DHA_26

503 26 6
                                    

AIR mata yang sudah bergenang, mula menitis ke pipi. Cepat-cepat dia menghapuskan air matanya itu.

Karl Adrian yang berada di sebelahnya hanya mendiamkan diri.

"Karl..." Karl Adrian berpaling memandangnya. Jelas kelihatan matanya yang masih basah. 

"Mungkin, kau je yang fikir macam tu. Mana ada emak yang bencikan anak dia. Kan?" Karl Adrian ketawa kecil. 

Ya, dia sedar dia cuba menafikan hakikat tentang apa yang sudah dia dengari. Cuma, akalnya yang waras ini masih belum mahu menerima teori seorang emak boleh membenci anak kandungnya sendiri.

Ada ke?

Karl Adrian kelihatan tenang. Tidak pula dia mahu membantah.

"Karl... mungkin kau salah faham. Mungkin, emak kau ada alasannya yang tersendiri kenapa dia macam tu."

Sekali lagi, dia cuba mahu memancing Karl Adrian supaya terus berfikiran positif. Ialah, emak kot.

Dia sudah cuba meletakkan dirinya di tempat Karl Adrian. Dalam masa yang sama juga, dia cuba memahami keadaan emak Karl Adrian.

Sudahnya, dia semakin bingung jadinya.

Apa agaknya alasan terbaik yang boleh wujud dalam dunia ini sehingga naluri seorang ibu itu boleh lenyap?

Mustahil, kan?

"Dah tujuh belas tahun, Aaira. Aku dah terlalu masak dengan semua ni. Aku, dah lali pun."

Tujuh belas tahun?

Maknanya apa? Sejak lahir emak Karl Adrian dah benci dia?

Biar betik?

"Tapi, tak kan la..." Dia tak mampu menghabiskan ayatnya.

Nak mengulang waima sekali lagi pun pada Karl Adrian yang emaknya membenci pun dia dah tak sanggup.

"Ya Aaira. Mak aku, dia benci dengan aku. Sangat-sangat."

Dia cuba pandang Karl Adrian. Mahu mentafsir riak yang terpamer.

Tapi, kali ini Karl Adrian kelihatan tenang.

"Mesti ada sebab... kalau betul mak kau..." Karl Adrian angguk terus kepalanya.

Aaira Khayla telan air liur.

"Kau tahu?" soalnya lagi.

Mengetahui hakikat yang seorang emak sanggup membenci anaknya dah cukup pelik. Tapi, bila tahu si anak tahu sebab-musabab si emak membenci... macam lagi pelik rasanya.

Kan?

"Aaira, aku tak pernah buka cerita ni kat sesiapa. Kau, orang pertama yang akan tahu rahsia ni. Aku harap, aku dedahkan semua pada orang yang betul."

Membesar matanya. Hanya dia yang tahu? Debaran semakin kuat dirasakannya.

"Boleh jadi, lepas kau tahu semua ni... kau dah tak sudi nak kawan dengan aku lagi." Karl Adrian tunduk memandang tanah.

Rasa ingin tahu, semakin melonjak dalam dirinya. Tapi, apa maksud Karl Adrian itu? 

Dia tak akan sudi mahu berkawan lagi dengan Karl Adrian?

Serius la?

"Insya Allah... aku akan tetap ada untuk kau." Karl Adrian tersenyum agak sinis.

"Aku tak akan salahkan kau, kalau sebaliknya yang jadi."

Okey, saat ini... dia sudah mula menimbang semula. Wajar atau tidak untuk dia terus mendengar. Bunyinya macam... sangat serius.

Tapi, nampaknya Karl Adrian sudah terlalu yakin dengan keputusannya apabila dia sudah mula menceritakan segalanya.

Dia Hero Aku Where stories live. Discover now