P R O L O G

4.7K 110 2
                                    

ANGGUN MADEANNAH mencelikkan matanya setelah lama dia tertidur dari tengahari sehingga ke petang. Pandangan pertama hanyalah dinding siling berwarna biru langit.

Dia mengukirkan satu senyuman manis untuk dirinya lalu bangun menyelak selimut tebal yang menutupi tubuhnya. Dia menyelitkan rambutnya yang terjuntai ke belakang telinganya. Lalu dia bergerak perlahan duduk di birai katil.

Dia memandang ke arah kanan, meja lampu tepi katilnya. Sebuah bingkai gambar yang terdapat satu gambar keluarga yang bahagia.

Tangannya mencapai bingkai gambar dan diamati gambar itu sambil menyentuh setiap wajah dalam gambar itu. Hatinya dilanda kerinduan. Rindu terhadap insan yang dicintai dan disayangi.

"Cepat masa berlalu. Satu persatu pergi tinggalkan Anggun" kata Anggun Madeannah. Hatinya mula dihurung sebak terus laju tangannya menyimpan semula bingkai gambar itu di meja.

Dia memandang lagi, banyak botol-botol ubatan serta plastik yang dipenuhi pil di dalamnya. Bila dilihat secara fizikal dia tampak seperti gadis ceria yang tidak mempunyai masalah. Namun di dalam. Hanya Allah Swt saja yang tahu.

Anggun Madeannah memandang lama botol-botol serta plastik kecil itu lama. Lantas tangannya membuka laci lalu menyumbat segala botol dan plastik tadi dengan tergesa-gesa.

Dia naik semula ke atas katil lalu memeluk lututnya. Mengigil seluruh tubuhnya ketika ini.

"Kenapa? Kenapa semua ini harus berlaku pada aku dan keluarga aku?" Katanya dalam nada ketakutan. Sungguh dia takut dalam masa yang sama dia berasa sebak di dada.

Perlahan-lahan air matanya turun. Mengalir ke pipinya yang putih bagai salju.

"Semua orang tidak sayangkan Anggun! Arghh!" Anggun Madeannah menjerit dengan lantang sambil kakinya menolak selimut dan kedua tangannya mencampak semua bantal ke lantai.

Dirinya kini menguasai dirinya sendiri..

"Anggun Madeannah tidak patut bahagia kan? Kenapa tidak ambil Anggun!" Marah pada dirinya sendiri sambil membaling segala bantal ke lantai

'Bangun Anggun Madeannah. Bangun. Ini semua bakal berakhir. Bangun!' Hatinya memberikan semangat padanya namun air matanya masih mengalir laju.

"Arghhh tidak. Tidak!" Anggun membaringkan dirinya dan memeluk dirinya sendiri. Mengigil. Itulah yang dia rasakan. Takut.

"Deannah!"

Lelaki itu terus menuju ke arah Anggun Madeannah dan bawa gadis itu dalam pelukan. Rambut lurus ikal mayang milik Anggun Madeannah dielus lembut.

"Don't leave... like others do..."

"Shh. I will always here. Beside you honey" lalu ubun-ubun Anggun Madeannah dikucup kasih.

**********

ANGGUN MADEANNAH
MEMBUKA TIRAI








A story by,
Theaizyns

A story by,Theaizyns

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







*****

Hi all readers Anggun Madeannah !

Ini adalah cerita author yang kedua selepas cerita Mrs Khaleeq.

Author harap prolog sebagai permulaan memuaskan hati korang HEHEHE

Vote💖

And

Comment pendapat korang!💖

Enjoy your readingg!!

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now