25

696 72 16
                                    

●○●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●○●

Namjoon POV

"Aku cakap tak nak, tak nak lah!"

Nasi yang berada di atas dulang dicampak ke tepi sehingga bertaburan. Aku mencekak pinggang sambil memandang kearah manusia yang degil dihadapan aku ini. Sebuah dengusan kuat terlepas daripada mulut aku.

"Kau ni kenapa? Nak aku suapkan baru kau nak makan ke?"

"Aku tak nak makan! Biar aku mati kebuluran je kat sini!" Dengan pantasnya manusia ini menjawab.

Aihh ada aku cekik budak ni karang. Boleh pula senang-senang cakap nak mati macam tu karang jadi betul-betul menyesal karang. Elok-elok orang bagi makan nak kasi dia hidup boleh pula minta nak mati. Minta siku betul!

"Hoseok, kalau kau tak nak hidup untuk diri kau sendiri, atleast kau hidup untuk aku. Makan untuk aku. Aku tak nak kau mati."

Mata Hoseok bertemu dengan mata aku. Beberapa saat kemudian, dia secara tiba-tibanya gelak sekuat hati sambil mengeluarkan air mata. Aku mengerutkan dahi.

Dah tak betul ke  budak ni?

"Kau nak aku hidup? Huh, tolong aku keluar pun kau tak nak." Kata Hoseok. 

Matanya menjeling kearah aku. Air mata dikesat menggunakan tangan yang masih dirantai. Aku memandang kearah dia dengan rasa bersalah. Aku duduk mencangkung di hadapannya.

"Aku-"

"Kau apa, Namjoon? Aku dah duduk sini nak dekat sebulan dah. Mana Taehyung? Kenapa kurung aku kalau dia tak nak langsung jumpa aku? Apa salah aku?!" Kata Hoseok, memotong ayat aku.

Aku terdiam. Aku merenung muka Hoseok, meneliti riak wajah kecewa bercampur sedih serta marah yang ditayangkan pada wajahnya. Aku mengeluh perlahan.

"Aku ambilkan nasi baru untuk kau. Kira adik kau sayanglah tu dia bagi kau makan daripada dia biar kau mereput perlahan-lahan dekat sini."

Hoseok memandang kearah aku dengan riak wajah tak percaya. Sebelum dia sempat berkata apa-apa, aku dengan pantasnya berjalan keluar daripada bilik ini. Sempat lagi aku mencapai dulang serta pinggan yang berada di atas lantai. Dapat aku dengar bunyi jeritan daripada dalam bilik itu sebaik sahaja aku mengunci pintu. Satu keluhan berat terlepas daripada mulut aku.

○●○

Author POV

"Dah jumpa?" 

 "Belum, bos. Macam-macam dah saya buat tapi masih tak tahu siapa yang report-

Kata-kata lelaki di sebalik talian itu terhenti apabila bunyi kaca berkecai kedengaran. Taehyung yang baru sahaja menumbuk sebuah cermin di dalam bilik air kini mengetap gigi. Imej wajahnya yang terpapar pada kaca tersebut ditenung. Telefon yang berada ditangan digenggam dengan kuat. 

Stalker ; kth 2Where stories live. Discover now