○●○
Author POV
"Wahai anak Jeon yang dikasihi, izinkan hamba memberitahu hajat dihati." Kata-kata Park Chanyeol itu menerima riaksi wajah hodoh daripada Jeon Jungkook.
"Kau ni dah kenapa? Dah lama tak makan kasut?" Tanya Jungkook. Dia mencapai mug berisi air kopi yang berada di atas meja kopi di hadapannya lalu diteguk sedikit demi sedikit. Matanya memandang tepat kearah dua insan yang sedang duduk di atas sofa di hadapannya.
"Begini, sebenarnya hamba ingin meminta tolong tuan hamba untuk mencari Hani sekali lagi. Si Kim Taehyung taguna itu telah menculiknya kembali." Kata Chanyeol. Serentak itu juga, air kopi yang berada di dalam mulut anak Jeon tersembur keluar daripada mulutnya.
"EEE pengotor!" Kata Soohyun yang terkena tempias semburan itu.
"Apa bener apa yang gue dengar tadi?" Tanya Jungkook dengan mata yang terbeliak. Soohyun yang sedang sibuk mencari tisu untuk mengelap tempias air kopi itu tidak dihiraukannya.
"Yelah. Kau tak pekak lagi." Kata Chanyeol. Jari kelingking di bawa ke hidung kanannya lalu dikorek sedalam-dalamnya.
"Jadi, dialah yang keluar dalam berita haritu? Bapak ahhh penat je aku tolong korang haritu." Kata Jungkook sambil mencebik.
"Amboi kau! Kau tolonglah cari dia weyh. Kesian si Jeman tuh tiap-tiap hari menangis dalam bilik. Makan pun tak nak haihhh." Kata Chanyeol.
"Hmmm aku boleh tolong tapi kalini aku rasa aku kena mintak tolong member aku supaya tolong kita sekali. Sebab aku rasa kalini susah untuk cari kelibat anak Kim taguna tuh." Kata Jungkook.
"Siapa?" Tanya Soohyun.
"Seseorang yang pernah muncul masa buku Stalker pertama dulu."
"Haa dah mula dah dia. Cuba spesifik sikit aduhh." Kata Soohyun.
"Kau nak tahu tak Soo?" Tanya Jungkook
"Amende?" Tanya Soohyun. Matanya dipusingkan sebanyak 360 darjah kerana perangai Jungkook yang menjengkelkan.
"Kau dengan Jimin dua-dua tak menyeronokkan. Aku kata macam tu nak bagi suspense . Tak bestlah kalau bagitau awal-awal. Kau pergilah kedai runcit beli jams 2 botol HAHAHAHA." Kata Jungkook lalu gelak sehingga berguling diatas lantai bersama Chanyeol yang join sekali.
"Dua-dua sama je tak pernah nak serius haihh." Kata Soohyun lalu menepuk dahinya sendiri.
●○●
Hani POV"Bukan ke aku dah pesan sesuatu kat kau sebelum aku keluar tadi?" Tanya Taehyung.
"S-saya..." Cubaan aku untuk memberi alasan tidak berjaya. Otak aku tidak dapat memikirkan alasan yang sesuai dalam keadaan aku yang sedang dicekik oleh Kim Taehyung ini.
"Kau dah pekak atau pura-pura pekak, sayang?" tanya Taehyung dengan senyuman yang menyeramkan. Sebelah tangannya menarik rambut aku dengan kuat manakala sebelah tangan lagi makin kuat mencengkam leher aku.
"L-lepaskan saya, K-Kim T-Taehyung." Kata aku. Kedua-dua belah tangan aku daratkan ke atas pipinya lalu mengelus pipinya secara lembut dengan harapan agar dia melepaskan aku.
Aku tahu bahawa pujukan aku berhasil apabila tangan Taehyung secara perlahan-lahannya melepaskan rambut dan leher aku. Dia kemudiannya memeluk badan aku dengan erat. Kepalanya diletakkan di atas bahu aku. Kami diam buat beberapa minit. Pada waktu itu, dapat aku rasakan bahawa bahu aku mula basah. Aik, mamat ni menangis ke? Duality.
"Taehyung?" Panggil aku. Taehyung mengangkat mukannya lalu memandang tepat ke arah mata aku dengan pandangan yang sayu. Air matanya masih mengalir jatuh ke pipi.
"S-susah sangat ke kau nak terima aku sampai kau sanggup cari jalan keluar? Apa yang tak sempurnanya aku ni, Hani?" Tanyanya. Dapat aku rasakan bahawa hatinya hancur berkecai tatkala matanya masih merenung ke arah mata aku.
Lidah aku kelu. Aku tak tahu nak jawab apa. Tangan aku mengesat air matanya. Aku memandang kearah lantai dengan perasaan bersalah. Taehyung mengeluh halus. Tangannya melepaskan pegangan daripada pinggang aku.
"Pergi masuk bilik. Aku tidur bilik lain malam nih." Kata Taehyung lalu berjalan masuk ke bilik bersebelahan di bilik kami lalu masuk kedalamnya. Tanpa memandang kearah aku, dia menutup pintu bilik itu lalu menguncinya.
Tatkala aku berada di hadapan pintu bilik Taehyung, dapat aku dengar jeritan dan tangisan daripadanya. Bunyi kaca pecah juga kedengaran dengan jelas oleh telinga aku. Aku dengan cemasnya mengetuk pintu bilik tersebut.
"Taehyung! Awak buat apa dalam tu?! Jangan buat perkara yang tak sepatutnya Taehyung nanti awak-"
"MASUK BILIK KAU! JANGAN BERANI MASUK BILIK NI!" Jeritan Taehyung yang memotong kata-kata aku itu mengejutkan aku dan membuatkan aku takut.
Aku dengan pantas masuk ke dalam bilik tidur bersebelahan daripada bilik tersebut lalu menangis teresak-esak sehinggalah aku terbuai ke dalam alam mimpi.
○●○
-Author nak borak-
Nah chapter baru.
Maaf chapter nih pendek daripada biasa sebab saya kekurangan idea.
Tak tahu kenapa tapi saya rasa macam makin lama cerita ni makin tak best dan makin mengarut :(
Korang rasa camne?
Ok ke?
YOU ARE READING
Stalker ; kth 2
Hayran KurguTak salah kan kalau 'hero' milik Kim Hani ini membuat comeback? *** >>Ini adalah siri kedua bagi buku Stalker, KTH. Anda dijemput dan dialu-alukan untuk membaca siri pertama terlebih dahulu ;)