27

534 72 4
                                    

●○●

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

●○●

Jimin POV

"Kau tengah buat apa tu." Tegur aku kepada Yoongi yang tidak sedar akan kehadiran aku dibelakangnya ini.

Yoongi menoleh kebelakang dengan muka yang terkejut. Telefon pintar yang berada di tangan segera ditutup lalu diterbalikkan agar screen telefonnya menghadap ke bawah. Dia tersenyum kekok ke arah aku. 

"Ma-main game je." Kata Yoongi. 

Aku mengangkat kening dan kemudiannya menjongketkan bahu. Kaki berjalan mendekati lelaki itu lalu aku melabuhkan punggung disebelahnya.

"Kau ikut aku nak? Teman aku jap."

"Pergi mana?" Tanya Yoongi. Jari kelingking dimasukkan kedalam hidung sambil matanya memandang kearah aku dengan penuh tanda tanya. Aku hanya menggelengkan kepala melihat perangai tak senonohnya itu.

"Aku kena guna PC aku sekarang. Urgent. Tapi PC aku dekat office aku. Temanlah jap. Alang-alang tu bolehlah kau jumpa Taemin."

Yoongi menganggukkan kepala. Jari dikeluarkan daripada hidung sebelum dia mengemas barang-barangnya. D.ia mula berdiri dan berjalan mendekati pintu keluar. Aku hanya mengikuti daripada belakang.

Aku mengambil tempat di tempat duduk pemandu manakala Yoongi pula duduk disebelah aku. Enjin kereta dihidupkan lalu kereta ini mula bergerak untuk menuju ke destinasi kami.

Masing-masing mendiamkan diri. Aku cuba mencari topik untuk bercakap dengan Yoongi. Aku menjeling ketepi buat seketika dan kemudiannya memandang semula kehadapan.

'Daripada tadi lagi main handphone macam tak ingat dunia dah kenapa budak ni? Dengan muka seriusnya. Hal kerja lah kot.' Desis hati aku.

"Ehem." Dehem aku untuk memecahkan kesunyian.

Yoongi menoleh kearah aku buat beberapa saat sebelum dia sambung mengetaip sesuatu di telefon pintarnya.

"Sibuk ke?"

"Bolehlah." Balas Yoongi, pendek. Jarinya masih lincah mengetaip huruf pada keyboard di telefon pintarnya itu.

Keadaan kembali sunyi. Aku cuba mencari topik untuk dibahaskan.

"Yoongs."

"Hmm?" Tanya Yoongi. Mata masih fokus pada telefonnya itu.

"Are you lost baby gorl?"

"dafuq?" Yoongi mengerutkan muka. Tangannya menggosok mata berulang kali. Dia menutup telefon pintarnya sebelum dia mengesot jauh daripada aku (walaupun ruang tak banyak lol).

"What?"

"K-kau gay ke?" Tanya Yoongi.

"What if... I am?"

"Ew, nyah kamu daripada sini!" Kata Yoongi lalu memukul bahu aku dengan kuat berulang-ulang kali.

Dengan itu, bermulalah pergaduhan kecil antara kami berdua walaupun aku dah jelaskan yang aku cuma bergurau dan itu adalah ayat yang aku dengar dalam satu movie yang aku tengok haritu.


○●○

Taehyung POV

"What did you say again?" Tanya Hani yang kini sedang memeluk tubuh. Matanya merenung tajam kearah aku.

"It's time for your second task. Remember what I said before? Aku akan bagi tiga tugasan dekat kau dan sekarang adalah tugasan kedua. Aku ingat kau nak hadiah but I guess I'm wrong-"

"Apa dia? Cepatlah bagi task tu. Tapi tolong jangan minta yang bukan-bukan." Kata Hani dengan pantasnya, memotong ayat aku yang tak sempat aku habiskan tadi. Mulutnya dimuncungkan seperti mulut itik.

Aku tersenyum penuh makna. Tangan kanan aku menyeluk belakang poket seluar aku lalu mengeluarkan sebuah kertas berwarna ungu yang telah aku lipatkan. Kertas tersebut dihulurkan kepada wanita di hadapan aku ini.

"Apa ni?" Tanya Hani. Pada mulanya dia kelihatan seperti tak nak ambil kertas tersebut tetapi perlahan-lahan dia mengambil juga huluran kertas itu.

"Kertas yang ada tugasan. Now, buka kertas tu dan baca. Arahan dia bukannya susah nak faham pun."

Hani merenung kearah aku dengan harapan agar dia dapat membaca fikiran aku. Selepas itu, dia kemudiannya memandang kearah kertas berwarna ungu itu sebelum dia membuka lipatan tersebut.

- - -

Second task!

Treasure hunt.

Cari klu yang telah aku sorokkan dalam rumah ni. Klu tak semestinya dalam bentuk kertas.

Good luck!

- - -

Hani mengangkat mukanya untuk memandang kearah aku yang telahpun tersenyum penuh makna. Dia menunjukkan kertas itu kepada aku.

"Treasure hunt? Nak cari apa?" Tanya Hani.

"Cari aku. Aku akan menyorok. Gunakan klu yang kau jumpa tu. Had masa aku bagi satu jam. Cukuplah tu kan?"

Hani menganggukkan kepala. Aku menepuk tangan, tanda teruja. Lengan baju kemeja aku sinsingkan manakala rambut dibetulkan sebelum aku mula berjalan menjauhi Hani.

"Wait, dah mula ke?" Tanya Hani sambil menepuk perlahan bahu kiri aku.

Aku menghentikan langkah. Kepala menoleh kebelakang untuk memandang kearah wanita itu.

"Kita akan bermula selepas wisel berbunyi. Kau tak boleh gerak selagi wisel tak bunyi."

Aku menoleh kehadapan dan meneruskan langkah. Sempat aku mengeluarkan sebuah ayat sebelum aku hilang dari matanya.

"Ingat, kalau tak berjaya, akan ada punishment. Kalau tak nak kena, buat betul-betul."

●○●

-Author nak borak-


maaf sebab dah lama tak update. Memang tak ada masa langsung nak update sekarang. Sibuk sikit.

Terima kasih sebab support buku ni. Alhamdulillah dah reach 10k reads! Disebabkan dah reach 10k, saya akan bagi satu lagi chapter harini♡

Seperti biasa, jangan lupa vote dan comment!

Stalker ; kth 2Where stories live. Discover now