Tak salah kan kalau 'hero' milik Kim Hani ini membuat comeback?
***
>>Ini adalah siri kedua bagi buku Stalker, KTH. Anda dijemput dan dialu-alukan untuk membaca siri pertama terlebih dahulu ;)
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
○●○
Jin POV
Kereta milik aku diletakkan di hadapan rumah kami. Aku dengan pantas keluar daripada kereta mercedes benz milik aku lalu masuk ke dalam rumah. Kasut dibiarkan tidak dibuka.
Habis aku geledah satu rumah ni semata-mata nak cari si dia. Daripada bilik sampailah ke peti sejuk tapi langsung tak nampak batang hidung dia. Baru sahaja aku ingin keluar daripada kawasan dapur, satu stickynote berwarna ungu yang terlekat pada peti ais menarik perhatian aku. Seingat aku, kitaorang tak tampal apa-apa dekat peti ais ni. Stickynote diambil lalu aku membaca isi di dalamnya.
"Game over, loser! -kth "
Merupakan apa yang tertulis pada stickynote tersebut. Aku menggempal sebuah penumbuk. Kertas dironyokkan. Aku menumbuk dinding berdekatan akibat marah yang teramat. Pada masa yang sama, ketukan bertalu-talu kedengaran. Aku mendekati pintu rumah ini lalu membuka pintu tersebut. Wajah lelaki yang aku nantikan muncul disebalik pintu. Segera aku menarik tangan milik lelaki ini agar masuk ke dalam rumah.
"Yoongi, kita dah terlambat. Si tak guna tu dah amik dia." Kata aku. Stickynote yang berada di dalam genggaman tangan dihulurkan kepada Min Yoongi.
Gumpalan kertas itu dibuka lalu dibacanya. Dia kemudiannya mengeluarkan telefon bimbit daripada poket belakang seluarnya lalu nombor seseorang di dail dengan pantas.
"Hello? Haa, kau tolong tengokkan CCTV kat kawasan perumahan Abangtan nih. Urgent. Cepat sikit. Anggaran masa dalam 3 atau 4 petang. Kalau jumpa apa-apa yang pelik, cepat-cepat call dan bagitau aku." Kata Yoongi kepada orang di sebalik talian lalu menamatkan panggilan. Telefon bimbit disimpan.
"Sekarang kita nak buat apa?" Tanya aku.
"Stand by dalam kereta. Kalau CCTV tu ada tangkap kereta milik orang suruhan dia, kita boleh terus gerak ikut arah dalam CCTV tu." Kata Yoongi.
Aku menganggukkan kepala tanda bersetuju. Atur langkah Yoongi aku ikut daripada belakang. Pintu rumah di kunci. Sebelum sempat aku menaiki kereta aku, Yoongi terlebih dahulu telah menarik tangan aku untuk masuk ke dalam kereta milikya. Aku berhenti melangkah dan serentak itu juga dia menoleh kearah aku. Aku mengangkat sebelah kening.
"Kan senang kalau pergi satu kereta je." Kata Yoongi, menjawab soalan tersirat aku. Aku mengangguk kepala tanda faham lalu masuk dan duduk di sebelah tempat pemandu. Yoongi pula duduk di tempat pemandu. Enjin kereta dihidupkan. Panggilan ditunggu sebelum memulakan perjalanan.
Setelah 8 minit berlalu, iphone milik Yoongi berdering. Yoongi menjawab panggilan yang diterimanya itu. Tidak begitu lama selepas itu, Yoongi meletakkan panggilan kemudian membalingkan iphone miliknya kepada aku macam hari-hari hari raya. Tu pun nasib aku dapat tangkap weyh kalau tak memang raya ah Yoongi ni.
"Bukak map yang orang tu sent kat aku." Arahnya, ringkas.
Kereta ini kemudiannya meluncur laju diatas jalan raya. Mulut aku lincah memberi arahan kepada Yoongi berkenaan selok-belok jalan manakala hati pula berharap agar si dia tidak diapa-apakan.
●○●
Taehyung POV
Teruja.
Itulah perasaan yang dapat aku gambarkan pada diri aku sekarang ni. Tak lama lagi, 'abang kesayangan' aku akan datang menatap wajah adik kesayangannya ini. Tak sabar aku nak tengok dia merayu dekat aku supaya lepaskan dia. Dan paling aku tak sabar..
Nak seksa dia.
Perabot di dalam bilik utama ini aku sentuh. Habuk bukan main nampaknya. Sudah jelas bahawa rumah ini memang sudah tidak dijaga rapi dan dipantau oleh orang lain. Kedudukan perabot di dalam rumah ini juga masih sama seperti dahulu. Tidak ada sedikit pun yang berubah kecuali jam antik yang tidak lagi berdetik dan perabot seperti meja, kerusi dan katil tidak lagi begitu kukuh.
"Bos, kami dah sampai dan ikat dia dekat basement macam yang bos suruh. " kata orang suruhan aku. Aku berhenti memerhati perabot di sekeliling rumah ini lalu menoleh kearah dia.
"Bagus. Ikut aku pergi sana sekarang. Tak sabar aku nak tengok muka 'abang kesayangan' aku tu." Kata aku sambil menepuk tangan. Senyuman puas mula muncul pada muka kacak milik aku.
Perjalanan ke basement rumah agam lama ini tidaklah begitu lama dengan kehadiran lif di sini. Memang pelik bahawa lif ini masih berfungsi tetapi itu tidak menjadi keutamaan aku buat masa sekarang. Yang penting adalah si dia yang berada di bawah sana.
Rumah agam ini sebenarnya adalah rumah lama yang diduduki oleh keluarga aku dulu. Bila teringatkan balik kenangan lama, amarah aku semakin membuak-buak terhadap abang aku. Dia merupakan punca terbesar kematian ibu bapa kami. Jap, layak ke dia dipanggil 'abang'? Pfftt.
"Bos, kita dah sampai." Kata salah seorang orang suruhan aku. Kening aku diangkat memberi isyarat agar dia membuka pintu di hadapan aku.
Dia mengangguk lalu membuka pintu tersebut. Manusia yang sedang bergelut dengan rantai di hadapan aku automatik berhenti lalu memandang ke arah aku dengan mata yang membulat. Tidak lama kemudian, pandangan matanya jatuh pada lantai basement ini.
Aku mendekati manusia tersebut sambil tersenyum sinis. Mulut aku mula bersiul sekadar ingin menakutkannya. Setibanya aku di hadapan dia, mukanya aku cengkam lalu memaksa dia untuk memandang ke arah aku.
"Hai, Jung Hoseok. Lama tak nampak abang kesayangan aku ni."
○●○
-Author nak borak-
Miss me? Hehehhehehe
Memang lambat tapi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha semua♡