Tak salah kan kalau 'hero' milik Kim Hani ini membuat comeback?
***
>>Ini adalah siri kedua bagi buku Stalker, KTH. Anda dijemput dan dialu-alukan untuk membaca siri pertama terlebih dahulu ;)
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
●○●
Jin POV
"Dik, kau pasti ke nak pindah tempat lain? Tak ada cara lain ke selain pindah?" Tanya aku kepada adik tiriku ini.
"Kalau mengidam nak tengok adik kau nih masuk berita sebab kena bunuh, tak payah pindah." Kata dia secara sarkastik.
Eeh budak nih aku siku dengan siku worldwide handsome nih baru tau.
"Bukan apa, ni dah masuk 17 kali kita pindah." Kata aku.
Dia memandang wajah aku buat seketika lalu pandangannya jatuh pada mug animasi BT21 yang mempunyai gambar seekor kuda bernama Mang yang berada pada tangannya.
(A/n : not sponsored hoho)
Dia melukis kembali gambar Mang itu menggunakan jarinya tanpa berkata apa-apa. Aku meletakkan sebelah tangan aku diatas bahunya lalu memicit perlahan.
"A-aku takut." Kata dia sambil memandang kearah aku kembali. Setitik air mata jatuh pada pipinya.
Aku mempalsukan sebuah senyuman. Ibu jari aku mengesat air mata tersebut. Aku menyiku perutnya secara gurauan.
"Kau nih nangis sampai aku ingat adik aku nih dah tukar jantina hahahhahah. Lelaki an kawal lah sikit. Macho macho." Kata aku sambil mengangkat sebelah tangan aku untuk menunjukkan otot aku kepadanya.
Benda boleh tunjuk buat apa simpan, kan? ;)
Dia hanya tergelak melihat gelagat aku. Tangannya diangkat seperti ingin menampar aku.
"Alahh taulah kau workout! Dasar berlagak!" Kata dia. Gelak tawanya semakin kuat.
"ASAL DULU KAU BOLEH SEKARANG TAK BOLEH?!" Tanya aku kepada Taemin, kawan yang membantu aku dalam banyak perkara. Termasuklah hal Hani.
"Jangan lah marah aku. Puas dah aku cari tapi masih tak jumpa! Taehyung tu bijak, Jimin. Dia tahu macam mana nak rancang strategi. Susah nak jejak dia sekarang." Kata Taemin.
Aku mengusap rambut aku ke belakang. Aku mengeluh kasar.
"Jadi? Hey, semua benda yang tersorok boleh dicarilah! Sekarang kan ada macam-macam teknologi. Kau beli je apa-apa yang boleh membantu kita. Aku bayarkan. Tak kisahlah mahal ke murah." Kata aku sambil merenung ke luar tingkap.