Tak salah kan kalau 'hero' milik Kim Hani ini membuat comeback?
***
>>Ini adalah siri kedua bagi buku Stalker, KTH. Anda dijemput dan dialu-alukan untuk membaca siri pertama terlebih dahulu ;)
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
●○●
Taehyung POV
"Sayang, you need to finish what you just start. Continue your game."
Riak wajah Hani bertukar merah padam menandakan bahawa dia malu teramat tetapi dia masih cuba mengekalkan riak wajah menggodanya, membuatkan aku terpegun dengan segala usaha yang ditunjukkan olehnya. Betul-betul bersungguh dia goda aku ni.
Kalau camni baik buat challenge ni tiap-tiap hari an ( ͡° ͜ʖ ͡°)
(Author sekarang : SJHSJDHSJ SELIPAR NAK SELIPAR??!)
Tangan kiri aku diambil oleh Hani lalu wanita dihadapan aku ini menggenggamnya dengan erat. Senyuman yang mempunyai maksud tersirat sempat dihadiahkan sebelum wanita ini bangun lalu menarik aku agar aku turut berdiri. Dia kemudiannya berlari menaiki tangga di samping menarik tangan aku agar turut mengikutnya daripada belakang.
Ya tuhan nasiblah aku ni muda dan masih lagi aktif kalau tak dah lama aku jatuh tersungkur. Laju banget larinya.
Sebaik sahaja kami menjejakkan kaki ke tingkat atas, Hani menoleh kearah aku. Tangan dipeluk erat pada leher aku. Mulutnya didekatkan pada telinga aku. Suatu ayat dibisikkan dengan perlahan namun kedengaran amat jelas di telinga aku.
"Nak main sorok-sorok tak?"
○●○
Jimin POV
—
"Nak main sorok-sorok tak?" Tanya wanita bertoncang kuda di hadapan aku ini. Daripada tadi dia cuba mengambil perhatian daripada aku.
Aku hanya tergelak kecil sebaik sahaja mendengar ajakan daripadanya itu.Pandangan aku dialihkan daripada skrin telefon bimbitku ke arah wajahnya.
"Dah besar pun nak main sorok-sorok lagi ke?" Tanya aku. Pipinya aku cubit lembut.
Dia mencebik. Tangan disilangkan ke dada. Kakinya dihentak-hentak seperti budak kecil. Mahu protes nampaknya.
"Kalau tak nak main, awak tidur kat luar malam ni." Kata wanita ini. Main ugut pulak minah ni.
"Hani, takkanlah sampai camtu sekali? Tak sayang kat Jimin ke?" Tanya aku kepadanya. Badan kecilnya aku peluk daripada belakang.
"Sayang. Tapi rindulah nak main sorok-sorok macam budak-budak dulu." Kata Hani.
"Haa jomlah. Hani kira, Jimin menyorok." Kata aku sambil menongkatkan dagu ke bahunya. Senyuman penuh ceria mulai terbit daripada wajah comel wanita ini.