30

832 73 44
                                    

●○●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●○●

Hani POV

"Sayang, pusing belakang."

Aku mendaratkan kedua-dua belah tangan aku ke dada. Debaran yang sangat kuat amat aku rasai. Pada masa yang sama, aku juga tertanya-tanya apa yang sedang menanti aku sebaik sehaja aku memusingkan badan ke belakang.

Adakah ia benda yang baik atau benda yang buruk?

Dalam badan yang sedikit menggeletar, aku memusingkan badan kebelakang secara perlahan-lahan. Mata tertutup rapat, tidak mahu dibuka. Selepas seminit tanpa apa-apa berlaku, dapat aku rasa seseorang merangkul pinggang aku daripada hadapan. Tiba-tiba, aku merasa sebuah haba yang datang daripada tepi telinga kiri aku.

"Sayang, bukalah mata." Bisik lelaki itu pada telinga kiri aku. Nafasnya kedengaran jelas pada telinga aku.

Ya ampun dekat banget.

Dengan hati yang berdebar-debar, aku membuka mata secara perlahan-lahan. Benda pertama yang aku nampak sebaik sahaja membuka mata ialah muka Taehyung yang memandang aku dengan senyuman yang pelik. Mata aku menuruni badan Taehyung yang kini terdedah kerana butang baju yang terbuka. Aku dengan segeranya mengalihkan pandangan ketepi dengan muka yang mula panas.

Dapat aku dengar suara Taehyung yang kini sedang tergelak perlahan. Kepala aku dipusingkan oleh Taehyung dan mata kami merenung antara satu sama lain. Wajah Taehyung semakin lama, semakin menghampiri wajah aku. Aku membulatkan mata apabila mula menyedari bahawa jarak antara mulut kami hanya beberapa inci sahaja.

Belum sempat bibir kami bertemu, aku memusingkan kepala dan memandang kearah sisi. Mata membulat bersama hati yang berdebar-debar. Taehyung dengan selambanya mencium pipi aku kemudiannya memusingkan kembali kepala aku agar aku menatap wajahnya.

"How about we go somewhere else and finish this game?"

Dan pandangan aku mula gelap.

○●○

Yoongi POV

"Nanti dah nak sampai aku call kau." Kata aku kepada lelaki disebalik talian lalu menghentikan panggilan.

Jimin telahpun pulang menaiki kereta mewahnya sebentar tadi. Pada asalnya, Jimin ajak aku pergi lepak dulu tapi disebabkan ada orang yang perlu aku jumpa, aku menolak ajakan tersebut. Rasa bersalah menyelubungi diri sewaktu aku melihat wajah Jimin yang sedikit sedih tetapi masih memberikan senyuman kelat.

Teksi yang ditahan sebentar tadi berhenti lalu aku naik ke dalam kereta tersebut dan menuju ke destinasi yang seterusnya. Sebaik sahaja tiba di tempat tersebut, aku mengerutkan dahi. Alamat yang diterima sebentar tadi dibuka untuk memastikan sama ada lokasi aku ada tepat atau tidak dan ternyata aku tepat. Aku membayar kepada pemandu sebelum turun daripada teksi tersebut.

Stalker ; kth 2Where stories live. Discover now