23

632 73 18
                                    

●○●

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

●○●

Hani POV

"Sayang, wake up."

Aku tersedar daripada lena apabila bahu aku digoncang perlahan. Mata digosok perlahan menggunakan tangan kanan. Setelah itu, mata dibuka secara perlahan-lahan. Aku dalam kereta rupanya.

"Hello,princess. We're here." Suara yang datang daripada sisi aku membuatkan aku menoleh ke tepi. Terus aku teringat apa yang terjadi sebelum aku 'tertidur' tadi. Aku terus cuba menjauhkan diri daripada dia walaupun ruang tidak begitu luas.

"Lah, kenapa ni, hmm?" Tanya Taehyung. Tangannya cuba memegang tangan aku tetapi aku sempat menepis terlebih dahulu. Badan aku sedikit menggeletar kerana berasa takut.

"A-awak buat apa kat saya tadi sampai saya pe-pengsan? Sampai hati awak buat saya macam ni!" Kata aku. Mata aku yang mula bertakung dengan air mata aku cuba tahan daripada mengalir. Taknaklah nampak lemah sangat depan dia walaupun memang situasi sekarang ni nampak macam aku ni dah lemah pun.

"Mana ada saya buat apa-apa. Janganlah macam ni, Hani. Kita nak have fun ni kan. Smile, please? Saya tak sukalah awak macam ni." Kata Taehyung.

Have fun tok dia lah! Aku ni kena cucuk dengan entah benda apa lepastu simple je kata dia tak buat apa kat aku dan nak aku have fun . Ada aku cucuk dengan pensel ni satgi.

Aku menggelengkan kepala. Aku masih tak berani nak dekatkan diri dengan dia. Tak mustahil dia akan buat benda lain lagi dekat aku. Taehyung yang melihat aku mula mengeluh. Tangannya meraup muka sendiri sebelum dia menoleh kearah aku.

"Dahtu, nak balik? Tak nak keluar dah? Ok, fine. Jom." 

Taehyung yang mula menyentuh stereng dan gear kereta aku pandang dengan mata yang membulat. Tangan aku mencapai tangannya agar dia memberhentikan apa yang sedang dia lakukan. Taehyung memandang kearah aku dengan muka yang serius.

Haih, dah boleh keluar takkan aku nak biarkan dia  bawa aku masuk rumah balik? Terpaksalah aku acah-acah macam tak ada apa yang berlaku sebelum ni.

"Taehyung, alah janganlah macam ni. Jomlah keluar kereta. Saya excited ni!" Kata aku. Muka cuba diceriakan agar dia tak syak apa-apa lagi.

Taehyung hanya menyilangkan tangan ke dada. Sebelah keningnya diangkat kepada aku. Hamboi ni nak suruh aku pujuk lagi ke apa? Macam nak kata 'try harder' je kat aku. 

Aku dengan pantasnya mencium pipi kanannya. Melihat Taehyung yang mula tersenyum, aku mula lega. Petanda yang aku berjaya pujuklah tu. Nafas dihembus lembut. Aku sendiri tak sedar yang aku tahan nafas sebelum ni.

"That's my girl." Kata Taehyung sambil tersenyum. Tangannya mengusutkan rambut aku, membuatkan aku sedikit mencebik.

Taehyung menghentikan enjin kereta. Lock pintu dibuka. Belum sempat aku membuka pintu, Taehyung telahpun berlari keluar daripada kereta lalu membukakan pintu kepada aku. Aku keluar daripada kereta sambil menggelengkan kepala.

Stalker ; kth 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang