Tak salah kan kalau 'hero' milik Kim Hani ini membuat comeback?
***
>>Ini adalah siri kedua bagi buku Stalker, KTH. Anda dijemput dan dialu-alukan untuk membaca siri pertama terlebih dahulu ;)
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
●○●
Taehyung POV
"Nak main sorok-sorok tak?"
Aku mengerutkan dahi. Muka wanita ini aku tenung sambil menggerakkan sel-sel otak yang berada di otak aku agar aku dapat memahami apa yang sedang wanita ini lakukan.
Apa yang dia nak buat ni?
"Ok, then. Siapa yang kira dan siapa yang menyorok?"
"You count and I will go hide." Kata Hani lalu senyum sebelum berlalu pergi meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga.
Aku mula menutup mata dan mengira satu sehingga sepuluh. Setelah selesai, aku berjalan melintasi koridor. Pintu bilik utama dibuka lalu aku mula mencari Hani disetiap sudut bilik. Tak ada kat sini.
Aku keluar daripada bilik lalu bergerak menuju ke bilik bersebelahan bilik utama ini namun hasilnya masih sama, tiada sebarang kelibat Hani. Aku memulakan langkah ke bilik yang ketiga setelah mengeluh buat seketika.
Dia punya menyorok tu dah macam tikus.
Aku mengeledah bilik ketiga ini. Apabila aku mendekati katil, sebuah kelibat dibelakang aku menolak aku sehingga aku jatuh terbaring di atas katil di hadapan aku ini. Mata aku memandang ke arah kelibat itu. Ternyata tak lain dan tak bukan, Hanilah orangnya. Wanita ini sempat tersenyum sebelum merangkak keatas katil sehingga wajahnya agak dekat dengan wajah aku.
(A/n : anak-anak sekalian, MENGUCAP YA INGAT TUHAN SKSKSKSK)
Jantung aku berdegup dengan pantas. Mata setia menatap mata si dia. Hani menggerakkan kepalanya seinchi ke hadapan sambil tangannya bermain dengan butang baju kemeja yang dipakai oleh aku. Pergerakan ini diulang sehingga jarak antara muka kami betul-betul hampir dekat. Aku menutup mata, bersedia menanti kedatangan bibir semerah ceri itu ke bibir aku. Sepuluh saat berlalu namun bibirnya masih tidak datang jadi aku membuat keputusan untuk membuka mata.
Sebaik sahaja aku membuka mata, bukan muka Hani yang berada di hadapan muka aku tetapi sebuah bantal yang dipegang erat oleh Hani. Hani tersenyum nakal. Belum sempat aku melarikan diri, muka aku yang hensem ini bercium dengan bantal bersarung berwarna beige itu. Hani berlari turun daripada katil sambil ketawa seperti kanak-kanak.
"Oh, pandai eh usik orang. Rasakan ni!" Kata aku lalu mula membaling bantal yang sama kearah Hani. Hani sempat mengelak lalu mengejek aku yang tidak membaling bantal kearahnya dengan tepat.
Dengan itu, kami memulakan perang bantal sehingga pukul 12 malam.
○●○
Author POV
-time skip-
Gelap.
Sunyi.
Itulah yang dapat digambarkan berkenaan keadaan bilik yang diduduki oleh seorang pemuda yang malang ini. Setelah insiden diseksa oleh Taehyung, dia telah dipindahkan ke suatu tempat lain yang tidak dia pasti di mana. Yang pasti, sudah masuk tiga kali dia pindah tempat semasa dia di culik. Pemuda yang sedang duduk tersandar di sudut bilik ini merenung ke lantai sambil menahan air mata daripada keluar daripada mata lalu jatuh ke tanah.
'Aku mesti kuat. Aku tak boleh buat dia rasa aku lemah!' Desis hati pemuda ini.
Kaki yang dirantai pada dinding dipandang lemah. Tangan yang juga dirantai tidak lagi mampu diangkat keatas kerana kudrat yang lemah. Jika dikira, sudah masuk seminggu dia tidak makan dengan betul. Perutnya hanya dialas dengan sekeping roti dan seteguk air pada setiap hari namun dia masih bersyukur kerana masih diberi makan daripada tiada makanan langsung untuk dimakan.
Suasana yang tadinya diam secara tiba-tibanya bising akibat bunyi yang dikeluarkan oleh pintu yang sedang dibuka oleh seseorang daripada luar. Setelah pintu dibuka, pemuda itu mengangkat kepalanya dengan lemah agar dapat melihat orang yang berada di muka pintu tersebut.
"Hoseok.." Panggil lelaki yang tinggi lampai di hadapan pintu itu. Lelaki itu menghampiri si dia yang terduduk lemah di lantai.
"Namjoon, k-kau tak kesian kat aku ke?" Tanya Hoseok kepada lelaki itu.
Dipandangnya lelaki itu dengan penuh harapan agar lelaki ini setuju untuk membantunya. Sejak dia berpindah ke tempat ini, muka lelaki ini sahaja yang dia nampak. Lelaki ini bukan seperti orang suruhan Taehyung yang lain. Dia seorang yang baik serta prihatin. Dia juga amat peramah dan kadangkala seorang yang agak lucu. Seorang yang mampu membuat Hoseok tersenyum buat sementara waktu untuk melupakan apa yang terjadi.
"Aku minta maaf, Hoseok. Aku nak sangat tolong kau tapi kau taulah Taehyung tu macam mana kan? Nanti aku yang kena teruk dengan dia. Maaf weyh." Kata Namjoon.
Hoseok mengangguk perlahan. Kepala ditundukkan kembali memandang lantai. Dia faham bahawa jika Namjoon tolong dia, Namjoon yang akan terima padahnya tetapi dia terlampau terdesak untuk keluar dan Namjoon sahajalah harapannya.
"Kau nak tahu tak? Aku pun tak minta untuk kerja dengan Taehyung. Aku terpaksa." Kata Namjoon, memecahkan kesunyian. Hoseok segera mengangkat kepalanya. Ingin dia dengar penjelasan lanjut daripada lelaki ini.
"Taehyung tu kan... sakit. Jadinya, mak ayah Taehyung ada pesan dekat aku supaya jaga dia. Jadinya, dengan jadi orang suruhan dia je aku boleh jaga dia. Dia dah tak anggap aku sebagai kawan dia walaupun selama ni kitaorang kawan rapat. Seolah-olah aku ni hanyalah seorang pekerja yang dia tak pernah kenal sebelum ni." Kata Namjoon.
Hoseok tidak memberi sebarang respon. Dia menarik nafas buat beberapa saat lalu menghembuskan nafas. Dia sudah pasrah akan apa yang sudah terjadi.
Jika seorang rakan karib pun Taehyung tidak mahu terima, apatah lagi seorang abang.
●○●
-Author nak borak-
Maaf kerana sudah lama enggak update. Gue busy dong skskskskks.