18

822 81 61
                                    

Dah sedia nak merana? ;) read at your own risk !Scene agak ehem

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Dah sedia nak merana? ;)
read at your own risk !
Scene agak ehem.

○●○

Author POV

"Dah balik?" Tanya Hani kepada pemuda berkot hitam yang baru saja memasuki rumah agam ini melalui pintu utama.

Pemuda bernama Taehyung itu tersenyum penuh makna. Sudah lama dia ingin melaksanakan sesuatu bersama wanita kesayangannya itu namun dia masih menunggu masa yang sesuai. Kini, dia pasti sudah tiba masanya.

"Sayang, sini." Kata Taehyung kepada Hani sebaik saja dia duduk di atas sofa. Pandangan matanya mampu melemahkan kaki wanita itu.

Hani dengan perlahan-lahan berjalan mendekati Taehyung. Dia berdiri tepat di hadapan lelaki itu.

"Panaslah." Kata Taehyung. Secara tiba-tiba, dia mula menarik tali lehernya secara perlahan-lahan, membuatkan dia kelihatan menggoda.

Satu persatu butang bajunya dibuka. Muka Hani mula memerah. Taehyung yang melihat reaksi Hani semakin galak membuka butang baju. Kali ini, dia membuka sambil menggigit bibir. Seksi ya ampun ya tuan-tuan.

Hani menoleh kearah lain, tidak mampu menahan godaan daripada lelaki di hadapannya ini yang sudahpun membuka butang baju sehingga menampakkan roti-roti seksinya.

"Pandang aku." Kata Taehyung secara tegas.

Wanita itu perlahan-lahan menoleh ke arah Taehyung. Dia memandang kearah roti-roti Taehyung, gagal untuk mengawal diri.

"Hmmm tengok saya macam nak telan je." Kata Taehyung yang sudah mula menunjukkan senyuman nakal di muka tampan kacak bergayanya.

"M-mana ada." Kata Hani. Mukanya semakin lama, semakin memerah.

Taehyung mengambil tangan kanan wanita kesayangannya itu lalu didaratkan tangan itu ke atas dadanya. Dengan sengaja, dia membawa tangan itu perlahan-lahan menuruni dadanya dan berhenti sebaik sahaja tangan itu berada di atas ketulan-ketulan rotinya. Dia kembali menggigit bibir merah basahnya itu. Mata menatap tajam kearah suri hati yang berada di hadapannya.

Setelah itu, dia menarik tangan wanita itu sehingga dia jatuh terduduk diatas paha Taehyung. Taehyung merebahkan mukanya di ceruk leher Hani. Tangannya melingkari pinggang suri hatinya itu.

"Hmmmm"

Hani hanya mengkakukan badan. Dia tidak tahu bagaimana dia harus memberi reaksi tentang apa yang baru terjadi. Otak masih memproses kebabunan apa yang baru saja terjadi tadi. Habis kotor otak sucinya. Author pun masih memproses otaknya dan memaki hamun diri sendiri kerana tak tahu kenapa dia masukkan babak Taehyung cekci ya ampun ini ke dalam penpiknya.

"Suka tak apa yang kau tengok tadi hmmm?" Tanya Taehyung secara berbisik tepat pada telinga Hani. Dapat Hani rasa hembusan nafas Taehyung yang mengenai sisi wajahnya setiap kali setiap perkataan keluar daripada bibir merah bak delima itu.

Stalker ; kth 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang