DHA_34

526 30 4
                                    

SEJAK kebelakangan ini, bibir Karl Adrian tidak lepas daripada senyuman. Hari-hari yang dilaluinya terasa penuh warna-warni. Rasa bahagia itu, sudah lama dia impikan, akhirnya berkat kesabaran... bahagia itu berhasil juga menjadi miliknya.

Hubungan baik dengan emak, tak akan sesekali disia-siakannya. Dia mahu emak terus berbangga, seperti kata emak tempoh hari. Kembang hatinya apabila pertama kali perkataan 'bangga' meluncur keluar dari bibir emak.

Macam nak lompat bintang rasanya!

Dia tahu, dia perlu berterima kasih pada Aaira Khayla. Tak sangka, dalam diam dia cuba usahakan agar emak tidak lagi hanya memandang sisi buruk dirinya.

"Boleh Karl tahu, siapa kawan Karl yang mak maksudkan hari tu?" Emak tersenyum memandang wajahnya.

"Maksud Karl, yang datang jumpa mak dan ceritakan semua?" Laju dia mengiyakan.

"Tula, mula-mula mak pelik sangat bila dia mengaku dia kawan baik Karl. Tapi, bila dia bersungguh-sungguh... mak pun mula la siasat sendiri."

Dia masih sabar menanti emak menyebut gerangan rakannya itu.

"Dia perempuan tau, Karl." Berkerut dahinya tika ini.

Jangkaannya, nama Rizz tidak pun Hairi yang akan disebut mak. Tapi, rupanya bukan.

"Aaira ke, mak?" Emak tersenyun penuh makna.

Dia sudah tidak betah mahu bereaksi. Dia faham maksud senyuman emak itu.

"Baik budaknya, Aaira tu." Dia angguk setuju.

"Siapa dia tu, Karl?" Bercantum keningnya dengan soalan emak itu.

"Aaira la, kan tadi mak kata Aaira. Aaira Khayla," jawabnya lurus. Sementara emak pula, sudah meledak ketawanya.

Dia usap belakang lehernya melihat reaksi emak. Dia, salah cakap, ke?

"Tak sangka anak mak ni, lempab juga, eh?" Dia semakin tak faham.

Emak tepuk pahanya perlahan dengan sisa ketawa yang masih dapat dia dengar.

"Kawan ni, ramai je yang akan datang dan pergi. Tapi, kawan yang sanggup bersusah-payah demi kita, bukan senang nak cari. Kalau dah dapat tu, jaga betul-betul."

Dia Hero Aku Where stories live. Discover now