●○●
Chanyeol POV
"Dah ambil air?"
Aku menganggukkan kepala. Seluar sweatpants berwarna hitam yang sedikit terlondeh aku betulkan. Mata masih memandang kearah lelaki yang masih lagi 'tidur' diatas sofa di ruang tamu ini. Peluh yang berada pada dahi milik lelaki itu dilap menggunakan tuala kecil oleh Jin. Jimin pula leka bermain dengan gajet di tangannya dengan wajah yang serius.
"Memang dia ni tak nak bangun terus ke?"
"Eh, kau ni Chanyeol! Cuba sabar. Bukannya dia minta nak pengsan, kan? Tunggu je lah." Kata Jin, sedikit marah.
Aku mencebik. Air teh di dalam mug yang telahpun suam aku capai lalu diteguk sedikit demi sedikit. Jimin yang daripada tadi mendiamkan diri akhirnya mengangkat muka daripada gajetnya. Telefon pintarnya dimasukkan semula ke dalam poket kanan seluar jeans. Baru sahaja aku ingin bersuara, lelaki yang sedang baring diatas sofa itu terjaga daripada tidur.
"Aduh, sakitnya. Aku kat mana ni?" Tanya lelaki itu sambil memicit pelipis kepalanya yang sedang berdenyut. Dia bangun daripada pembaringan.
"Kau kat rumah aku. Tadi kau pengsan depan rumah aku."
"Oh." Balas lelaki itu.
Jin menghulurkan air yang telah aku isi ke dalam sebuah cawan tadi kepadanya. Lelaki itu meneguk pantas air itu lalu cawan tersebut dihulurkan semula kepada Jin. Masing-masing mendiamkan diri sehinggalah Jimin mula memecahkan kesunyian.
"Yoongs, apahal pengsan tadi?"
"A-aku rasa kan, aku kena jumpa bomohlah." Kata Yoongi.
Jimin mengangkat kening. Tangan disilangkan ke dada. Aku yang memandang membuat muka blur.
"Dia tanya benda lain kan tadi. Apa kena mengena dengan bomoh pula ni?" Tanya aku.
Yoongi memandang kearah Jin. Mukannya secara tiba-tiba menjadi cuak. Tangan Jin diambil dan digunakan untuk menampar mukanya sendiri.
"Aish, kau ni! Macam-macam! Ni, tadi aku datang rumah kau lepastu kau tak ada. Dengan pintu tak berkunci. Tau-tau kau ada dekat rumah Chanyeol, pengsan. Kau pergi mana?" Tanya Jin.
"Aku sebenarnya tak taulah aku boleh cerita ke tak dekat kau." Kata Yoongi. Belakang lehernya digaru walaupun tidak gatal.
Dah pengsan kat depan rumah aku tapi tak nak cerita apa-apa. Tak kenang budi betul.
"Cerita je lah. Aku dah bagi kau duduk dekat rumah aku masa kau pengsan. Siap bagi minum lagi. Cakap jelah." Kata aku kepada Yoongi. Mata menjeling kepadanya.
"Aku bukan tak nak cerita, tapi benda ni dia kata rahsia."
"Siapa dia?" Tanya Jimin.
Pandangan aku, Jin dan Jimin hanya fokus pada muka Yoongi yang boleh aku katakan sedikit cuak pada perspektif aku. Yoongi hanya diam.
"Aku tanya ni, Yoongi. Baik kau jawab." Kata Jimin, memberi amaran bersama muka yang sedikit bengang.
"Ok, aku tak boleh bagitau sangat detail sebab aku dah janji dengan orang yang tak bagi aku dedahkan identiti dia. Tapi secara ringkasnya, masa aku tengah bersiap nak pergi ke tempat kerja tadi, pintu rumah aku ada orang ketuk. And oh boy, aku tak sangka 'orang' ni boleh muncul depan aku. "
Yoongi diam buat seketika. Kepala menunduk memandang lantai. Kaki kanannya dihentak secara perlahan sebelum dia menyambung ceritanya tadi.
