14

776 82 25
                                    

●○●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●○●

Baekhyun POV

"Mana Jungkook?" Tanya Yoongi sebaik sahaja keluar daripada kereta Hyundai Palisade miliknya.

Aku menunding jari kearah sesusuk tubuh yang sudahpun di tutup dengan kain berwarna hitam. Yoongi berlari dengan pantas kearah tubuh tersebut. Aku mengikutnya dari arah belakang.

"Kook.." kata Yoongi tatkala dia membuka kain pada bahagian muka Jungkook.

Setitik air mata mula jatuh daripada tubir matanya. Aku memandang kearah Yoongi dengan perasaan simpati.

"Haha sampai hati kau kan, budak. Tinggal aku sorang-sorang untuk selesaikan misi. K-kau tak kesian kat aku ke?" Kata Yoongi sambil menatap wajah pucat Jungkook. Air matanya semakin mengalir.

Aku meletakkan tangan aku diatas bahu Yoongi, sekadar ingin menenangkannya. Dia menutup kain tersebut lalu memandang kearah aku. Air mata dikesat.

"Dia ada guna apa-apa senjata ke untuk bunuh diri?" Tanya Yoongi. Wajahnya bertukar menjadi serius.

"Masa aku jumpa dia, ada satu pisau tercucuk pada bahagian jantung, tusukan pada bahagian perut dan beberapa kesan torehan. Aku rasa peliklah cara dia bunuh diri."

"Hmmm." Hanyalah jawapan Yoongi. Dia membawa jarinya kedagu untuk diusap.

"Oh, one more thing. Aku jumpa surat. Ada dekat sebelah dia." Kata aku sambil menunjukkan surat yang sudahpun diisi ke dalam beg ziplock sebagai bahan bukti.

Yoongi menyarungkan sarung tangan yang baru sahaja di hulur oleh seorang anggota polis. Dia mengambil beg ziplock tersebut lalu mengeluarkan surat tersebut. Dia membaca isi surat tersebut.

"Bro, aku rasa tak masuk akal lah. Kenapa pulak dia nak bunuh diri sebab depress dan sebab dia depress adalah dia tak jalankan misi dengan baik?" Kata aku. Yoongi mengangguk perlahan.

"Hantar pada pihak forensik. Jalankan analisi tulisan nih. Setahu aku, tulisan Jungkook lain." Kata Yoongi sambil memasukkan kembali surat itu ke dalam beg. Beg itu kemudiannya diserahkan kepada aku.

Aku menganggukkan kepala. Mata aku memerhati gelagat Yoongi yang sedang merenung kearah badan Jungkook yang sedang diusung masuk ke dalam van untuk di hantar kepada pihak forensik. Matanya menjadi sayu.

"Alah janganlah sedih-sedih. Aku pasti yang Jungkook tak suka kau macam nih." Kata aku, memujuk. Tangan kanan aku letakkan diatas bahu kirinya lalu memicit perlahan.

"Hmm lepasni camne aku nak main Overwatch? Dah tak ada geng." Kata Yoongi.

Aku menepuk dahi aku. Aku menjeling kearah Yoongi sambil menggelengkan kepala.

"Seriously?"

Tak boleh betul berpisah dengan game. Kalau berpisah, mesti dia couple dengan katil haihhh apa nak jadi dia ni.

Stalker ; kth 2Where stories live. Discover now