Tak salah kan kalau 'hero' milik Kim Hani ini membuat comeback?
***
>>Ini adalah siri kedua bagi buku Stalker, KTH. Anda dijemput dan dialu-alukan untuk membaca siri pertama terlebih dahulu ;)
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
○●○
Hani POV
Aku tersedar daripada tidur yang lena apabila tubuh aku didakap oleh seseorang daripada belakang. Haruman maskulin yang datang daripadanya membuatkan aku angau buat seketika. Aku memusingkan badan untuk baring menghadap si dia. Sempat aku mengerling kearah jam di dinding yang menunjukkan pukul 1 pagi. Aku memandang mukanya yang putih melepak ini.
"Awak kata tak nak tidur sini malam nih." Bisik aku secara perlahan sambil mengelus lembut pipinya.
Aku ingat dia tengah tidur tapi rupa-rupanya dia belum tidur lagi. Dia membuka matanya sebaik sahaja aku habis berbisik. Terkejut beruk aku dibuatnya!
"Walaupun aku marah dengan kau atau merajuk dengan kau, aku tetap tak boleh jauhkan diri aku daripada kau. Aku tak boleh tidur tanpa kau." Kata Taehyung.
Kata-katanya membuatkan aku tersentuh. Tak kira berapa kali aku cuba nak keluar daripada rumah nih dan benci lelaki di hadapan aku ini , aku tak boleh nak nafikan bahawa terdapat sedikit rasa sayang buatnya di dalam hati aku.
Tangannya aku capai lalu memegang lembut. Tiba-tiba dia mengerutkan dahi seperti menahan sakit. Aku mulai curiga. Aku dengan pantas bangun lalu menilik tangan miliknya. Ternyata lelaki ini sudah pun mencederakan dirinya semasa berada di dalam bilik itu tadi kerana terdapat beberapa kesan torehan di tangannya.
"Ya tuhan, Taehyung! Apa awak dah buat dengan diri awak nih?! Tunggu sini. Biar saya pergi amik-"
"Tak payahlah. Nanti oklah tuh." Katanya sambil menarik tangan aku sebelum aku ingin berjalan.
"No! Tak boleh. Nanti kena jangkitan kuman ke apa sapa susah? Dah tunggu sini saya pergi amik ubat." Kata aku.
Aku dengan segera berjalan memasuki tandas lalu mencapai bekas alatan kecemasan di dalam kabinet di atas singki. Aku berjalan kembali semula ke katil lalu menarik tangan Taehyung dan meletakkannya di atas peha aku.
"Biar aku buat sendiri. Kau pergilah tidur. Nanti penat esok." Kata Taehyung. Dia mencuba untuk mengambil kapas dan ubat daripada tangan aku namun tidak berjaya apabila aku menepis tangannya.
"Bukan saya yang kena rehat. Awak tu yang patut rehat. Awak sakit nih." Kata aku lalu merawat luka yang ada pada tangan Taehyung. Dapat aku lihat yang Taehyung sedari tadi tidak berhenti-henti memandang aku yang sedang fokus merawat lukanya daripada hujung mata aku. Aku berdehem untuk menghilangkan rasa kekok yang mula hadir dalam diri aku.
"Lain kali, jangan cederakan diri awak macam nih. Susah hati saya tengok keadaan awak macam nih." Kata aku. Mata dan tangan aku masih tertumpu ke arah lukanya yang hampir siap dirawat. Buat beberapa minit, kami hanya berdiam diri.
"Done!" Kata aku setelah selesai membalut tangannya. Aku menyimpan segala alatan yang aku gunakan ke dalam kotak kecemasan.
Sebaik sahaja aku mengangkat kepala untuk memandang ke arah Taehyung, Taehyung menghilangkan segala jarak yang ada di antara kami lalu mencium aku secara lembut. Aku terkejut dengan tindakannya yang secara tiba-tiba ini dan hanya mengkakukan diri. Aku teragak-agak untuk membalas ciumannya buat seketika tetapi setelah puas berfikir, aku membuat keputusan untuk membalasnya.
Ciuman ini kekal buat beberapa minit sehinggalah Taehyung memberhentikannya. Dia menilik muka aku buat seketika lalu tersenyum lembut.
"Terima kasih." Katanya.
Aku hanya mendiamkan diri dan melihat segala gerak-gerinya pada waktu ini. Dia mengangkat tangan kanannya lalu meletakkannya pada pipi aku.
"Terima kasih sebab ambil berat dan risau tentang keadaan aku, Hani." Katanya. Pandangannya bertukar menjadi sayu. Air mata mula keluar daripada tubir matanya.
Aku mengesat air mata tersebut lalu menarik tangannya untuk memeluk tubuhnya. Pandangan yang diberikannya kepada aku tadi mempunyai sebuah maksud yang tersirat dan aku dapat tafsir isi hatinya itu.
Dia inginkan perhatian dan kasih sayang daripada seseorang dan seseorang itu ialah aku.
●○●
-Author nak borak-
Mesti pelik kenapa chapter ni pendek, kan?
Sebenarnya ini adalah special chapter saya updatekan khas untuk korang harini iaitu pada 22/3/2019 (sbb biasa kan saya update masa cuti je).
Kenapa chapter ni special chapter?
Sebab harini birthday saya yeayy haha. Jadi anggaplah saya bagi hadiah kat korang dengan bagi chapter nih (aik bukan korang ke patut bagi hadiah kat saya? Hahahaha).
Saya juga updatekan chapter nih sempena cuti sekolah yang baru je start so yeAh.