DHA_19

547 31 8
                                    

AAIRA Khayla pandang lama skrin telefon pintarnya. Senyuman sinis terukir saat membaca perbualan yang terbaru. Saat seseorang bertanyakan tentang identitinya.

Eh, Aaira? Maaf tanya... Ice Queen ke?

Aaira Khayla terdiam. Ice Queen...  sudah lama gelaran itu tidak menyapa pendengarannya.

Dia menanti seketika. Mana tahu ada yang akan menjawab soalan dari yang bertanya itu. Tapi, tiada. Group yang meriah sebentar tadi, terus senyap sunyi.

Akhirnya, Aaira Khayla memilih untuk menjawab sendiri. Dia juga mahu melihat sendiri reaksi ahli group tentang dirinya. Tambahan pula dengan gosip yang sedang hebat melandanya ketika ini.

Yes, I am.

Aaira Khayla sudah bersedia untuk menekan butang left saat membuat keputusan mengenalkan diri. Dia tidak mahu keharmonian group ini tercemar gara-garanya.

Wahhh... Kak Aira ke? Bestnya dapat kenal akak dalam ni.

Ternaik keningnya.

Aaira? Ice Queen? Serius la? Tak sangka la... 😍😍

Dia terkedu pula. Tak sangka dengan penerimaan mereka yang sebegini.

Aaira, awak tak nak ke pertahankan diri. Saya tak rasa gosip yang tersebar tu betul.

Kemudian, beberapa orang lain turut menyokong supaya dia bangkit mempertahankan diri.

Kenapa korang yakin aku tak salah?

Dia melihat beberapa orang ahli group sedang menaip. Ramainya yang memberi tindak balas. Dia... terharu.

Kami memang tak tahu apa kebenarannya. Tapi, mustahil kau buat semua benda gila tu.

Aaira, jangan biar orang senang-lenang buat cerita.

Salah ke tak, tu bukan masalah. Yang penting dorang tak ada hak nak sebar cerita akak sampai macam tu sekali.

Andai kata kau salah sekalipun, mesti kau sendiri pun dah menyesal, kan? Perlu ke diungkit lagi?

Bergenang air matanya membaca satu persatu perbualan yang bertubi-tubi masuk. Tak sangka, masih wujud lagi manusia yang tidak terkesan dengan gosip tersebut.

Thanks, korang. Actually, aku memang tak salah. Semua tu fitnah. Tapi aku sedar, siapa je yang nak peduli. Sebab tu aku diam.

Kemudian, perbualannya itu dibalas.

Aku da biasa dibuli. Sampai kalau ada orang kacau pun aku jadi takut. Tapi sejak ada hero2 ni... aku semakin yakin dengan diri aku.

Dia Hero Aku Where stories live. Discover now