Layla Tasneem berjalan bergandingan bersama Syed Zaheen. Sejak tembelang Aaira Khayla dipecahkan, entah bagaimana mereka berdua pula menjadi semakin akrab.Bukan, Layla Tasneem bukan sudah jatuh hati. Hatinya, yang masih sakit akibat ditolak Harith masih belum mampu menerima sesiapa pun jua.
Cuma, dia semakin selesa bersama Syed Zaheen. Mungkin juga dia sering mahu bersama Syed Zaheen kerana dia mahu pastikan yang Syed Zaheen akan benar-benar membenci Aaira Khayla.
Barulah tenang hidupnya.
Bagi Syed Zaheen pula, kehadiran Layla Tasneem seolah perlahan-lahan mengubat luka dihatinya yang telah ditoreh kejam oleh Aaira Khayla.
Semakin kerap dia bertemu Layla Tasneem, semakin tenang rasa dalam hatinya.
Tapi, kelukaan lama bersama Aaira Khayla mengajar dirinya supaya tidak terburu-buru lagi.
Dia enggan membiarkan rasa hampa dan kecewa yang pernah dia rasakan berulang kembali.
Biar segalanya berlaku secara semula jadi.
"Layla..." Layla Tasneem pantas menoleh. Senyuman yang sedari tadi menghiasi bibirnya, terus terpadam apabila melihat figura yang sedang berdiri di hadapannya kini.
Raut wajahnya, terus bertukar. Dadanya berombak laju.
Tanpa berfikir panjang, dia terus mahu membuka langkah. Dia, tidak mahu berlama-lama di sini.
Hatinya masih terluka parah. Dia masih tidak mampu walau hanya untuk bertentang mata dengan lelaki ini.
Melihat ke dalam mata lelaki itu, seolah telah mengalirkan semula darah yang telah berhenti pada luka di hatinya.
Sakit!
Harith yang melihat Layla Tasneem seperti mahu melarikan diri, cepat-cepat memintas dan terus menghentikan langkah gadis itu.
Syed Zaheen yang masih berada di situ menjadi bingung. Apa yang sedang terjadi? Siapa pula lelaki ini?
"Kenapa nak lari?" soal Harith. Layla Tasneem terus mendiamkan diri. Wajah juga hanya tunduk memandang lantai.
"Layla... Pandang saya, Layla!" Layla Tasneem telan air liur.
Apa lagi yang lelaki ini mahukan? Setelah dia ditolak secara terang-terangan, apa lagi yang dia harapkan kini?
Layla Tasneem benci!
Benci!
Benci dengan hatinya yang masih kuat berdegup saat terpandang Harith.
Benci dengan dirinya yang cepat terasa lemah dengan kemahuan Harith.
Dia benci!
"Layla..." Suara Harith yang sayu berjaya membuatkan Layla mendongak akhirnya.
Matanya mula berair. Sebak!
Sudah lama dia rindukan lelaki ini. Tapi, lelaki ini menolaknya. Kejam!
"Awak nak apa?" soalnya dengan suara yang jenuh dikawal.
"Kenapa? Kenapa awak sampai hati fitnah saya macam tu?" Berkerut dahi Layla Tasneem.
Fitnah?
Bila masa?
"Saya tahu kita ada masalah... tapi mesti ke awak fitnah saya macam tu?" Layla Tasneem menggelengkan-gelengkan kepala.
Cuba menafikan, namun tiada peluang dia mencelah.
"Macam ni ke, Layla? Macam ni ke cara awak nak buktikan yang awak betul-betul sukakan saya?" Layla Tasneem masih terus dalam keadaan bingung.
YOU ARE READING
Dia Hero Aku
Teen FictionCover by :: @hottesPuaka Aaira Khayla, kerana satu peristiwa hatinya menjadi keras dan sukar mempercayai sesiapa. Kawan baginya, hanya sekadarnya sahaja. Ramah, seolah sudah terhapus dari kamus hidupnya. Syed Zaheen, ketua pelajar yang berdedikasi...