16

747 85 33
                                    

●○●

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

●○●

Hoseok POV

Aku memandang cemas kearah Taehyung. Taehyung masih menayangkan senyuman sinisnya kepada aku.

"K-kau nak apa daripada aku!"

Dia secara automatiknya melepaskan cengkaman di muka aku. Mukanya menjadi serius. Tetapi, ianya tidak lama. Secara tiba-tiba dia menghamburkan gelak tawa.

"Nak apa? Oh, aku nak benda simple je. Aku nak jantung kau." Kata Taehyung. Setelah itu, dia gelak seperti orang jahat seperti setiap watak jahat dalam filem animasi disney .

Simple je HA HA HA abah dia.

Aku menjeling kearah Taehyung. Sejujurnya, aku tak faham kenapa dia benci sangat dengan aku dan kenapa dia nak sangat bunuh aku. Apa salah aku? Seingat aku, aku layan dia baik-baik je.

"Asal kau beria sangat nak bunuh aku? Apa salah aku?" Tanya aku setelah mengumpulkan sedikit keberanian di dalam diri.

"Huh, kau lupa?" Tanya Taehyung. Aku membuat muka pelik. Aik? Lupa apa ni?

Taehyung merengus kasar. Rambut aku diramas lalu ditarik kuat olehnya. Aku mengerang kesakitan. Sakit dia bukan beshe-beshe weyh sksksksks.

"KAU! KAU YANG BUNUH MAK AYAH AKU! " Jerit Taehyung.

"Aku? Sekarang kau nak tuduh aku? Kau sedarlah diri sikit yang kau tu yang bunuh mak ayah kita." Kata aku, marah. Perkataan 'kita' ditekankan dalam ayat aku.

"KAU YANG BUNUH LEPASTU KAU TUDUH AKU! JANGAN NAK BERLAGAK BAIK LAH!" Jerit Taehyung.

Kami berlawan pandangan mata. Otak aku ligat mencari file memori insiden yang berlaku beberapa tahun lepas. Setelah jumpa, kepala aku mula mengulang tayang insiden tersebut.

"Weyh, aku balik dulu." Kata aku kepada Jisung, sahabat karib aku.

"Nak balik dah? Alah, jom ah lepak kat PC Bang dulu. Aku nak naik rank game yang kita main haritu." Pujuk Jisung. Dia mula membuat muka comelnya.

Aku hanya tergelak melihat gelagat rakan aku ini. Nak termuntah pun ada. Demi game, memang sanggup buat macam-macam mamat ni.

"Tak bolehlah. Harini mak ayah aku baru balik daripada trip ke Eropah. Aku rindu diorang." Kata aku.

"Alaaa hmm takpelah kalau macam tu. Aku pergi sorang-sorang je. Tapi, janji kau pergi ngan aku esok!" Kata Jisung. Matanya bersinar-sinar dengan harapan agar aku bersetuju.

Stalker ; kth 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang