DHA_31

540 31 2
                                    

HAIRI hentikan langkahnya secara tiba-tiba. Rizz yang berada di sebelah juga spontan terhenti langkahnya.

Rizz mengangkat kening, tanda bertanya. Namun, Hairi menjawab hanya dengan muncungan mulutnya yang dihalakan ke suatu arah.

Serta-merta pandangan mata Rizz melirik ke arah yang ditunjukkan Hairi itu.

Membesar matanya melihat adegan yang sedang berlansung itu.

"Kurang ajar betul! Jom..." Kaki terus dibawa melangkah ke arah tempat kejadian. Hairi segera mengikuti dari belakang.

Yakin sekali langkah yang diatur mereka.

"Hoi!" jerkah Rizz dengan nada yang sangat kuat.

Terhenti perbuatan seorang pelajar lelaki yang sedang seronok mengusik seorang pelajar perempuan. Raut wajah pelajar perempuan itu kelihatan sangat cemas. Air matanya sudah mengalir.

Pelajar lelaki itu mengeluh kasar. Kacau daun betul!

"Kau buat apa, ha?" Hairi menyoal kasar. Pelajar perempuan tadi cepat-cepat melarikan diri ke belakang Hairi dan Rizz.

Pelajar lelaki yang memakai tag nama Aiman itu mengangkat keningnya.

"Apa hal, aku kacau awek kau ke, bro?" soal Aiman sinis.

Hairi tersenyum sinis. Rizz pandang sekilas ke arah pelajar perempuan yang jelas dalam keadaan sedih dan ketakutan itu.

Hairi tersenyum sinis sebelum menjawab.

"Kalau bukan awek aku pun, kau tak perlu nak biadap sangat, kot." Aiman ketawa berdekah.

"Serius la. Aku tahu, korang konon-konon nak jadi hero, kan? Nak jaga semua pelajar perempuan... Tapi, macam dah kurang sorang, la." Aiman memegang dagu lagak orang sedang berfikir.

"Apa hal, kawan korang dah mula sedar, ke? Kacau perempuan ni... besttttt!" Tawa Aiman pecah, berdekah-dekah.

Rizz dan Hairi hanya memandang dengan mata yang semakin mengecil. Rasa geram mula mahu membiak dalam diri mereka.

"Blah la, tak payah nak jadi hero sangat. Nisa, meh sini!" Mata Aiman tajam memandang pelajar perempuan yang dipanggil Nisa itu sambil menggamit tangannya.  Manakala, Rizz dan Hairi sama-sama merapatkan tubuh mereka agar Nisa masih terlindung di belakang mereka.

Aiman lepas keluhan, kasar.

"Aku tak ada masalah dengan korang, jadi tak payah cari pasal. Jangan nak jaga tepi kain orang la!" Aiman menolak kasar bahu Hairi.

Rizz yang melihat itu sudah tidak mampu membendung lagi rasa geramnya, dia sudah maju ke depan untuk membalas perbuatan Aiman itu, namun cepat-cepat Hairi menahannya.

"Aiman, sudah la. Kami pun bukan nak cari pasal dengan kau. Kita lupakan semua ni, kau pergi je." Hairi cuba bertindak rasional. Namun, bukan begitu yang Aiman mahukan.

"Apa hal kau nak suruh aku pergi? Lambat sikit la, bro. Blah la!" Aiman menjerkah kuat betul-betul di tepi telinga Hairi.

Sakit betul hatinya. Entah dari mana datangnya dua 'mangkuk hayun' ni agaknya.

Sebelum ini, dia ada terdengar yang mangkuk-mangkuk ni sudah bersara dari terus menjadi hero sebab ketua mereka dah insaf, katanya.

Tapi, apa hal pulak jadi macam ni?

"Sabar, jangan marah-marah macam ni, benda boleh bawa bincang..." Hairi masih lagi mahu bertoleransi walau hakikatnya hatinya juga sudah panas membara.

Dia Hero Aku Where stories live. Discover now