DHA_18

573 29 3
                                    

SELEPAS Aaira Khayla sudah tahu akan isi gosip tentangnya yang sedang tersebar meluas, dia sudah tidak lagi merasa apa-apa.

Kosong.

Biarpun, semua mata masih juga mengekori setiap langkah kakinya. Biarpun setiap bisikan pelajar masih setia menemani pandangannya... dia sudah tidak peduli lagi.

Dia tak bersalah!

Tidak!

Jadi, untuk apa dia merasa takut? Apatah lagi marah.

Namun, dalam masa yang sama kepalanya ligat berfikir cara untuk dia bersihkan semula namanya.

Dulu, dia memang tidak ambil pusing. Tapi kali ini, tuduhan yang diterima itu, amat berat. Dia sendiri merasa jijik mendengar setiap perilaku dirinya yang enak digembar-gemburkan itu.

Memang tidak salah jika mereka menjauhkan diri darinya. Memang normal jika dia dipandang hina.

Tapi...

Jika itu semua benar, memang patut  untuk dia pasrah. Masalah sekarang, semua itu, fitnah!

Layla Tasnim!

Mungkin sudah sampai masanya, untuk semua orang tahu belang yang dia sembunyikan. Tidak, dia bukan mahu membalas dendam. Jauh sekali.

Dia masih punya hati dan perasaan. Dia sudah melalui saat di mana semua membenci dirinya. Malah, masih sedang dia melalui hal itu. Rasanya... sangat sakit dan terasing. Biarpun, dia sudah biasa mengasingkan diri sebelum ini. Tetap juga rasa sakit itu mampu mencengkam dirinya.

Dia cuma, mahu memberi sedikit pengajaran kepada Layla Tasnim. Dia mahu Layla Tasnim tahu dan sedar, bahawa dia tiada hak untuk berbuat sesuka hati kepada hidupnya.

Hidupnya adalah masa depannya. Hidupnya yang mana di dalamnya punya emak dan ayahnya. Di mana mereka mahu meletakkan muka jika perkara ini tesebar sehingga ke luar sekolah?

Semua kemungkinan adalah tidak mustahil. Jadi, dia perlu bertindak segera untuk menghentikan segalanya.

Semuanya!

Tapi, macam mana?

***

KARL Adrian baru sahaja menapak masuk ke dalam biliknya sebelum terdengar pintu masuk dibuka.

Pasti emaknya sudah pulang.

Karl Adrian mengintai dari sebalik pintu untuk kepastian. Kelihatan kelibat emaknya dengan raut wajah yang tegang.

Karl Adrian tersenyum sinis. Emak... tidak pernah mahu bermanis wajah apabila kakinya melangkah sahaja masuk ke dalam rumah ini. 

Namun, dia sudah terbiasa dengan keadaan itu. Dari dahulu lagi emak memang melayan dia begitu. Kasar!  Bukan setakat di dalam rumah sahaja, malah jika ke mana pun jua mereka pergi... layanan emak terhadapnya tetap juga sama.

Jauh berbeza dengan layanan emak kepada orang lain.

Karl Adrian sudah lali. Sudah terbiasa. Cuma, adakalanya dia terasa juga mahu bermanja dengan ibu kandungnya itu.

Sejak kecil lagi, dia tidak pernah dilayan seperti sepatutnya. Dia faham, malah sangat faham mengapa emak bersikap sedemikian.

Tapi, adakah semuanya hanya kerana dia seorang lelaki? Salahkah dia dilahirkan sebagai seorang lelaki? Kalaulah dia mampu untuk memilih. Kalaulah dia mampu mengubah takdir.

Dia Hero Aku Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang