01

1.4K 121 11
                                    

●○●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●○●

Author POV

Angin musim luruh menyapa badan Hani sebaik sahaja dia melangkah keluar daripada rumah mereka. Rumah dia dan Jimin. Sejak peristiwa yang berlaku kepada Hani, Jimin membuat keputusan untuk tinggal bersamanya. Katanya takut pisang akan berbuah dua kali. Kalau boleh, Hani masuk tandas pun nak ikut. Ini sebab protective ke menggatal dia nih haihh. Dasar Jeman.

Harini merupakan ulang tahun kali ke-4 selama mereka bersama. Sampai bila diorang nak jadi couple pun aku tak tahu. Kan bagus kalau kahwin cepat-cepat hohoho. Apapun, Hani mengambil keputusan untuk keluar sebab dia nak beli barang untuk persiapan makan malam istimewa yang dirancangnya pada malam ini. Yang paling menariknya, Jimin tak tahu langsung pasal rancangan dia yang gempak nih (sebenarnya takdeklah gempak mana uhuk). Nak keluar rumah ni pun Hani kata yang dia nak pergi jumpa kawan lama dia.

Hani memasang earphone pada telinganya lalu membuka lagu promise yang dinyanyi oleh Park Jimin dari kumpulan BTS untuk menghilangkan rasa sunyi yang dirasanya sepanjang perjalanan untuk ke pasaraya yang berdekatan dengan rumahnya. Satu misteri yang Hani masih tak boleh nak kenal pasti adalah macam mana muka penyanyi yang kacak lagikan tampan ini sama dengan Jiminnya. Mungkin mereka kembar seiras yang tak tahu yang selama nih mereka kembar hahahaha.

Sepanjang perjalanan, terdapat beberapa kedai yang berada di sebelah kanannya. Dia terjumpa sebuah kedai buah yang bersebelahan dengan kedai yang menjual TV. Buah yang ada pada kedai itu berjaya menarik minatnya. Dia mendekati kedai tersebut dengan mata yang bersinar. Kelihatan buah yang berada di kedai ini amatlah segar dan cantik.

"Mak cik, berapa harga buah ni?" Tanyanya sambil menunjuk ke arah buah mangga berwarna kuning.

"Sekilo 2,731 Won , nak." Kata mak cik itu sambil memberikan Hani sebuah senyuman.

"Ada tester tak?"

Mak cik tersebut mengangguk lalu menghulurkan bekas makanan yang berisi mangga yang telah dipotong olehnya kepada Hani. Sedang enak Hani merasa buah mangga, matanya focus kepada TV yang sedang menyiarkan berita pada tengahari itu.

"Seorang pemuda telah melarikan diri daripada hospital sakit mental. Diminta semua berjaga-jaga dan melaporkan kepada pihak yang berkaitan jika ternampaknya dimana-mana." Kata pemberita tersebut. Gambar pemuda tersebut ditunjukkan namun Hani tidak melihatnya kerana telefonnya tiba-tiba sahaja berbunyi.

"Kejap ye, mak cik. Saya nak jawab panggilan ni kejap." Makcik itu hanya mengangguk lalu menyambung bebelannya terhadap betapa bahayanya lelaki pada berita itu seorang diri.

"Hello? Ada apa telefon saya nih, Jimin?" Katanya sebaik sahaja menekan butang hijau pada telefon bimbit miliknya.

"Takdek apa. Saya rindu kat sayang je. Bila nak balik? Saya tak dapat kiss lagi nih" Kata Jimin disebalik panggilan itu. Dapat Hani bayangkan muka Jimin yang sedang mencebik comel kepadanya. Hani tersenyum seorang diri.

"Eeeee mengada. Dah, kawan saya datang dah ni. Kita cakap lagi nantilah. Jaga diri. Bomb tu jangan lupa bagi makan. Bye" Kata Hani.

"Hah yelah. K bye. Love yo-" Belum sempat Jimin menghabiskan ayatnya, Hani telah pun menekan butang merah.

Bukan apa, dia cuma rasa bersalah setiap kali Jimin mengucapkan perkataan "I love you" kepadanya. Dia rasa macam.. tak mampu nak ucapkan perkataan tu balik dekat Jimin. Rasa macam ada orang lain yang telah mengambil hatinya. Dia cuba untuk mencintai Jimin dan masih berusaha untuk mencintainya.

Dia kembali kearah makcik tadi lalu memberitahunya bahawa dia ingin membeli sekilo buah mangga itu. Setelah selesai urusan membeli, dia meneruskan perjalanan untuk ke pasaraya. Sambil berjalan, dia termenung memikirkan tentang seseorang. Seseorang yang pernah menculiknya. Seseorang yang bernama Kim Taehyung. Dia tidak tahu mengapa tetapi dia rasa rindu padanya. Dia rasa seperti ingin melawatnya di hospital sakit jiwa lalu mendengar suaranya sepanjang hari tapi sudah pasti dia boleh mendapat title 'gila' sekiranya dia lakukan perkara seperti itu.

Sedang dia sibuk mengelamun, ada sebuah kelibat lelaki yang mengikutnya daripada belakang. Lelaki itu tinggi lampai. Rambutnya berwarna biru. Dia memakai topeng mulut bersama baju berwarna hitam tidak lupa juga topinya. Lelaki itu secara tidak sengaja tersepak sebuah tin yang berada di hadapannya , membuatkan Hani tersedar daripada lamunannya. Dia menoleh kebelakang dan perasan bahawa ada seorang lelaki yang sedang memandang kearah telefon bimbitnya. Dia mengendahkan lelaki itu lalu terus berjalan. Dia menoleh sekali lagi dan perasan bahawa lelaki itu masih berada di belakangnya. Semakin laju dia berjalan, semakin laju langkah lelaki itu dibelakangnya.

'Ya tuhan mamat mana pulak ikut aku nih.' Desis hati Hani.

Dia berjalan memasuki sebuah lorong dan mendapati bahawa lorong itu kosong, tiada manusia yang lalu-lalang mahupun kanak-kanak bermain disekitar kawasan ini seperti biasa. Seolah-olah dia baru sahaja termasuk perangkap si dia. Hani terus berlari.

'Sikit lagi, Hani. Pasaraya kat akhir lorong ni je. Kau boleh.' Desis hatinya lagi.

Kakinya sudah lenguh. Sampai setengah jalan lorong itu, tangannya ditarik oleh seseorang daripada belakang yang sudah tentunya lelaki aneh itu.

"Hai, sayang." Kata lelaki yang sedang menekap mulut Hani dengan sebuah kain yang sudah pasti Hani tahu apa yang berada padanya. Dia terkejut mendengar suara itu. Dia seperti kenal akan siapa pemilik suara itu.

Dia meronta dan cuba menendang lelaki itu tetapi tidak berjaya. Secara tiba-tiba, lelaki itu merapatkan kepalanya ke leher Hani lalu menggigit lehernya sehingga timbul kesan berwarna biru. Akibat itu, Hani membuka mulutnya tanda sakit dan mula terhidu benda yang ada pada kain itu. Dia cuba menggerakkan badannya yang semakin lembik itu supaya dilepaskan tetapi sudah tentu tidak berjaya. Pandangannya mula kabur dan semakin lama, semakin gelap.

"Kita pergi rumah baru kita ye, sayang. Shhh tidur jelah. Nanti dah sampai, mesti awak suka rumah tuh." Kata lelaki itu.

Hani sudah ingat siapa empunya suara itu. Sudah lama dia tidak mendengar suaranya.

"Kim... Taehyung.." Kata Hani sebelum dia rebah ke dalam dakapan si dia.

Stalker ; kth 2Where stories live. Discover now