12

816 80 22
                                    

○●○

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

○●○

Hani POV

Game? Apa bendalah yang dia rancang nih haihh.

"Apa dia?"

Senyuman dia semakin melebar dan mengerikan. Meremang bulu roma aku sekarang nih. Berdebar aku dengan anak Kim sekarang nih memang tak boleh bawak bincang.

"Aku dah lama tak main ngan pisau..." Kata Taehyung. Dia menyelitkan lebihan rambut aku pada belakang telinga aku.

Jadi? JaDi? Apa kena mengena ngan akunya???

"J-jadi?" Tanya aku, tergagap-gagap. Dia menyentuh permukaan pipiku dengan tangannya.

"Kita main sorok-sorok. Kau menyorok, aku cari kau. Kalau aku jumpa kau, satu torehan akan dibuat pada tangan kau." Kata Taehyung. Riak wajahnya memberitahu aku dengan jelas bahawa dia tidak sabar untuk bermain.

Aku menelan air liur. Habislah aku. Macam mana kalau dia toreh dalam? Tidakkkkk!

"M-macam man-na kalau a-awak tak jumpa s-saya?"

"Kau kena kiss aku." Kata Taehyung bersama senyuman yang semakin melebar.

Apakah? Dia je yang dapat kebaikan daripada permainan nih bukannya aku. Tak adil!

"Mana ad-"

"Babe, game start now. Go hide yourself. Aku kira sampai sepuluh." Kata Taehyung.

JAP APA JA-

"Satu..."

OMAGANGGGG

●○●

Taehyung POV

Dapat aku dengar bunyi tapak kaki Hani yang sedang berlari dengan pantas tatkala aku menutup mata sambil mengira.

"Lima."

Bunyi pintu bilik yang ditutup dengan kuat membuatkan aku semakin teruja dan tidak sabar.

Mudahnya aku nak cari sayang aku nih.

"Sepuluh." Kata aku lalu bangun daripada sofa. Pisau yang berada pada poket belakang seluar aku ambil.

"Aku datang nih!" Jerit aku.

Dengan langkah yang perlahan, aku naik ke atas tangga. Sesampainya di tingkat atas, aku membuka pintu bilik utama terlebih dahulu.

"Sayang~"

Aku membuka pintu bilik yang menempatkan pakaian aku lalu mencari di setiap sudut tetapi tidak ada. Pintu bilik air pula aku buka selepas itu namun tiada juga sebarang kelibatnya. Aku mula mencari di bawah katil dan ditempat lain tetapi tidak menjumpai si dia.

"Nampaknya sayang tak ada kat sini."

Aku mula melakukan perkara yang sama pada bilik ke dua dan ketiga tetapi masih tiada. Aku mengetap gigi. Pisau di tangan di genggam dengan kuat.

"Sayang kat bilik ni eh?" Tanya aku sambil membuka pintu bilik yang keempat.

Aku mendekati sebuah almari yang terdapat di dalam bilik ini secara perlahan-perlahan. Semakin aku dekat, semakin dapat aku hidu haruman milik Hani. Aku senyuman dengan lebarnya.

"Got'cha."  Kata aku.

Dan masyeo masyeo masyeo masyeo nae suljan ay

Baru sahaja aku ingin membuka almari tersebut, telefon aku berbunyi menandakan aku mendapat sebuah panggilan. Aku mengangkat panggilan tersebut dengan rasa tidak puas hati.

"Hah, kau nak apa? Kacaulah kau nih." Kata aku, rasa menyampah.

"Saya dah jumpa bos!" Kata orang suruhan aku disebalik talian.

"Jumpa apa?"

"Lelaki yang bos cari tu! Saya dah jumpa!" Kata dia dengan penuh semangat.

"K. Jumpa aku dekat tempat biasa." Kata aku lalu menamatkan panggilan.

"Sayang, nampaknya sayang menang kalini. Tae nak kena keluar kejap. Balik nanti Tae tuntut kiss." Kata aku lalu mengambil kot aku di dalam bilik utama dan bergegas keluar daripada rumah.

○●○

Suga POV

"Ada apa kau jumpa aku nih, Jin?" Tanya aku kepada lelaki yang aku anggap sebagai abang di hadapan aku ini.

"Aku nak minta tolong kau sikit ni." Kata Jin.

Selama aku borak dengan Jin, dah lama aku tak nampak dia seserius ini. Ini juga merupakan kali pertama dia meminta tolong pada aku.

"Apa dia? Aku cuba tolong apa yang aku mampu." Kata aku.

Dia menarik nafas buat seketika lalu menghembusnya secara perlahan. Dia memandang aku dengan wajah yang sukar ditafsir. Setelah diam beberapa minit, akhirnya dia bersuara.

"Aku dengar kau tengah cari Kim Taehyung. Betul ke?" Tanya dia.

"A-ah ya. Kenapa eh?" Tanya aku sambil menggosok belakang leher aku.

"Aku nak kau tolong sorokkan abang dia." Kata Jin.

Abang? Taehyung ada abang?

"Tapi dalam rekod dia anak tunggal." Kata aku, hairan.

"Ayah dia kahwin dua. Abang dia tuh anak kepada isteri pertama dia yang dah meninggal." Jelas Jin dengan ringkas dan padatnya.

"Ok... Jadi... kenapa kena sorok abang dia?" Tanya aku. Air teh yang terhidang diatas meja aku angkat lalu menghirup sedikit demi sedikit.

"Sebab dia tengah cari abang dia. Nak bunuh." Kata Jin.

Dengan itu, aku tercekik air teh yang aku sedang hirup tadi. Jin menggelengkan kepala lalu menepuk belakang aku sehinggalah aku baik semula.

"Apakah?!"

●○●

-Author nak borak-

YeAh jadi nilah chapter yang telah saya janjikan pada anda. Maap lambat update.

Hope korang suka!

Nak spoil sikit tak apa ada next chapter?

Ehehehehe ;)

mana bolehhh HAHAHAHA

Stalker ; kth 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang