DHA_20

624 37 2
                                    


"HAI Nerdy..." Karl Adrian senyum meleret.

Aaira Khayla membalas hanya dengan senyum sumbing. Bukan kerana dia merasa marah...

Entahlah, perasaan yang dia punya kali ini sudah jauh berbeza dari beberapa bulan kebelakangan ni.

Dulu, kalau Karl Adrian memanggilnya dengan panggilan Nerdy begitu, dia pasti sudah naik angin.

Tapi, tidak sekarang.

Entah, dia sendiri juga sukar untuk memahami.

"Apa hal cari aku?" Aaira Khayla menyoal selamba. Cuba menyembunyikan rasa yang bergelodak dalam dada.

Rasa yang masih juga belum dia fasih tentangnya.

"Bapak garang!" Ternaik kening Karl Adrian. Namun senyuman masih juga di bibirnya.

"Cakaplah..." gesa Aaira Khayla. Dia risau sebenarnya. Risau kalau-kalau Karl Adrian mampu menghidu gelodak perasaannya kini.

Sedang berdiri berdepan begini pun mukanya sudah terasa panas. Kalau wajahnya berubah merah, macam mana pula?

Naya!

"Nak cakap pasal kes kau tu la." Aaira Khayla terdiam sejenak.

Baru dia teringat tentang hal itu. Padahal baru sahaja tadi dia bercakap tentang hal ini bersama Nabella Areyn dan Aina Delisha. 

"So, kau ada idea ke?" soalnya terus.

Dia sendiri kalau boleh terlalu ingin menyelesaikan masalah ini dengan cepat. Dia sudah muak mahu berdepan dengan keadaan yang sama setiap hari.

"Buat masa ni belum..." Aaira Khayla hela perlahan nafasnya.

"Dah tu..." luahnya sedikit kecewa. Mukanya dibawa memandang ke sebelah yang berlawanan dengan Karl Adrian.

"Rilex la, Nerdy oi. Sebelum aku bagi idea, aku kena tahu juga punca cerita bodoh tu tersebar."

Aaira Khayla gigit bibir bawahnya.

Punca?

Nafas dihela perlahan.

"So, are you ready to tell me, now?" Aaira Khayla ketap bibirnya. Membuka cerita tentang dia dan Layla Tasnim seolah mengungkit semula rasa sakit yang dia rasakan.

Mungkin, bagi sesetengah orang putus kawan itu perkara biasa. Bergaduh, berpatah arang dan tidak bertegur-sapa merupakan perkara remeh.

Tapi, tidak baginya. Layla Tasnim itu, bukan sahaja sahabat yang dianggap sahabat sehidup semati, malah mereka juga punya ikatan darah.

Dia sendiri tidak sangka, Layla Tasnim tega membuangnya. Membunuh segala memori mereka bersama, adalah perkara paling mustahil bagi dirinya.

Kerana itu, sehingga ke hari ini... sakit dibuang oleh Layla Tasnim itu masih kuat dia rasakan.

Air liur ditelan. Kesat!

Masih juga dia teragak-agak. Beberapa kali dia memandang Karl Adrian, hanya untuk mencari kekuatan.

Kekuatan untuk membuka semula memori luka yang masih lagi berdarah sehingga kini.

***

Karl Adrian termenung. Otaknya ligat memikirkan cerita tentang seorang Aaira Khayla.

Tak sangka.

Hanya kerana cinta, sepupu yang terlahir rapat, bisa menjadi renggang.

Hanya kerana seorang lelaki, kasih yang bertaut mesra terus bertukar dingin.

Dia Hero Aku Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang