DHA_36

691 31 6
                                    

Setelah beberapa bulan

DEBARAN amat terasa. Hari ini, semua pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Penilaian Menengah akan menerima keputusan masing-masing.

Aaira Khayla sudah awal-awal lagi berjanji dengan Nabella Areyn dan Aina Delisha untuk bertemu di dewan sekolah nanti.

Sudah beberapa bulan mereka tidak bertemua muka. Namun, hubungan baik antara mereka tetap berterusan. Setiap hari, pasti mereka akan meluangkan waktu bertukar cerita dan bertanya khabar di dalam group Whatsapp.

Tambahan pula, masing-masing sudah bekerja sambilan. Masa yang terluang, mereka tidak mahu dibiarkan terbazir begitu sahaja. Jadi, masing-masing memilih untuk menimba sedikit pengalaman dengan bekerja sambilan.

Dengan itu, mereka sememangnya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu di antara satu sama lain.

"Airaaaa..." Aaira Khayla yang baru sahaja menjejakkan kaki ke dalam dewan sekolah, terus terpinga-pinga apabila mendengar namanya dijerit kuat sebegitu.

Meliar matanya mencari arah suara yang sangat familiar di telinganya itu. Dia sudah pasti benar, pasti itu jeritan dari Nabella Areyn.

Sebaik sahaja matanya tertangkap figura yang sangat dirindukan itu, dia terus sahaja meluru sambil mendepangkan tangannya.

"Bellll..." Bersatu terus tubuh kedua sahabat itu dan mereka terus melepaskan segala rindu yang sudah terpendam lama.

"Aina mana? Tak sampai lagi?" Soalan itu terus ditanyakan sebaik pelukan dilepaskan.

"Dah sampai, tapi dia pergi tolong cikgu kejap. Maklum la, murid kesayangan, kan." Terhambur ketawa mereka berdua.

"Ha, tu pun dia." Maka, kejadian sama pun berulang sekali lagi. Mereka berpelukan mesra untuk melepaskan rindu.

Dalam masa yang singkat, sempat juga mereka berbual pelbagai topik sebelum masing-masing diminta mengambil tempat sebelum acara dimulakan.

Seperti biasa, acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan juga ucapan-ucapan dari guru-guru yang terlibat sehingga diakhiri dengan ucapan daripada pengetua sekolah.

Selepas itu, debaran kembali marak di hati semua. Mereka bertiga saling menggengam tangan untuk menghilangkan rasa gementar.

Keputusan diumumkan dengan pelajar paling cemerlang yang mendapat keputusan 10A. Seperti yang sudah dijangka ramai, Syed Zaheen adalah pelajar pertama yang dipanggil naik ke pentas.

Tepukan gemuruh diterima Syed Zaheen oleh seisi dewan. Pengetua juga kelihatan berbangga dengan si ketua pelajar itu.

Bukan Syed Zaheen seorang yang mendapat keputusan secemerlang itu, turut memperoleh keputusan yang sama adalah Aina Delisha, Afiq Mikhael dan Nabella Areyn.

Aaira Khayla pula, terpaksa berpuas hati dengan hanya 9A, namun senyuman tetap juga terukir manis diwajahnya. Setidaknya, dia dapat menumpang gembira dengan kejayaan rakan-rakan rapatnya.

Namun, keputusan paling tidak dijangka apabila diumumkan Karl Adrian merupakan salah seorang dari tujuh pelajar yang memperolehi 8A.

Seisi dewan gamat apabila namanya diumumkan oleh pengacara majlis. Seperti Syed Zaheen, dia juga turut menerima pelukan dari pengetua sekolah.

Siapa sangka, si kepala budak nakal di sekolah mampu meraih keputusan secemerlang itu.

Layla Tasnim juga turut menjadi salah seorang pelajar yang dapat naik ke pentas dengan keputusan 7A yang diperolehi.

Dia Hero Aku Where stories live. Discover now