"MAK cik..." Kina menoleh apabila terasa bahunya disentuh daripada belakang."Eh, kamu ni kawan Karl, kan?" Senyuman terus terukir di bibir Kina.
Gadis di depannya mengangguk.
"Kamu, nak cari Karl ke?" Kina merasa sedikit canggung. Kalau nak cari anaknya Karl, kenapa tak ke rumah sahaja.
"Tak, saya nak jumpa dengan mak cik. Boleh?" Teragak-agak Kina jatuhkan kepalanya.
Rasa pelik mula menjentik hatinya. Apa perlunya gadis ini bertemu dengannya?
Atau, Karl sudah berbuat sesuatu yang tidak elok kepada gadis ini?
Hati Kina mula tidak tenteram. Rasa marah kepada Karl disimpan sahaja dahulu.
Semangat dikumpul untuk mendengar tujuan gadis ini terlebih dahulu.
"Jom, kita duduk dulu kat sana." Kina melangkah terlebih dahulu menuju ke kerusi batu yang terdapat di taman permainan itu.
"Saya ganggu mak cik, ke?" soal gadis itu sopan.
"Mak cik nak ke kedai. Tapi, tak mengapa. Kejap lagi pun boleh. Kamu nak cakap pasal Karl, ke?" Gadis itu mengangguk.
Kina semakin tidak sedap hati
"Dia ada buat tak senonoh ke kat kamu?" Dengan penuh kerisauan Kina mengajukan persoalan itu.
"Eh, tak. Bukan macam tu, mak cik." Untuk seketika, Kina merasa lega.
"Sebelum tu, saya Aaira. Kawan Karl, kawan baik Karl." Kina sedikit terkejut.
Kawan baik?
Karl ada kawan baik perempuan?
Setahu dia, Karl berkawan baik dengan Rizz dan Hairi yang juga sangat dikenali sebagai budak nakal di sekolah.
"Aaira?" Gadis itu mengangguk sambil tersenyum.
"Aaira kawan dengan Karl?" Sekali lagi dia menerima anggukan dari gadis itu.
"Aaira pun, budak nakal macam Karl?" Kali ini, gadis itu hanya menaikkan kening.
"Eh, tak. Bukan macam tu..." Laju gadis itu menafikan.
Kina menilik gadis di sebelahnya. Atas bawah di lihatnya. Ermm, gadis ini nampak sopan, cakap pun lemah lembut.
Tapi, dia berkawan baik dengan Karl?
"Aaira, nak cakap apa sebenarnya?" Gadis itu kelihatan resah. Digigit bibir bawahnya. Matanya kejap-kejap memandang je wajah Kina, tapi kemudian pandangan dia larikan.
Berkerut dahi Kina.
"Tak apa, cakap je. Jangan takut." Melihat akan keadaan gadis itu, Kina seolah dapat merasakan yang dia mahu berbicara sesuatu yang agak serius.
Tapi, apa agaknya?
"Saya... saya tak tahu nak mula macam mana." Gadis itu menggaru pelipisnya.
"Macam ni, saya sebenarnya risau tengok keadaan Karl. Sejak kebelakangan ni, dia macam down sangat. Macam hilang semangat." Berkerut dahi Kina.
Karl, hilang semangat?
Tapi, dia masih terus berdiam. Mahu mendengar yang selanjutnya.
"Ermm, saya sebenarnya tahu kenapa Karl macam tu..." Teragak-agak gadis itu memandang Kina.
"Kenapa?" soal Kina ingin tahu.
"Macam ni, mak cik. Sebenarnya, tempoh hari saya ada terdengar pertengkaran mak cik dengan Karl..." Gadis itu pandang lagi wajah Kina.
YOU ARE READING
Dia Hero Aku
Genç KurguCover by :: @hottesPuaka Aaira Khayla, kerana satu peristiwa hatinya menjadi keras dan sukar mempercayai sesiapa. Kawan baginya, hanya sekadarnya sahaja. Ramah, seolah sudah terhapus dari kamus hidupnya. Syed Zaheen, ketua pelajar yang berdedikasi...