09

946 93 22
                                    

○●○

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

○●○

Jungkook POV

"Arghh." Aduh aku sebaik sahaja aku mencelikkan mata. 

Aku cuba memicit kepala aku yang semakin berdenyut namun tidak berjaya apabila aku sedar bahawa tangan dan kaki aku diikat dengan ketat. Mata aku membulat. Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Hanya sebuah lampu diatas aku ini sahaja yang menerangi  sebahagian kawasan bilik ini manakala sebahagian lagi gelap gelita.

"Aku kat mana nih?" Kata aku dalam keadaan berbisik.

"Dah sedar?" Tanya seseorang yang mula menunjukkan dirinya daripada kawasan yang gelap itu.

"Lepaskan aku, tak guna!"


>>1 Jam sebelum itu<<


"Esok? Ok cun! Aku pun tak sibuk mana esok. Nice jumpa kau kat sana pukul 2." Kata aku kepada Yoongi disebalik talian. Panggilan itu kemudiannya ditamatkan oleh Yoongi setelah mengucapkan 'bye' kepada aku. Aku menggeliat diatas sofa yang sedang aku duduki.

ding dong

ding dong

Bunyi loceng rumah aku memenuhi ruang tamu ini. Aku mengerutkan dahi aku dengan perasaan yang hairan. Sapa plak yang datang rumah aku ni? Aku lantas bangun daripada sofa lalu berjalan secara perlahan kearah pintu. Bukan apa, aku rasa lain macam plak nak buka pintu. I mean, sapa je nak datang jumpa aku pukul 12 malam camni kan? 

"Siapa tuh?" Tanya aku apabila aku semakin dekat dengan pintu. Tiada sebarang jawapan yang aku dapat dan itu membuatkan aku semakin berdebar. Aku mencapai sebuah pistol yang berada dalam kot berwarna hitam yang digantung pada penyangkut berdekatan dengan pintu. Mata aku mengintai daripada lubang yang disediakan untuk melihat siapa yang berada diluar. Kosong. Tiada sesiapa pun yang berada di hadapan pintu rumah ini.

Secara tiba-tiba, mulut aku ditekap daripada belakang. Aku cuba melawan tetapi tidak berkesan. Nampaknya lelaki ni lebih kuat daripada aku. Aku menendang kawasan sensitifnya dan tindakan itu membuatkan aku berjaya melepaskan diri. Malangnya, aku pengsan sewaktu cuba untuk melarikan diri kerana terhidu 'benda' yang diletakkan pada kain sewaktu aku bergelut tadi.

"Tidurlah kau untuk sementara waktu." Aku terdengar suara yang amat aku kenali sebelum aku pengsan sepenuhnya.


>>Kembali semula ke waktu asal<<


"Lepaskan aku, tak guna!" Jerit aku kepada dia.

Dia hanya diam dan memberikan senyuman sinis kepada aku. Dia berjalan mendekati aku lalu duduk mencangkung dihadapan aku.

"Buat apa aku nak lepaskan kau? Huh, tak ada guna kau nak larikan diri. Harini, riwayat hidup kau akan tamat." Kata dia. Dia bangun daripada duduk lalu berjalan kearah satu meja yang berdekatan dengan kami.

Stalker ; kth 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang