○●○
Author POVBunyi air yang keluar daripada pancuran di dalam bilik mandi menyedarkan Hani daripada tidurnya. Dia memerhati jam yang berdetik. Baru pukul tujuh pagi...
Dia lantas bangun daripada pembaringan. Dia merenung kearah pintu bilik mandi sehingga pintu itu akhirnya terbuka daripada dalam.
Taehyung keluar daripada bilik mandi tersebut dengan hanya bertuala yang berparas daripada pinggang hingga ke lutut dan sebuah tuala kecil yang tersangkut dilehernya. Hujung tuala kecil itu digunakan untuk mengelap lebihan air yang turun daripada rambutnya.
Dia menoleh kearah Hani dan kemudiannya menyedekahkan senyuman kotaknya khas buat Hani. Ya tuhan, Hani baru je bangun tidur dah dapat ujian macam ni haihh. Package lengkap dia dapat tuh! Mohon bertabah sis huhuhu.
"Selamat pagi, sayang. Maaflah kalau saya terkejutkan awak daripada tidur. Awal lagi ni. Tak mengantuk ke? Tidurlah dulu. Tidur lena-lena." Kata Taehyung yang kini sedang berjalan mendekati Hani.
Taehyung mengusap rambut dan pipi wanita kesayangannya itu sementara Hani hanya diam membisu. Sempat dia mengucup lembut dahi milik wanita itu sebelum dia berjalan menuju kearah closet room, dimana koleksi pakaian berjenama Gucci dan beberapa lagi jenama pakaian mewah yang lain ditempatkan. Hani mengeluh lalu merebahkan kembali badannya pada katil empuk itu.
'Agak-agaknya, berapa lama aku boleh bertahan hidup dengan dia dalam keadaan serba mewah macam ni...' Desis hati Hani tatkala dia merenung kearah kipas yang berpusing diatasnya.
Dia tak dapat nak biasakan hidup dalam keadaan serba mewah. Memang best hidup mewah tetapi dia rindu akan kehidupan lamanya. Jika sebelum ini, dia cuma hidup biasa-biasa saja. Sama juga masa dia mula-mula tinggal dengan Taehyung dulu. Tiada benda yang mahal ataupun rumah yang besar dan serba canggih.
Setelah beberapa minit, Taehyung keluar dengan memakai sebuah baju kot berwarna hitam berserta jam tangan rolex dipergelangan tangannya. Rambutnya juga didandan, membuatkan dia kelihatan amat kacak dan segak."Jangan tenung lama-lama nanti cair susah saya nak sumbat awak masuk peti sejuk." Kata Taehyung sambil tersenyum penuh makna kearah Hani. Sempat lagi dia mengenyit mata di penghujung ayat.
"A-awak nak p-pergi mana ni?" Tanya Hani, tergagap-gagap. Mukanya merah menahan malu.
"Abe tae ada kerja sikit harini. Jangan risau. Abe tae keluar sekejap je. Masa abe tae keluar nanti, Hani jangan buat benda bodoh, tau? Mata abe tae ni sentiasa ada memerhatikan Hani walaupun abe tae jauh daripada Hani." Pesan Taehyung. Senyuman dibibirnya semakin melebar.
Hani menelan air liurnya. Dia baru sahaja berniat ingin menyelongkar rumah ini dengan harapan dia menjumpai sebarang kunci ataupun jalan keluar namun dia membuat keputusan untuk melupakan niatnya dan mendengar arahan Taehyung.
"Faham tak apa yang abe tae pesan nih?" Tanya Taehyung sambil mengangkat dagu Hani agar dia memandang kearahnya.
Hani mengangguk pantas. Dia mula takut untuk mengingkari arahan lelaki ini.
●○●
Hani POV"Ya tuhan apa yang aku tengah buat nih haihhhh." Kata aku kepada diri sendiri sementara mata aku masih lincah memerhati setiap sudut rumah agam ini sejak Taehyung keluar tadi.
Aku tahu yang aku ni baik sangat sampai tak nak ingkar cakap dia dan patuh je setiap arahan yang baik tapi aku dah tak tahan nak jadi baik.
Kadang-kadang, budak baik pun perlu jadi jahat walaupun untuk seketika untuk bertahan dalam dunia nih, kan?
"Apasal rumah kau nih complicate sangat aduhh!" Aku mengeluh secara perlahan.
Tingkap pakai kunci yang kena bukak pakai ibu jari yang sah-sahlah kena pakai ibu jari Taehyung. Pintu pun sama cuma dia siap ada nombor pin dan satu lagi kunci yang aku tak pernah nampak sebelum ni. Tah buat apa banyak-banyak kunci tah dia nih bukannya aku boleh bukak pun ceyh. Pastu, setiap bilik dekat rumah ni langsung takdek tingkap. Aku ulang balik, TAK ADA TINGKAP JDJDJSKJD. Rumah apa je yang takdek tingkap ya ampunnn! Siapalah design rumah nih hmmm.
Aku berjalan menaiki tangga untuk ke bilik aku dan Taehyung kerana rasa ingin mengalah semakin meninggi di dalam diri aku. Sampai sahaja di puncak tangga, aku sempat menoleh ke arah bertentangan bilik kami. Kawasan ni... dia ada aura yang membuatkan aku rasa ada sesuatu kat sini.
Aku membuat keputusan untuk berjalan di sepanjang laluan bertentangan bilik kami ini lalu membuka satu persatu pintu bilik yang ada di sini sehinggalah aku tiba di penghujung jalan yang menempatkan pintu bilik terakhir. Bilik ni ada aura lain macam siyes! Pintu pun warna lain daripada bilik lain dan aku rasa aku tak pernah lagi masuk bilik ni sebelum ni.
Tangan aku mencapai tombol pintu. Aku memulas tombol itu secara perlahan dalam keadaan berdebar. Pintu ni berkunci! Aku kemudiannya melepaskan tombol pintu ini dengan perasaan hampa. Aku memusingkan badan ke arah belakang untuk berjalan ke arah bilik tidur tetapi terkejut apabila leher aku dicengkam oleh seseorang secara tiba-tiba.
"Dah puas scan rumah ni?" Tanya si dia. Tangannya semakin kuat mencengkam leher aku.
Amik kau, Hani. Nak memberontak sangat kan? Hah, kau tanggunglah apa yang akan berlaku nanti akibat melawan arahan si dia.
○●○
-Author nak borak-
Jadi... ok tak?
Maaf sebab dah lama sangat tak update. Banyak benda jadi kebelakangan ni dan saya kekurangan idea untuk sambung cerita ni.
Vote dan jangan lupa komen tau hehehehhehe
YOU ARE READING
Stalker ; kth 2
FanficTak salah kan kalau 'hero' milik Kim Hani ini membuat comeback? *** >>Ini adalah siri kedua bagi buku Stalker, KTH. Anda dijemput dan dialu-alukan untuk membaca siri pertama terlebih dahulu ;)