●○●
Hani POV
Pritttt!
Wisel berbunyi menandakan bahawa 'permainan' telahpun bermula. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Mata memandang kearah sekeliling.
Gila ke apa mamat ni? Rumah dia besar kot macam mana aku nak cari klu. Atleast bagitahulah mana nak cari klu pertama dulu.
Setelah seminit berlalu, aku mula menggeledah ruang tamu iaitu tempat yang aku sedang berada sekarang ini. Bawah sofa, bawah kusyen, belakang televisyen- haih habis semua tempat cari tapi tetap tak jumpa. Aku yang mula penat mengambil keputusan untuk duduk terlebih dahulu diatas lantai.
Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung ke lantai, mata aku terpandang kearah sebuah sticky note berwarna ungu gelap yang berada di bawah meja kopi di hadapan aku ini. Dengan segeranya aku mencapai sticky note tersebut lalu membaca apa yang tertulis.
Angkat pasu bunga.
-kthAku mengangkat pasu bunga yang berada diatas meja dan ternyata, terdapat sebuah sticky note berwarna ungu lagi yang terlekat di bawah pasu tersebut.
Muffins ;)
Merupakan apa yang tertulis pada sticky note itu. Otak aku mula melakukan beberapa regangan.
Hadoi macam jawab soalan matematik je klu dia ni.
Setelah beberapa saat berfikir, akhirnya aku mengambil keputusan untuk ke dapur. Kenapa? Sebab peristiwa muffins beberapa hari yang lepas berlaku di sana.
Setelah tibanya di dapur, aku memulakan operasi mencari klu. Aku mencari dibawah meja dan di bawah kerusi. Setelah itu, aku membuka satu per satu kabinet yang tergantung pada dinding dapur ini. Sampai sahaja pada kabinet yang menempatkan peralatan elektrik, aku terjumpa sebuah kotak berwarna putih yang diikat dengan riben berwarna ungu.
Aku mencapai kotak tersebut lalu kotak itu dibuka. Sebuah jam tangan berjenama gucci dikeluarkan daripada kotak tersebut. Aku yang sedang keliru menyarungkan jam tersebut pada tangan kiri aku. 20 minit telahpun berlalu dan aku mula panik.
Walaupun banyak masa lagi, aku takut aku lambat cari dia. Takut dengan apa hukuman yang akan diberikan kalau aku gagal.
Secara tiba-tiba, aku mendapat idea untuk pergi ke bilik pakaian milik Taehyung yang berada di dalam bilik tidur kami. Lantas aku mula berlari menaiki tangga untuk ke bilik kami. Hampir tersadung kaki aku masa nak sampai ke tingkat atas tadi.
Setibanya aku didalam bilik pakaian tersebut, sekali lagi aku mula menggeledah tetapi pada masa yang sama aku memastikan bahawa ruang ini tidak bersepah.
Kalau bersepah, aku juga yang kena kemas.
Laci yang terisi dengan koleksi kaca mata hitam milik Taehyung dibuka. Satu per satu kaca mata tersebut dikeluarkan. Setelah memastikan tiada apa yang berada di dalam laci tersebut, aku menyimpan kembali kaca mata tersebut pada tempat asalnya.
Aku kemudiannya membuka laci yang menempatkan pelbagai jenis jam tangan berjenama yang berada di sebelah laci kaca mata tadi. Setelah mrngeluarkan kesemua jam tangan, aku menjumpai sebuah kain satin berwarna ungu. Jam tangan disusun kembali ke tempat asal lalu aku merenung kain tersebut.
Macam familiar tapi di mana?
Ibu jari dan jari telunjuk aku digosokkan pada dagu sambil aku berfikir. Kaki mula melangkah keluar daripada bilik ini. Aku berjalan mendekati katil kami sambil merenung pada kain tersebut. Punggung dilabuhkan di atas katil itu. Mata aku melihat di sekitar bilik tidur ini dengan harapan agar dapat mengetahui dimana klu seterusnya berada. Sebaik sahaja aku memandang kearah katil yang sedang aku duduki ini, aku menepuk dahi.
Patutlah familiar. Cadar katil ni rupanya!
Aku mengangkat bantal yang tersusun diatas katil ini, terdapat sebuah sticky note berwarna ungu lagi dibawahnya.
Pergi dekat tempat awak letak toner.
-kthAku pun mula berjalan mendekati meja yang dipenuhi dengan produk penjagaan muka dan alat bersolek milik aku. Toner muka diambil lalu aku menilik botol tersebut. Terdapat sebuah sticker rama-rama berwarna biru yang terlekat dibelakang botol ini. Aku terus mendapat idea untuk pergi kearah lukisan rama-rama berwarna biru yang tergantung berdekatan dengan bilik tetamu dihujung koridor ini.
'Damn, tak sangka pula kau ni bijak,Hani. Maaf sebab kata kau kurang pandai sebelum ni.' Desis hati aku.
Aku berjalan menuju ke lukisan tersebut dalam keadaan penat. Tidak habis-habis aku memaki Taehyung di dalam hati kerana mencipta permainan yang memenatkan. Entah bila nak habis pun tak tahu. Klu pun dia tidak tahu ada berapa banyak.
Setibanya aku dihadapan lukisan tersebut, aku terjumpa lagi sticky note berwarna ungu yang dilekatkan pada bahagian sayap rama-rama berwarna biru itu.
Movies?
Aku yang terlebih bijak ini pun mula berjalan ke bilik tayangan yang berada di tingkat bawah rumah ini. Aku menuruni tangga dengan pantas memandangkan masa terlampau cemburu dengan aku.
Aku memasuki bilik tayangan ini. Screen yang daripada tadi menyala secara tiba-tibanya mengeluarkan perkataan 'On me'. Alat kawalan diambil lalu aku menekan butang 'on'.
Sebuah video terpampang pada screen tersebut. Aku lantas menekan butang 'play' pada alat kawalan jauh. Taehyung muncul di dalam video tersebut. Dia memakai sebuah kemeja berwarna putih yang telahpun disinsing lengan bajunya dan dipadankan dengan vest berwarna hitam. Dia mula berkata-kata di dalam video tersebut.
"You know, aku appreciate effort kau but sorry to say, It's not enough. Aku perlukan lebih lagi daripada kau." Kata Taehyung di dalam video tersebut.
Dia mula diam sambil merenung kearah kamera yang sedang merakam dirinya itu. Nafas berat dihembuskan sebelum dia tersenyum secara pelik.
"Sayang, pusing belakang."
●○●
-Author nak borak-
To be continued heheheh
Cliffhanger lagi wohooo.
Demi korang, sebuah lagi chapter saya hadiahkan bersempena menyambut 10k reads untuk buku ni. Terima kasih sebab sabar menunggu dan support sampai sekarang.
Sayang korang heheheh♡
YOU ARE READING
Stalker ; kth 2
FanficTak salah kan kalau 'hero' milik Kim Hani ini membuat comeback? *** >>Ini adalah siri kedua bagi buku Stalker, KTH. Anda dijemput dan dialu-alukan untuk membaca siri pertama terlebih dahulu ;)