08

981 91 19
                                    

○●○

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

○●○

Taehyung POV

"Kau dah jumpa dia ke belum?" Tanya aku sebaik sahaja panggilan disambungkan.

"B-belum bos." Jawab orang suruhan aku disebalik panggilan.

"Apa?! Asal lembab sangat kau buat kerja nih?!" Kata aku dalam keadaan marah yang membuak-buak.

"Saya janji saya akan tangkap dia secepat mungkin bos jangan ri-"

"Awak cakap dengan sapa tuh?" Telinga aku menangkap suara Hani yang datang daripada arah belakang.

"Dah. Lain kali kita cakap lagi." Kata aku secara berbisik lalu menekan butang berwarna merah pada telefon bimbit aku ini. Aku menoleh ke belakang untuk memandang ke arah Hani lalu menghadiahkan sebuah senyuman yang teramatlah manis untuknya.

"Alah. Hal kerja sikit tadi. Ada pekerja buat hal." Kata aku.

"O-oh." Balas Hani. Kami diam buat seketika.

"Jom pergi tengok tv." Ajak aku. Aku lantas menarik tangan Hani lalu kami berjalan turun daripada tangga sambil berpegangan tangan.

Aku duduk diatas sofa. Baru sahaja Hani ingin duduk, aku menarik tangannya lalu dia jatuh terduduk diatas riba aku. Dia menoleh kearah aku dengan pandangan yang terkejut. Sebuah senyuman nakal aku berikan kepadanya.

"Buat apa duduk atas sofa bila ada tempat yang lebih selesa dan hangat?" Tanya aku. Secara serta-merta, muka wanita kesayangan aku ini bertukar menjadi merah padam.

"Apa awak nih Taehyung!" Kata Hani lalu memukul manja dada aku. Aku tergelak melihat teletahnya.

"Now..." Kata aku lalu membuka cermin mata yang berada pada mata aku sejak daripada tadi lagi. Mata aku merenung ke dalam matanya sehingga aku terhanyut buat seketika.

"Kita dah lama bersama..." kata aku sambil mengelus rambut berwarna hitamnya.

"J-jadi?" Tanyanya. Aku cuba menahan gelak tawa aku daripada meletus.

"Aku nak kau, sayang." Kata aku sambil menjilat bibir aku seseksi yang aku mampu. Saja aku mahu mengusik wanita ini.

"H-huh?" Tanyanya. Dia membulatkan mata kerana terkejut dengan permintaan aku.

"I want to taste you, babe." Aku membisikkan ayat tersebut pada telinganya.

Dapat aku rasa dia menggigil pada saat ini. Dengan itu, aku terus gelak dengan sakannya. Dia memandang kearah aku dengan muka yang hairan.

"Dah kenapa gelak?"

"Aku gurau jelah. Tengok muka kau tadi HAHAHAHHAHA." Kata aku. Muka Hani lantas berubah menjadi muka angry bird yang comel. Dia mengetuk kepalaku.

"Auch! " Aduh aku buat seketika lalu aku tergelak berdekah-dekah.

"Apa gelak-gelak? Ingat lawak? Dah jangan ikut saya! Saya nak pergi dapur. Kalau awak ikut, saya tak nak makan dengan awak!" Kata Hani lalu bangun daripada riba aku. Dia menghentak kakinya pada karpet yang terdapat diatas lantai ini sebelum berjalan menuju ke arah dapur.

Lahh aku gurau kasar sangat ke tadi?

●○●

Hani POV

Aku berjalan ke arah dapur sambil menghentak-hentak kakiku. Apa dia ingat lawak ke kenakan aku macam tuh? Ingat aku suka?

Aku berjalan kearah singki sambil mencarut-carut secara perlahan. Sampai sahaja di hadapan singki, baju lengan panjang aku sinsing dan kemudiannya aku memakai sarung tangan untuk bersedia membasuh pinggan. Mulut masih terkumat-kamit memaki si dia.

"Apalah ingat aku nih perempuan murahan ke apa?" Kata aku. Tanpa aku sedar, aku menadah tangan dihadapan sinki seperti ingin membaca doa.

"HAHAHAHAHA TUH NAK BASUH PINGGAN KE NAK MAKAN PINGGAN? HAHAHAHHAHAHA." Gelakan sakan Kim Taehyung menyedarkan aku daripada lamunan.

'Eh asal aku tadah tangan? Jsvsjshjs malunyaaa~' monolog aku di dalam hati.

Secara tiba-tiba, pinggang aku dirangkul daripada arah belakang. Aku menolehkan kepala kearah kanan untuk memandang kearahnya.

"Tulah lain kali jangan kutuk orang. Maafkan aku kalau kau terasa. Meh, aku tolong kau basuh pinggan." Kata Taehyung. Sempat dia mengucup pipi kanan aku sebelum melepaskan tangannya daripada pinggang aku. Dia berdiri di sebelah aku sambil menyingsing lengan baju.

"Kau cuci, aku bilas. Ok?" Kata dia.

Aku hanya mengangguk lalu memulakan pembasuhan. Bukannya tak nak membantah tapi aku malu sebab peristiwa yang berlaku tadi hsjsjsjjs. Setelah 4 pinggan dibasuh dan dibilas oleh kami, Taehyung mula menunjukkan kenakalannya. Dia mengambil buih yang berada pada air sabun lalu mencalitkannya pada muka aku.

"Hey!" Jerit aku. Dia gelak dengan kuatnya. Aku dengan segera mengambil buih lalu mencalitkannya pada pipi kanan milik dia. Dia mencebik. Kemudiannya, senyuman nakal miliknya muncul kembali.

"Oh, nak lawan eh? Hah mari!" Kata Taehyung.

Dan bermulalah perlawanan mencalit air buih sesama sendiri sehingga dapur dibasahi dengan sabun.

○●○

-Author nak borak-

Sweet sangat ke? Hdbdjdhjs

Btw, maaplah lama tak update. Harap korang suka chapter nih.

YEAY ABANGTAN COMEBACK🎉🎉🎉 LAGU DALAM TRACKLIST SEMUA BEST😭💗 MEMANG TAK MENGECEWAKAN👏 SEMUA HENSEM AND HALSEY CUTE ARGHHHH HDBDJDH♡♡♡♡ K MAAP HYPE KEJAP HEHEHHE.

Stalker ; kth 2Where stories live. Discover now