●○●
Hani POV
Apabila keadaan di luar sunyi sepi tanpa sebarang suara, aku membuka pintu almari lalu keluar secara perlahan-lahan.
Aku berjalan keluar daripada bilik ini. Otak aku masih memproses apa yang baru sahaja terjadi.
"Tak kiralah sapa yang telefon Taehyung tadi, aku doakan dia supaya murah rezeki. Kalau tak ada dia, habis aku." Monolog aku seorang diri.
Aku berjalan kearah dapur dengan langkah yang malas. Aku membuka peti ais untuk mengambil sebuah air kotak berperisa strawberi di dalamnya. Aku kemudiannya melangkah kearah ruang tamu lalu duduk di atas sofa sambil termenung. Air kotak disedut sedikit demi sedikit ke dalam mulut.
Agaknya, Taehyung akan buat tak sebuah permainan yang membolehkan dia bunuh aku? Nak ke dia bunuh aku? Dia betul-betul sayang aku ke?
Kalau dia sayang aku... asal dia nak toreh tangan aku?
○●○
Author POV
"Kenapa dia nak bunuh abang sendiri?" Tanya Yoongi. Matanya tidak terlepas memandang lelaki yang lebih tua daripadanya itu.
Jin menggosok belakang leher miliknya. Dia teragak-agak samaada dia boleh bergosip tentang isu ini bersama Yoongi ataupun tidak. Baru sahaja Seokjin ingin bercerita, ringtone telefon milik Yoongi berbunyi yang menandakan bahawa ada satu panggilan yang perlu dijawab.
"Hello, ada apa call aku nih?" Tanya Yoongi. Jin hanya mendiamkan diri sambil bermain dengan telefonnya sementara menunggu Yoongi berbual.
"Bro, aku dah jumpa Jungkook." Kata Baekhyun di sebalik talian.
"Hah kat mana budak tuh?" Tanya Yoongi. Tangannya digenggam kuat menahan perasan geram terhadap Jungkook.
Mana tak geramnya. Janji nak jumpa tapi akhirnya dia sendiri yang tak muncul-muncul. Dahlah telefon tak reti nak angkat.
"Dalam hutan." Kata Baekhyun.
Yoongi mengangkat sebelah keningnya. Hairan anak Min kepada tindakan anak Jeon ini. Dianggapnya anak Jeon ini sudah buang tabiat.
"Hutan? Apa plak si biskut tuh buat kat hutan? Tangkap arnab liar? Aku ni punyalah jenuh menunggu dia sampai aku abaikan game aku! Aku dahlah-" Bebelan Yoongi dipotong oleh Baekhyun.
"Bro... Dia dah mati.. Dalam hutan ni." Kata-kata Baekhyun dengan jelas kedengaran pada telinga Yoongi.
Yoongi membulatkan mata. Lidahnya kelu untuk berkata apa-apa. Tangannya menggigil.
"Hantar aku location. Aku gerak pergi sana sekarang jugak." Kata Yoongi lalu menamatkan panggilan.
Notification daripada aplikasi kakaotalk muncul di skrin telefonnya, menunjukkan location yang di hantar oleh Byun Baekhyun. Dia segera mencapai kunci kereta yang berada di atas meja lalu berdiri.
"Kau-"
"Aku akan tolong kau, Jin. Nanti kau bawak aku jumpa dia. Aku kena gerak sekarang nih. Urgent." Kata Yoongi, memotong ayat Jin.
"O-ok. Bye." Kata Jin. Matanya memandang kearah Yoongi yang sedang berlari keluar daripada kafe itu. Pandangannya difokuskan pula pada telefonnya.
'Kenapa adik aku tak reply nih." Detik hati Jin tatkala mesej yang dihantarnya kepada abang Taehyung sebentar tadi masih tidak dibalas mahupun dibaca.
●○●
Chanyeol POV
"Kenapa dia tak reply nih?" Kata aku kepada diri sendiri. Tangan aku mengusutkan lagi rambut aku yang sudah pun kusut ini.
Aku merenung telefon aku sehingga aku rasa macam aku masuk dalam telefon aku. Mesti ada sesuatu yang tak kena.
"Woi, Yeol! Buat apa tuh?" Tanya Soohyun.
"Dari minggu lepas aku mesej si Jungkook tapi dia tak balas-balas. Aku ada buat salah ke dengan dia?" Tanya aku sambil mendongak ke arah Soohyun yang sedang berdiri di hadapan aku.
"Ada." Kata Soohyun sambil mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket belakang seluar.
"Hah, yeke?! Apa dia?"
"Kau lah tak jenguk dia berapa lama dah. Asyik berasmara ngan aku je kerja. Pastu dah sebulan baru nak cari dia. Ceyh." Kata Soohyun.
Pipi aku semakin panas. Wahh jarang aku macam nih.
"M-mana ada. Takdeklah, dia sendiri yang cakap kalau dia jumpa apa-apa clue dia akan telefon pastu dia tak bagi aku dekat dengan dia sebab dia kata aku mengganggu." Kata aku.
Soohyun menggelengkan kepalanya. Dia mengambil tempat di sebelah aku. Mata masih memandang kearah telefon pintar.
"Hah, dahtu? Nanti dia telefonlah tu." Kata dia.
Semudah ABC je minah ni. Nasib aku sayang kalau tak dah makan kaki dia nih.
"Masalahnya lama sangat dah nih. Jungkook tak jahil lah. Dia akan reply mesej aku walaupun dia sibuk."
"Dahtu pergilah rumah dia. Kan senang. Boleh tanya pasal Hani sekali, kan?" Kata Soohyun. Matanya kini fokus pada aku.
"Tapi..."
"Tapi apa?" Tanya Soohyun sambil menjengketkan sebelah kening.
"Ermm malaslah hehehe."
"Haihh. Amendelah kau nih." Kata Soohyun sambil memusingkan matanya.
Aku hanya tergelak lalu mencium pipinya. Kalau tak jadi comel sehari, memang tak sah!
○●○
-Author nak borak-
*tarik nafas*
Aku-
Chanyeol : DAHLAH TAK BAYAR AKU PASTU KAU TAK MENTION AKU DALAM CERITA NIH SAMPAI HATI EH LUPAKAN AKU!
bro, sorryyy! Sumpah aku lupa kau wujud.
Chanyeol : Bohh gitu ah!
Maap :)
YOU ARE READING
Stalker ; kth 2
FanfictionTak salah kan kalau 'hero' milik Kim Hani ini membuat comeback? *** >>Ini adalah siri kedua bagi buku Stalker, KTH. Anda dijemput dan dialu-alukan untuk membaca siri pertama terlebih dahulu ;)