"Mula-mula aku ingat aku tengah berimaginasi. Selepas tu, dia mula cakap tujuan dia datang jumpa aku. Aku yang masih lagi terkejut dan cuak ni tak mampu nak cakap apa-apa. Aku tampar muka aku sebab ingat apa yang aku nampak ni main-main. Tapi tak, benda ni betul. Orang depan aku tu betul. Sebelum sempat dia habis cakap, aku lari. Dia kejar aku daripada belakang. Sedar tak sedar, aku dah ada dekat kawasan yang sesak. Terus aku naik teksi dan datang ke rumah Chanyeol. Mungkin disebabkan aku terlampau terkejut, tu yang aku pengsan depan rumah dia ni." Kata Yoongi.
Dia mengangkat kepala, memandang kearah kami bertiga yang masih tidak berpuas hati. Jimin yang daripada tadi duduk, mula bangun. Badan menghadap Yoongi sambil tangan kembali disilangkan kedadanya.
Hamboi, habang nak marah ke ni?
"Maaf. Aku memang tak boleh nak bagitau benda lain selain daripada tu. Tapi, satu hari nanti kau akan dapat detail tu. Aku pasti." Kata Yoongi yang mula rasa bersalah.
Jimin mengeluh. Kunci kereta dikeluarkan lalu dia berjalan mendekati pintu masuk ke rumah ini. Aku memandang kearahnya dengan pelik.
"Kau nak balik dah ke?" Tanya aku kepadanya.
"Tak adalah. Jom, aku belanja makan. Yoongi kena makan tu." Kata Jimin.
Yoongi dan Jin dengan pantasnya mengekori Jimin daripada belakang, meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga di tengah-tengah ruang tamu ini. Aku mendengus.
Sampai hati tinggalkan aku!
Aku mencapai telefon aku diatas meja bersama dompet lalu berjalan menuju ke pintu masuk. Topi yang tersangkut berdekatan pintu masuk turut diambil lalu didaratkan keatas kepala. Telefon pintar itu dibuka lalu aku mencari nama seseorang pada senarai panggilan aku. Apabila jumpa, aku menekan namanya untuk menelefonnya. Kaki masih sibuk mengejar langkah rakan-rakan aku yang telahpun tiba dihadapan kereta Jimin.
"Sayang, saya nak keluar ni."
"Lahh, nak keluar pergi mana?" Tanya si dia di sebalik panggilan.
"Jimin ajak keluar makan." Balas aku ringkas. Pintu kereta milik Jimin ini dibuka lalu aku masuk ke dalam perut kereta. Kereta ini kemudiannya memecut diatas jalan.
"Hah, yelah. Jangan lama-lama sangat."
"Baiklah, Park Soohyunku. Love you muah muah!" Kata aku lalu menekan butang berwarna merah setelah mendengar balasan daripada orang di sana.
Mata aku memerhatikan keadaan di dalam kereta ini. Masing-masing memandang kearah aku kecuali Jimin yang sedang fokus memandu.
Yelah, kalau tak bawa elok-elok tak pasal-pasal cedera anak orang karang.
"Apa?" Tanya aku. Jin yang berada di sebelah aku dijeling.
"Bukan apa, menyampah pula aku dengar kau cakap dengan bini kau tadi." Kata Jin. Aku memusingkan mata. Mata difokuskan pada telefon pintar yang sedang memaparkan gambar orang di aplikasi Instagram.
"Dah tau single pergilah cari makwe. Sibuk nak jealous dengan orang. Bukannya aku bermanja teruk sangat dengan-"
"EH KAU DIAMLAH SEBELUM AKU CAMPAK KAU TEPI JALAN NI AKU NI BAHAGIA OK HIDUP SINGLE KAU TAU APA AKU NI-"
Dan bla bla bla. Jin meneruskan bebelannya sehingga kami tiba di hadapan restoran. Telinga ni rasanya dah bernanah kut nak tunggu dia berhenti.
○●○
-Author nak borak-
Halo everything SKSKSKS
Chapter kalini misteri sikit hehe. Hopefully korang enjoy.
Macam mana pkp setakat ni? Mai dah bosan duduk rumah. Dia punya bosan sampai bercakap dengan poster HAHAHAHA HMMM
Macam biasa, jangan lupa vote dan comment! Baru bersemangat nak update hehehehe.
K cau lu huhu.
YOU ARE READING
Stalker ; kth 2
FanfictionTak salah kan kalau 'hero' milik Kim Hani ini membuat comeback? *** >>Ini adalah siri kedua bagi buku Stalker, KTH. Anda dijemput dan dialu-alukan untuk membaca siri pertama terlebih dahulu ;)