ANGGUN Madeannah melangkahkan kakinya dengan laju. Selaju yang mungkin di ruang koridor menuju ke ruang VIP. Sempat dia menoleh ke belakang melihat suaminya yang hanya mengikutinya dari belakang dan kakinya hanya terus melangkah dengan cepat.
Sebaik saja melihat figura Dayang Syairah bersama Ashraf Naufil yang duduk diluar...
"Dayang..." panggil Anggun Madeannah perlahan lalu memeluk tubuh sahabatnya. Manakala, Quzyairi dan Ashraf Naufil pergi mengambil tempat duduk yang telah disediakan untuk para pelawat.
"Anggun, Kakak dan abang ipar kau ada dekat dalam. Masih belum sedarkan diri," beritahu Dayang Syairah sebaik saja Anggun Madeannah meleraikan pelukan.
"Apa yang jadi sebenarnya, Dayang?" Wajah sedih Anggun Madeannah menjelaskan segalanya. Bahawa dia takut orang yang sentiasa disisinya selalu akan pergi meninggalkannya.
"Aku tak tahu, Anggun. Kau pergilah tengok kakak dan abang ipar kau dulu," balas Dayang Syairah. Tangannya setia memeluk bahu sahabatnya. Memberikan kekuatan dan menyalurkan semangat untuk Anggun Madeannah.
"Hm, aku beritahu Quzyairi dulu." Lalu dia pergi mendekati Quzyairi yang sedang duduk berbual di tepi sudut koridor hospital.
Quzyairi yang sedar isterinya menuju ke arahnya terus meminta diri sebentar pada Ashraf Naufil.
Wajah Anggun Madeanah dipandang dengan dahi yang berkerut nipis. Kenapa wajah kekasih halalku kelihatan sedih sekali?
"Why? What happen?" Pertanyaan pertama yang terpacul keluar dari fikiran Quzyairi bila melihat wajah sayu isterinya.
"Aku dan Dayang nak masuk tengok kakak dulu. Are you okay tunggu sini sekejap?" Kata Anggun Madeannah sambil memandang segenap wajah Quzyairi. Siapa sangka dia sangat bertuah kerana ditakdirkan bersama dengan lelaki iceberg yang tampan. Lelaki yang akan menjadi tempat dia bergantung dunia akhirat. Walaupun lelaki itu sekejap jadi kucing sekejap jadi singa.
Quzyairi mengukirkan senyuman manis. Yang paling manis dan ikhlas buat Anggun Madeannah. Tapak tangan kanannya naik membelai rambut isterinya yang ditocang biasa dengan penuh kasih sayang. Redup saja matanya memandang wajah Anggun Madeannah.
Adakah dia telah menyiram cintanya untuk Anggun Madeannah agar mekar kembali?
"I'm okay. Ashraf ada juga. Take your time to spent with Kak Anggerik. But..." ayatnya tergantung lalu bibirnya mendarat mengucup dahi luas isterinya. Sehingga terpejam erat mata Anggun Madeannah menerima kucupan hangat yang dicurahkan. Hanya sekilas.
"But if you need a shoulder to cry..."
Quzyairi menepuk bahu kanannya sendiri menggunakan tapak tangan kiri.
"Mine always here for you, Honey" lalu hidung Anggun Madeannah dicuit perlahan.
Seketika Anggun Madeannah terdiam. Menahan bibir dari tersenyum suka dengan layanan suaminya yang melayannya seperti anak kecil. Sesungguh seorang Quzyairi sukar ditafsir.
"Aku nak masuk dulu"
"Pergilah. Lepas ni baru aku masuk"
Anggun Madeannah mengangguk faham, lalu kakinya melangkah kembali pada Dayang Syairah yang sudah berdiri dipintu wad VIP.
Sempat Anggun Madeannah menoleh memandang Quzyairi yang memandangnya dengan senyuman.
Dapatkah dia melihat senyuman lelaki itu lagi bila masanya pula akan tiba?
***
PERLAHAN tangannya menyuap sesudu bubur ke dalam mulut sendiri. Dia berasa takut namun dia tidak mampu untuk menahan diri dari lapar. Ana hanya mengelamun. Walaupun baru berusia lapan tahun, dia mempunyai sedikit perwatakan seperti orang yang sudah dewasa.
YOU ARE READING
Anggun Madeannah
ActionApakah yang anda lakukan bila anda tahu anda sebenarnya ketua mafia? Seorang gadis yatim piatu kematian kedua insan tercinta dipanggil ibu dan ayah ketika berusia enam belas tahun. Memori hitam yang meragut insan tercinta masih lagi berputar difikir...