26

663 78 20
                                    

●○●

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

●○●

Author POV

"T-tak lawaklah, Taehyung."

Hani mengesot sedikit kebelakang, menjarakkan diri daripada Taehyung kerana kedudukan mereka yang terlampau dekat. Tangan Taehyung mula naik mendekati wajah Hani. Dia mengelus pipi Hani dengan lembut sebelum dia menekup dagu milik wanita itu.

"Nampak macam aku tengah bergurau ke sekarang ni?"

Hani tergamam. Matanya memandang kearah lain agar dia dapat mengelak daripada bertentangan mata dengan lelaki dihadapannya itu. Perbuatannya itu mengakibatkan Taehyung mencengkam dagu Hani sedikit kuat akibat bengang.

"Bila aku tengah cakap, pandang aku." Kata Taehyung dalam nada yang tegas.

Hani dengan pantasnya memandang tepat kearah iris mata Taehyung yang semakin gelap. Jantungnya berdegup kencang namun riak wajah tenang cuba ditunjukkan. Taehyung pula memandang kearah Hani dengan pandangan menikam.

"Aduh abe Tae ni! Hani craving muffins ni dia tak nak buat pula. Tak nak kawanlah!" Kata Hani dengan suara yang dibuat-buat comel. Saja dia ingin menukar topik.

Tangannya disilangkan ke dada dan pipi dikembungkan. Sempat lagi dia tayang muka merajuk di hadapan Taehyung.

Bukan apa, manalah tau 'abe Tae' kita tu tiba-tiba lembut hati pastu berhenti fikir bukan-bukan, kan?

Taehyung yang daripada tadinya serius kini sedang gelak terbahak-bahak. Tangannya menekan perut yang terasa senak akibat gelak yang tidak berhenti-henti. Hani hanya memandang dengan pandangan tidak berpuas hati.

'Ada aku hentak kepala laki ni karang baru tau.' Desis hati Hani.

"Alolololo comelnya dia ni. Janganlah merajuk." Kata Taehyung sambil tersenyum. Tangannya mencubit kedua-dua belah pipi milik wanita itu. Hani menjeling kearah Taehyung.

"Dah, buat muffin cepat. Kalau tak, saya tak nak cakap dengan awak."

"Baik, tuan!" Kata Taehyung sambil memberi takbir hormat seperti askar lalu berlari anak menuju kearah kabinet untuk mengambil tepung.

Hani yang memerhati mula turun lalu berjalan mendekati Taehyung. Bahu Taehyung dicuit, membuatkan Taehyung menolehkan kepalanya kebelakang untuk memandang wanita itu.

"Yes, princess?" Tanya Taehyung. Badannya kini menghadap Hani sepenuhnya.

"Saya tak buat apa-apa ke? Nak tolong juga." Kata Hani bersama pipi yang mula memerah.

"Nope. Just rest." Kata Taehyung lalu kembali membuat acuan keknya.

"Tapi-"

"Oh, ke nak 'dessert' lain? Ok jom." Kata Taehyung lalu mula membuka apron yang tersarung dibadannya.

"EHH LAHH LUPA PULA NAK CUCI MUKA TADI! BYE NAK PERGI CUCI MUKA!" Kata Hani dengan panik lalu berlari keluar dengan pantas daripada dapur sementara Taehyung tergelak seorang diri melihat karenah wanita itu.

Tapi dia tak complain sebab dia rasa benda tu cute :,)

"Hoseok."

Lelaki malang yang sedang menundukkan kepala itu tidak memberikan sebarang respon. Kepala tidak mahu diangkat untuk menatap wajahnya. Namjoon mengeluh lagi. Dia mendekati lelaki itu bersama sepinggan nasi yang baru. Nasi tersebut diletakkan dihadapan lelaki itu.

"Aku dah cakapkan. Kau nak aku ulang lagi ke apa?"

Namjoon menggelengkan kepala. Dia duduk mencangkung dihadapan lelaki itu. Pinggan nasi diambil. Dia kemudiannya mencuba untuk menyuap nasi itu ke dalam mulut lelaki itu namun tidak berjaya.

Memang protes betul ni.

"Kau ni kenapa? Cukuplah buat protes macam ni! " Kata Namjoon, bengang.

Hoseok yang daripada tadi menunduk mula mengangkat kepala. Muka Namjoon dipandang dengan pandangan tajam.

"Dahlah, kau keluar je. Tinggalkan aku kat sini." Kata Hoseok secara dingin.

"Dan kalau aku tak nak?"

Sengaja Namjoon memprovok lelaki ini. Dia mahu lihat sejauh mana tahap kedinginan dia ni.

"Entahlah kau buat lah apa kau nak." Kata Hoseok lalu dia kembali memandang lantai.

"Ok then."

Namjoon kembali duduk mencangkung lalu menghulurkan sudu yang telahpun dicedok dengan nasi kepada Hoseok.

"Aku kata tak nak kan?!" Jerit Hoseok.

"Lah, tadi kata aku boleh buat apa yang aku nak jadinya sekarang ni aku nak kau makan nasi ni. Tolonglah."

Hoseok was-was buat seketika namun setelah melihat muka Namjoon dia mula kesian lalu membuat keputusan untuk menjamah sedikit nasi tersebut. Namjoon tersenyum gembira melihat Hoseok yang akhirnya mengalah. Segelas air dihulurkan kepada lelaki itu.

"Kau betul-betul nak keluar ke?" Tanya Namjoon.

Soalan Namjoon dibalas dengan muka tidak percaya oleh Hoseok. Lelaki itu meletakkan gelas ke lantai lalu muka namjoon ditatap.

"Apa ke bijak soalan tu? Mestilah!"

"Right." Kata Namjoon. Belakang lehernya digosok dengan tangan kiri akibat berasa kekok.

Namjoon kemudiannya mendiamkan diri manakala Hoseok pula menyambung sesi melahap yang tergendala sebentar tadi. Hoseok tidak mempunyai topik untuk berborak jadi dia memilih keputusan untuk tidak berkata apa-apa. Masing-masing tidak bersuara buat beberapa minit sehinggalah Namjoon memecahkan kesunyian.

"Boleh kau janji dengan aku tak?"

Hoseok menjungkitkan keningnya, tanda hairan. Makanan dan minuman telahpun licin. Pinggan dan gelas diletakkan ke tepi sebelum dia kembali fokus dengan apa yang mahu disampaikan oleh lelaki dihadapannya itu.

"Apa dia?"

Namjoon menarik nafas. Dapat Hoseok lihat riak wajah Namjoon yang sedikit cemas dan risau. Dia pasti ada sesuatu yang penting yang hendak disampaikan oleh Namjoon. Dia hanya diam sambil menunggu Namjoon bersedia untuk memberitahunya tentang perkara itu.

"Kau akan ikut cakap aku. Jangan bantah." Kata Namjoon.

Hoseok masih lagi diam, tidak tahu apa yang perlu dibalas kerana masih tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Namjoon. Puas otaknya memikir kenapa Namjoon bercakap sedemikian. Namjoon mendekati Hoseok lalu membisikkan sebuah ayat yang membuatkan Hoseok terkejut dan terkedu tetapi pada masa yang sama gembira yang teramat.






"Aku tolong kau. Aku akan bawa kau keluar daripada sini."












○●○

-Author nak borak-

Sorry geng lambat update beberapa hari ni memang sibuk sampai tak ada masa nak sambung. Terima kasih sebab tunggu.

Selamat Hari Raya! Makan banyak-banyak ye hehehe.

Jangan lupa vote dan comment!

Stalker ; kth 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang