A M 25

943 46 6
                                    

MINI TRAIN yang dinaiki oleh Anggun Madeannah, Quzyairi dan Ana keluar dari terowong. Nampaknya orang BlackScorpine tidak berani mahu bertindak bila ternampak Quzyairi tadi.

Siapa saja berani mendekati lelaki dingin itu? Kisahnya sudah terkenal dalam kalangan Mafia sejak lelaki itu belasan tahun lagi.

Mereka turun dari mini train, memberi laluan pada orang awam yang juga mahu mencuba permainan ghost train.

"Wuhuu! You know what mama..." tiba-tiba Ana mengenggam tapak tangan Anggun Madeannah erat. Mereka berjalan di sekitar Taman Tema yang sesak. Ramai sangat orang.

Anggun Madeannah memandang Ana yang sedang memegang tangannya. Ketinggian Ana hanyalah paras pinggang rampingnya. Dia tersenyum melihat Ana. Banyak betul celoteh!

"That clown so cute and..."

"And what?" Soal Anggun Madeannah lembut pada Ana. Dilihat anak kecil itu sudah membuat memek muka yang lucu.

"Creepy..."

Ketawa kecil Anggun Madeannah dibuatnya.

Sedang mereka berjalan dan Quzyairi hanya berada di sebelah kiri Ana. Dia langsung tidak mahu mengambil tahu tentang apa yang dibualkan antara isterinya dan Ana.

"Mama! Ana nak naik tu tu tu" jerit Ana ceria sambil mengoncang lengan Anggun Madeannah.

Anggun Madeannah memandang ke arah yang dikatakan Ana. Jari telunjuk kecil itu terus menunjuk ke arah satu permainan. Ramai orang berbaris menunggu giliran. Iaitu...

Roller Coaster

"Ana tak boleh naik tu. Bahaya untuk sayang" beritahu Anggun Madeannah lalu menarik perlahan tangan Ana.

Tapi anak kecil itu tak mahu mengikut langkahnya. Wajah Ana sudah masam.

Anggun Madeannah menghela nafas kecil. Dilihat suaminya sudah hilang dari sisi mereka. Dia terus mencangkung depan Ana. Diusap sayang ubun-ubun Ana sehingga ke pipi gebu anak kecil itu.

"Ana tak boleh naik permainan tu. Tapi bila Ana dah besar nanti... Ana boleh naik. Dengan kawan Ana" pujuk Anggun Madeannah lembut. Dicapai kedua tangan anak kecil itu.

Ana berpaling wajah dari Anggun Madeannah. Dia betul-betul mahu menaiki roller coaster.

"Ana...lets get some ice cream again?" Pujuknya lagi.

Ana menggelengkan kepalanya laju. Tidak mahu.

"How about hm... teddy bear?" Anggun Madeannah cuba mengumpat Ana dengan minat anak kecil tu.

"Teddy bear?" Tanya Ana perlahan.

"Yup! Disana ada banyak permainan. Kalau Ana menang, you can get teddy bear" beritahu Anggun Madeannah dengan penuh ceria. Dia tidak mahu Ana bersedih dan merajuk dengannya. Dia sayangkan Ana sangat-sangat.

Tanpa disedari oleh mereka berdua, Quzyairi memandang mereka dengan senyuman lebar. Hatinya tercuit melihat Anggun Madeannah dan Ana. Ada aura keibuan.

***

ANGGUN MADEANNAH membantu Ana untuk memasukkan bola kecil ke dalam jaring. Sebanyak tiga kali mencuba, akhirnya masuk juga ke dalam jaring.

Ana tersenyum suka dan gembira mendapat patung unicorn walaupun kecil. Senyumannya memang tak boleh bawa bincang. Lebar sampai ke telinga. Tangan yang dipimpin Anggun Madeannah, diayunkan ke depan dan ke belakang. Lihatlah betapa cerianya dia.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now