29

478 53 8
                                    

●○●

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

●○●

Author POV

Kedua-dua lelaki yang telahpun mula berbaik sebentar tadi mula masuk ke dalam bangunan Park Empire. Mereka berjalan mendekati lif yang hanya digunakan oleh VIP sahaja. Kesemua pekerja yang terserempak dengan mereka menundukkan badan lalu mengucapkan 'Selamat petang' kepada mereka berdua.

Sampai sahaja di hadapan lif, punat butang naik ditekan lalu pintu pun terbuka. mereka berjalan memasuki lif tersebut. tingkat 30 ditekan sebelum lif itu mula naik untuk menuju ke tingkat tersebut.

"Tinggi juga bangunan kau ni. Tak macam kau." Tegur Yoongi kepada Jimin yang sudah pun memusingkan bebola matanya.

"Kau diam sebelum aku tendang kau keluar bangunan ni." Balas Jimin.

Yoongi yang malas bertengkar hanya patuh akan arahan Jimin. Telefon pintar diambil lalu dibuka untuk membaca mesej yang baru sahaja dia terima.

---

Hantu ;-;
Kau kat mana ni?

Yoongi Ganteng

Dekat office Jimin.
Asal?

Hantu ;-;
Kau keluar je bangunan tu, terus kau singgah tempat aku sekarang ni. Jap lagi aku hantar location.

---

"Dahlah main phone tu. Buat aku macam pokok pula kat tepi kau ni." Tegur Jimin.

Yoongi dengan pantas menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket. Pada masa yang sama, pintu lif terbuka lalu mereka menapak keluar daripada lif tersebut. Kaki berjalan  kearah pejabat milik Jimin.

"Besar juga tempat kau ni." Kata Yoongi kepada Jimin.

Jimin tersenyum dengan penuh riak. Dia memandang kearah Yoongi buat seketika sebelum memandang semula ke hadapan.

"Duh, bangunan ni kan aku punya suka hati akulah nak besar mana pun." Kata Jimin. Hidungnya kembang kempis kerana berasa bangga.

Yoongi mendekati sofa yang berada tengah-tengah pejabat ini. Mata masih  meneliti keadaan sekeliling.

Rekaan dalaman pejabat ini sangat minimalist tetapi masih mempunyai elemen moden. Tema pejabat ini sudah tentunya menggambarkan diri Jimin. Ruang ini hanya dipenuhi dengan warna beige yang amat menyejukkan mata apabila memandang.

Stalker ; kth 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang