03

1.1K 140 13
                                    

○●○

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

○●○

Jimin POV

"Chanyeol! Bukak pintu ni!" Jerit aku sambil mengetuk kuat pintu rumah milik Chanyeol dan Soohyun ini.

"Hah, asal? Ketuk bukan main. Kalau kau cakap benda mengarut habis aku kerjakan kau-"

"Hani ada tak dengan kau?" Tanya aku, memotong ayatnya. Riak mukaku jelas menunjukkan kerisauan.

"Hani? Dengan kaulah buat apa dia nak jumpa aku. Aku ngan Soohyun ni pun dah lama tak nampak batang hidung dia. Asal kau cari dia ni? Ada benda jadi ke?" Tanya Chanyeol yang kini juga risau akan Hani. Sempat lagi dia menarik tangan aku agar masuk ke dalam rumah.

"Tadi dia kata dia nak pergi jumpa kawan lama dia. Tapi lama sangat dah dia keluar ni. Dia kata sekejap je dia keluar. Aku call dia pun dia tak angkat. Risau aku, Chanyeol." Kata aku dengan nada yang sayu.

"APA?! HANI HILANG?!" Jerit Soohyun yang muncul entah daripada mana sambil memegang sebuah mangkuk berisi nasi goreng kimchi.

"TAK TAUU!" Kata aku sambil mengusutkan lagi rambut berwarna merah jambu pastel milik aku yang telah kusut ini.

"K lek bosskur. Kau bising-bising pun Hani takkan muncul camtu jelah. Aku rasa aku tahu sapa yang amik Hani." Kata Chanyeol lalu berdiri membelakangi aku dan Soohyun. Dia ingat ni drama ke? Feeling bukan main.

"Wahh hebat betul suami saya ni. Dah macam detektif! Jadi, siapa orangnya?" Tanya Soohyun.

"Haiyooo yalls tak tengok berita ke?" Chanyeol menundukkan kepalanya sambil facepalm.

"Err aku dah lama tak tengok berita. Aku tengok didi and friends masa berita keluar hehehee."

"Budu berita lagi penting daripada didi and friends lah woi!" Chanyeol mengetuk kepala aku menggunakan surat khabar yang berada pada tangannya tatkala dia berbicara (haceyhh ayat author sksksksk).

"Kau marahlah kat orang berita tuh! Sapa suruh dia buat berita masa ada didi and friends!" Kata aku lalu mencebik dengan comelnya uhuk uhuk.

"Ehem ehem! Siapa yang amik Hani, hmm?" Sampuk Soohyun yang kini sedang annoying dengan kami. Dia ni dari dulu sampai sekarang suka buat muka camtu karang aku sumbat kasut aku masuk mulut tuh baru tau.

"Oh yes, maaf sayang. Berdasarkan berita yang aku tengok tadi, memang sah dia dah kembali."

"Dia who?" Tanya Soohyun lagi. Dia menyengetkan kepalanya ke sebelah kanan. Ingat comel ke bosskur?

"Si taguna bernama Kim Taehyung."

Dan dengan itu, aku secara rasminya pengsan secara tiba-tiba.

●○●

Taehyung POV

Aku memerhati setiap gerak-geri Hani pada ketika ini. Baju aku yang bersaiz terlalu besar untuknya membuatkan dia kelihatan lebih comel seperti anak itik. Kami sedang melihat cerita animal planet, favourite Hani. K actually, dia sorang je tengok cite tuh. Aku plak tengok muka flawless dia huhuhu. Apa? Muka dia lagi best daripada cerita tu eh.

"Lahh tetidur dah anak itik kesayangan abe tae nih." Kata aku dalam keadaan berbisik sambil tersenyum.

Aku mengambil alat kawalan jauh yang berada didalam tangan kecilnya secara berhati-hati lalu menutup TV . Aku mencempung tubuh kecil Hani lalu berjalan kearah bilik tidur kami. Aku meletakkan dia secara berhati-hati diatas katil kemudian menyelimutkan badannya. Aku merebahkan badanku disebelahnya. Mukanya aku tenung sepuasnya sambil mengelus lembut wajahnya menggunakan tangan kiri.

" I still wonder wonder beautiful story

Still wonder wonder best part

I still wander wander next story

I want to make you mine."

Aku menyanyikan sebuah rangkap daripada lagu Scenery disamping merenung wajah jelitanya. Baru saja aku ingin menyambung part seterusnya, telefon aku berdering.

"H-hello bos."

"Hah, kau nak apa?" Tanya aku sebaik sahaja aku keluar daripada bilik kami. Aku tak nak kejutkan Hani yang tengah nyenyak tidur tuh.

"K-kan bos ada suruh saya cari dia kan? Maaf bos. S-saya tak berjaya." Kata Hyunsoo, orang suruhan aku.

"Mengarut! Tiada istilah 'tak berjaya' bila kau kerja dengan aku! AKU NAK KAU CARI JUGAK DIA! SELAGI TAK JUMPA JANGAN KAU BERANI CALL DAN TUNJUK MUKA KAU DEPAN AKU!" Jerkah aku. Dalam keadaan marah yang membuak, aku secara tidak sedar telahpun memecahkan cermin yang berada berdekatan aku.

"B-baik bos!"

Aku menekan butang berwarna merah dengan geramnya. Dia mesti berjaya walau apa cara sekalipun. Dia mesti cari 'dia'. Aku merenung kearah serpihan kaca yang berada di atas lantai. Aku duduk mencangkung lalu mengambil sebuah serpihan kaca yang terbesar.

"Walau apa cara sekalipun, aku akan pastikan aku jumpa kau. Kau penting. Aku kena cari kau sebelum kau buat perkara yang kau sepatutnya tak boleh buat." Kata aku sendirian sambil merenung serpihan kaca yang berada di dalam genggaman tangan aku. Darah yang menitik daripada tanganku tidak aku hiraukan.

○●○

Author nak borak

Cakk hahahaha.

Chapter ni khas daripada saya sebagai tanda maaf sebab tak dapat update chapter baru minggu lepas.

Harap korang sukalah huhuhu.

And please, vote dan komenlah kat cerita ni. Jangan jadi silent reader. Sedih saya tahu?

Kepada yang vote dan terutama sekali yang komen tuh, time kacih eh. Korang membuatkan saya lebih bersemangat untuk update chapter baru. Sayang korang♡

Stalker ; kth 2Where stories live. Discover now