○●○
Hani POV
Aku memicit dahi yang terasa berdenyut sebaik sahaja sedar daripada tidur. Setelah surut sedikit rasa sakit, aku memerhatikan kawasan persekitaran yang aku pasti aku tidak pernah menjejakkan kaki ke sini sebelum ini. Pandangan aku jatuh pada pakaian aku. Mata aku membeliak. Jap.. NI BUKAN BAJU AKU NIH HDUSJSIDIJD.
Aku sedang memakai sebuah t-shirt putih berjenama gucci yang mencecah ke lutut aku. Aku juga tidak memakai sebarang seluar tetapi nasib baik pakaian dalam aku masih ada di dalam. Takkan dia tukar baju aku-
"Hi, princess. Dah bangun?" Tanya si dia yang kini sedang duduk dibirai katil ini. Bila masa dia masuk siak jdjdhdisjs.
Aku mengesot ke belakang sehingga belakang badan aku rapat dengan bingkai katil. Aku memandang kearahnya dalam keadaan takut dan cemas.
"Kau... Apa yang k-kau nak lagi daripada aku?! M-macam mana k-kau boleh k-keluar daripada tempat tuh?" Tanya aku dengan gagapnya.
"Woah banyaknya soalan. K first of all, jangan kau bahasakan 'kau aku' dengan aku, sayang. Aku tak suka. Second, aku nak kau. Nothing else, darling. Third, cara aku keluar tak penting untuk kau." Kata Taehyung bersama sebuah senyuman yang agak mengerikan pada aku.
Aku hanya mendiamkan diri sambil merenung kearah selimut yang menutupi kakiku. Aku takut nak pandang dia yang sedang merenung ke arah aku saat ini. Dia secara tiba-tibanya mendekati aku lalu mengangkat daguku lembut supaya aku memandangnya.
"Now, apa patut aku buat dengan kau? Patut aku hukum kau ke ataupun tak payah?" Soalan Taehyung membuatkan mata aku terus terbeliak kerana terkejut.
"A-apa salah s-saya?"
"Takdeklah sayang cuma... kau tak nampak gembira bila aku muncul depan kau. Kau tahu tak betapa susahnya aku cuba untuk keluar daripada tempat bodoh tuh untuk kau dan senang-senang je kau tanya aku 'macam mana kau keluar?' Macam dah tak nak jumpa aku je." Pegangan Taehyung semakin kuat pada mukaku tatkala dia bercakap.
Aku hanya diam. Setitik air mata mula jatuh daripada mata kiriku. Aku memandang kearah Taehyung dengan harapan agar dia tidak mengapa-apakan aku.
"Sayang.. janganlah nangis. Abe tae tak sukalah tengok pwincess abe tae nangis. Jangan risau.. Abe tae takkan hukum sayang. Dah tak mau nangis-nangis. Jomlah turun. Abe tae dah masakkan chicken chop penuh kasih sayang kat sayang. Your favourite!" Katanya sambil mengesat air mataku.
Aku hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa. Dia tersenyum lembut kemudian menarik tangan aku untuk bangun. Kami berjalan turun daripada tangga sambil berpegangan tangan. Aku memerhatikan ruang tamu daripada tangga ini. Ruang ini kelihatan amat luas dan perabotnya juga mahal. Ada sebuah lampu chandelier besar yang tergantung diatas syiling, TV yang teramat besar dan sofa yang kelihatan amat empuk. Sumpah lain daripada tempat yang aku dengan Taehyung tinggal dulu.
"Duduk sini jap. Saya pergi amik makanan kat awak." Kata Taehyung sambil menarikkan kerusi untuk aku duduk.
Satu yang aku perasan kan, Taehyung tetiba lembut dengan aku. Maksud aku, selama nih memanglah lembut tapi ini terlampau lembut. Panggil pun awak saya nih apa cite jdhdidhsi.
Aku memerhatikan Taehyung yang sedang gigih menghias makanan yang ada di dalam pinggan dihadapannya. Mata aku kemudiannya memerhati setiap sudut dapur ini. Tiada sebarang laluan ataupun tingkap untuk aku cuba melepaskan diri. Terdapat beberapa lukisan yang tergantung pada dinding berwarna putih. Dapur ini kelihatan amat kemas dan cantik. Asal aku rasa cam aku duduk rumah orang kaya nih? Oh, lupa plak dia nih memang orang kaya. PAKAI GUCCI BHAI HDJDHDJDJID.
"Cari apa tuh?" Teguran Taehyung mengejutkan aku daripada lamunan.
"Takdeklah. D-dapur nih cantik." Kata aku sambil menggosok belakang leher aku.
"Awak suka rumah nih?" Tanyanya dengan mata yang bersinar.
Aku terkaku. Aduhhh nak jawab apa siottt?! Aku suka je rumah nih sebab yelah sapa je tak suka rumah mewah kot lol tapi kalau aku kata aku suka karang dia buat apa plak tapi kalau aku tipu dia tangkap aku kena hukuman tapi kalau aku-
"Hani?"
"Suka! Suka sangat!" Kata aku sebab terkejut.
"Haha comellah Hani abang nih. Baguslah kalau Hani suka." Katanya sambil menghadiahkan aku sebuah senyuman kotak yang dah lama aku tak nampak. Sempat lagi dia mengusap atas kepala aku.
Hani abang? Pffftttt Aku rasa better pergi makan cheese banyak-banyak sampai nak muntah daripada muntah dengan panggilan dan ayat clichè abe tae nih.
"Nah." Taehyung menghulurkan aku sebuah garfu dan sebuah pisau.
Aku pun menyambut hulurannya. Ni kan, kalau aku guna buat cucuk dia aci tak? EH YA TUHAN BUNUH ORANG TAK BAIK HANI JDHDIDHDI.
"Taehyung, nak tanya sikit boleh?"
"Tanyalah apa-apa pun, sayang. Abe tae jawab je." Kata Taehyung bersama senyuman yang masih lagi kekal dibibir berwarna merahnya.
"Jangan marah eh?"
"Hmmm cakaplah."
"Kenapa mewah sangat nih? Saya rasa lain macamlah. Sarapan pun makan chicken chop." Tanya aku dengan muka yang cuba diseriuskan.
"Tak suka ke? Ke sayang-"
"Bukan tak suka. Tapi.. rasa lain macam. Yelah, saya sebelum nih bukannya mewah macam ni. Besye-besye je." Kata aku, memotong ayatnya.
Dia tergelak terbahak-bahak. Dia bangun daripada tempatnya dan berjalan lalu berdiri di sisi tempatku. Aku memandang kearah si dia dengan hairan. Dia tersenyum kepada aku kemudian memeluk aku. Kepala aku cuba memproses apa yang sedang berlaku.
"Sebab tu saya bagi awak hidup mewah. Saya nak awak hidup selesa dengan saya. Lebih selesa daripada sebelum nih. Barulah awak takdek niat nak tinggalkan saya, kan?" Katanya yang kini sedang membelai rambutku menggunakan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi masih memeluk aku dengan kemas.
Satu soalan yang terlintas difikiran aku, kenapa aku terlebih selesa dengan dia nih? Bukan ke aku patutnya takut dan membuat plan untuk larikan diri?
●○●
-Author nak borak-
K aku sebenarnya x puas hati ngan chapter nih hssisbsjsss. Maaf pendek takdek idea siot jdhdjdjdi.
Please cakap yang korang suka pleaselah (ಥ_ಥ)
Btw, bts kat singapore dah huwaaa nak tengok diorang jugakkk dhjdjsjs.
YOU ARE READING
Stalker ; kth 2
FanfictionTak salah kan kalau 'hero' milik Kim Hani ini membuat comeback? *** >>Ini adalah siri kedua bagi buku Stalker, KTH. Anda dijemput dan dialu-alukan untuk membaca siri pertama terlebih dahulu ;)