan, boleh dah slow slow pergi mampus aku rasa."

Lelaki itu hanya menelan air liur. Mana berani mahu menjawab lagi. Awal tadi, kononnya mahu acah berani, tapi setiap kali dia buka mulut... setiap kali juga penumbuk si Karl Adrian menjadi habuan untuknya.

Sakit, siot!

"Aku paling benci makhluk macam kau ni! Nak jadi jahat, biar ada prinsip la bro! Orang jadi jahat, bukan setakat kacau perempuan la, bodoh!" Kepala lelaki itu disekeh kuat. Menyerengai habis muka mangsanya itu.

Karl Adrian sudah menggenggam penumbuk untuk dia lepaskan sekali lagi ke muka lelaki itu sebelum tiba-tiba dia terdengar namanya dijerit kuat.

Dia pejamkan mata. Menyampah! Tumbukan yang terangkat tinggi tadi dijatuhkan semula.

Karl Adrian tidak menoleh pun, daripada suara sahaja dia sudah tahu siapa pemiliknya. 

Syed Zaheen!

Perlahan-lahan, Karl Adrian berdiri. Sempat lagi dia menyepak tubuh lelaki yang masih terduduk menahan sakit itu. Melepaskan geram!

"Karl!" Syed Zaheen menjerit sekali lagi apabila melihat tindakan Karl Adrian itu.

"Apa nak jadi dengan kau ni? Tak habis-habis buat masalah. Kau tak malu ke, ha?"

Karl Adrian menggigit bibir bawahnya. Nafas ditarik dalam dan dia lepaskan perlahan-lahan.

Matanya, masih juga dipusatkan pada lelaki yang menjadi mangsanya itu. Masih lagi berbuku perasaan marah kepada mangsanya itu.

"Dah banyak kali aku tangkap kau belasah orang. Dah banyak kali juga aku bawa kau hadap cikgu displin. Tapi, apa je yang kau belajar?"

Kali ini Karl Adrian berpaling memandang wajah Syed Zaheen. Senyuman sinis, dia hadiahkan.

"Tak payah acah baik la, Zaheen." Terangkat kening Syed Zaheen.

"Aku tak ada masa nak acah baik, la. Kau tu yang banyak buat masalah, jangan nak letak salah kat orang lain pula."

Karl Adrian hanya lempar senyuman sinisnya kepada Syed Zaheen.

"Baik kau jaga tingkah laku kau. Ingat... kau tu, sedang diperhatikan." Berkerut dahi Syed Zaheen.

"Apa hal aku pula? Aku bukan budak bermasalah macam kau, la!" Karl Adrian tersengih. Biar cuma dia yang tahu maksud kata-katanya itu.

"Dah, chill je dulu. Kau, cuma diperhatikan. So, better jangan silap langkah. Adios!" Karl Adrian berlalu dan membiarkan Syed Zaheen terus terpinga-pinga tidak faham.

Lelaki yang menjadi mangsa Karl Adrian sebentar tadi mula bangun dengan bersusah-payah. Kesakitan,  masih kuat dirasakan.

"Kau nak buat aduan pasal Karl, tak?" Laju lelaki itu menggelengkan kepalanya. Kemudian, terburu-buru lelaki itu meninggalkan tempat tersebut.

"Aku pelik dengan budak-budak yang kena belasah dengan Karl ni, tau. Kenapa semua tak nak buat aduan, eh?" Afiq Mikael turut memikirkan hal sama.

"Padahal, kita ni ada je nak bantu dorang, kan?" Syed Zaheen geleng perlahan kepalanya.

Dia Hero Aku Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang