AAIRA Khayla seperti biasa akan menghabiskan masa rehatnya di pondok yang agak terpencil itu.Walaupun sekarang dia sudah mula membuka kembali pintu hatinya untuk bersosial seperti dahulu, namun ada kala, rasa sunyi itu telah menjadi sebati dalam dirinya.
Dia sudah terbiasa. Maka di sini juga langkahnya membawa diri.
Tenang!
Dia sangat sukakan perasaan ini. Entahlah, menjauh daripada keramaian... benar-benar memberinya ketenangan.
"Aaira..." Dia tersentak.
Baru sahaja dia mahu menikmati rasa tenang ini, ada pula yang datang menyertai.
Namun, saat dia berpaling... denyutan jantungnya terus menjadi laju. Cepat-cepat dia mengalih semula wajahnya.
Tidak mahu Syed Zaheen perasaan akan perubahan riaknya.
Dahinya berkerut. Dia merasa cemas.
Jawapan untuk Syed Zaheen masih belum dia fikirkan. Macam mana ni?
"Maaf kalau awak tak selesa." Dia hanya telan air liur. Suara Syed Zaheen sudah begitu dekat, pasti sudah mengambil tempat di sebelahnya.
"Saya nampak awak sorang-sorang. Sebab tu, saya singgah." Jelas kedengaran suara Syed Zaheen juga tidak teratur.
Mungkin Syed Zaheen juga masih merasa kekok. Atau, sebenarnya dia terasa hati?
"Awak tak sudi nak berkawan dengan saya?" Ha, itu dia.
Benarkah dia terasa hati?
Laju dia menoleh memandang Syed Zaheen. Mata mereka saling bertemu pandang. Sekejap, kemudian cepat-cepat Aaira Khayla melarikan pandangannya.
"Jangan salah faham. Saya tak bermaksud sampai macam tu." Aaira Khayla membalas, namun dia tetap tidak memandang Syed Zaheen.
"Maksud awak?" soal Syed Zaheen lagi.
Aaira Khayla semakin gelisah. Bentuk jawapan bagaimana yang perlu dia beri?
Dia sedar, Syed Zaheen mahu mendengar jawapannya. Sama ada terima atau tidak. Tapi, buat masa ini jawapan yang ada padanya hanya... dia masih perlukan masa.
"Saya masih berfikir." Terdengar Syed Zaheen lepaskan keluhan.
"Awak ragu dengan saya?" Berkerut lagi dahi Aaira Khayla. Tepi dahinya digaru perlahan.
"Bukan macam tu," katanya. Namun cepat ditangkas Syed Zaheen.
"Kalau bukan macam tu, kenapa?" Aaira Khayla gigit bibirnya.
"Look at me, Aaira. Tell me. Apa yang awak takutkan?" Aaira Khayla masih juga menunduk.
Keluhan Syed Zaheen terlepas lagi. Aaira Khayla makin gelisah.
Perlahan-lahan, dia angkat mukanya. Mencari mata Syed Zaheen.
"Awak takut?" soal Syed Zaheen lagi.
"Saya tak tahu apa yang merubah awak dulu. Tapi, saya janji saya akan cuba memahami segalanya. Saya nak jadi teman yang awak boleh luahkan semuanya. Saya nak kongsi semua derita dan air mata awak. Saya nak jadi orang yang awak cari bila awak perlukan sokongan..." Syed Zaheen menatap mata Aaira Khayla. Berharap agar Aaira Khayla dapat merasai ketulusan hatinya.
"Saya tak faham apa yang pernah awak lalui dulu. Tapi, saya harap dapat lalui semuanya dengan awak sekarang."
Aaira Khayla tediam. Ini, pertama kali dia melalui situasi begini. Ditabur dengan janji manis dan dibuai kata-kata yang menyentuh hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dia Hero Aku
JugendliteraturCover by :: @hottesPuaka Aaira Khayla, kerana satu peristiwa hatinya menjadi keras dan sukar mempercayai sesiapa. Kawan baginya, hanya sekadarnya sahaja. Ramah, seolah sudah terhapus dari kamus hidupnya. Syed Zaheen, ketua pelajar yang berdedikasi...