A M 7

1.1K 54 7
                                    

SETELAH enam belas jam setengah duduk di dalam kapal terbang, akhirnya Anggun Madeannah dan Dayang Syairah tiba di Lapangan Terbang Charles De Gaulle Paris, Perancis.

"Aduh! Sakitnya punggung aku ni, Anggun. Penat aku duduk" Dayang Syairah mengaduh sakit pada Anggun Madeannah sambil menarik beg bagasinya sama seperti Anggun Madeannah.

"Kerusi tu boleh baring kau tidak mahu. Kan sudah sakit punggung. Padan muka!" Balas Anggun Madeannah lalu ketawa kecil. Mereka berdua berjalan keluar dari Lapangan Terbang Charles De Gaulle Paris ingin mencari teksi yang boleh membawa mereka menuju ke tempat penginapan yang sudah ditempah oleh Dayang Syairah.

Mereka memilih untuk beristirehat dahulu sebelum mulakan pengembaraan mereka di bumi Perancis.

Mereka berdua berjalan perlahan dan berhenti tepat di luar pintu utama bahagian Lapangan Terbang Charles De Gaulle Paris.

Dayang Syairah terkejut tatkala Anggun Madeannah menyentuh bahunya dengan sengihan.

"Kau dah kenapa, Anggun? Terkejut aku. Sikit lagi naik tapak tangan aku ni hah" Soal Dayang Syairah

"Hehehehe! Kau tunggu sini kejap, Dayang. Aku nak ke tandas ni. Tak tahan! Kau tunggu kejap okay?" Beritahu Anggun Madeannah lalu berlari ke arah tandas berdekatan.

Belum sempat Dayang Syairah membalas, sahabatnya sudah hilang laju berlari dari pandangannya sepantas kilat. Akhirnya Dayang Syairah berdiri sendiri melihat kiri kanan menunggu Anggun Madeannah.

'Apa aku nak buat ni? Dah lah tak pandai cakap french' gumam Dayang Syairah dalam hati. Dayang Syairah mengeluarkan iphone X miliknya yang baru dibeli dari poket jaket tebal yang tersarung ditubuhnya sejak dalam kapal terbang lagi.

Dayang Syairah memandang lagi ke kiri ke kanan sehingga dua anak matanya melihat seorang lelaki yang seperti dikenalinya masuk ke dalam sebuah kereta mewah.

"Itu...bukannya si.."

"Vous cherchez un taxi? ( Cik cari teksi?) " tiba-tiba seorang lelaki berumur berpakaian kemeja putih menegur Dayang Syairah yang seperti termenung jauh.

Dayang Syairah terus menoleh memandang leleki yang menegurnya dengan bahasa terbelit lidah iaitu bahasa french.

'Aduh apa aku nak balas ni. Nanti cakap inggeris tidak faham pula' kata hati Dayang Syairah yang kakinya sudah tidak senang duduk. Dipandang ke arah Anggun Madeannah berlari tadi tapi bayang gadis itu langsung tidak nampak. Dilihat kembali kereta mewah tadi juga sudah hilang.

'Aku yakin itu dia. Pasti Anggun terkejut kalau nampak dia' kata hati Dayang Syairah lalu memandang semula ke arah lelaki berumur yang menegurnya tadi dengan senyuman kecil.

" Im sorry. I can't speak french " akhirnya Dayang Syairah jujur saja membalas apabila lelaki berumur itu masih tidak berginjak pergi.

" oh sorry miss. I just asked if you looking for a taxi " balas lelaki berumur itu dengan bahasa inggeris pula.

' Huh~ boleh pula cakap inggeris pakcik ni' dalam hati Dayang Syairah menghela nafas lega. Baru saja ingin membalas..

" Oui monsieur. Nous cherchons un taxi. (Ya Encik. Kami memang cari teksi)" celah Anggun Madeannah yang baru sampai selepas dari tandas lalu memberikan senyuman manis pada lelaki berumur itu dan mendekati Dayang Syairah.

Dayang Syairah terus menarik sedikit kasar lengan Anggun Madeannah..

" Kenapa kau lambat, Anggun. Nak tercekik aku nak jawab pakcik ni cakap french tadi" bisik Dayang Syairah lalu tersengih pada lelaki berumur tadi. Tapi Dayang Syairah masih tidak memberitahu tentang lelaki yang dilihatnya tadi.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now