DAYANG SYAIRAH yang baru saja keluar dari tandas ingin kembali ke tempat sahabatnya tapi niatnya terhenti tatkala melihat Anggun Madeannah keluar dari kedai kasut dimana dia meminta tolong sahabatnya untuk menjaga barang sebentar tadi. Anggun Madeannah berjalan laju dan seorang lelaki yang mengejarnya di belakang.
"Siapa pula lelaki tu? Khairis ke tu?" Soal Dayang Syairah pada dirinya. Dia hanya mengikuti pergerakkan lelaki itu mengejar Anggun Madeannah. Jika lelaki itu berkasar, barulah dia menyerang.
Dayang Syairah hanya memerhati dan hatinya membuat kesimpulan bahawa Anggun Madeannah tidak suka akan kehadiran lelaki itu. Bila dilihat sahabatnya pergi, lelaki itu mengejar lagi. Dia tidak mendengar apa yang dikatakan namun wajah sahabatnya kelihatan sakit. Sakit hati.
Terus Dayang Syairah mendekati mereka berdua..
" I won't let you alone this time, Anggun. Please give.. "
dan..
"Wohoihoihoi ! " celah Dayang Syairah lalu menarik lengan Anggun Madeannah dari pegangan lelaki itu dengan kasar.
" Eh kau perempuan. Apa masalah kau kacau aku dengan dia?!" Marah Khairis Addeen pada Dayang Syairah. Mana tidaknya, tiba-tiba muncul saja. Tiada angin tiada ribut datang pula gempa bumi.
" Aku yang patut tanya kau jantan. Kenapa kau kacau kawan aku?" Soal Dayang Syairah kasar lalu mencekak pinggang di depan lelaki itu. Dia fikir aku takut kah? Sorry tidak walaupun sikit.
" Kalau kau kawan Anggun sekali pun, jangan kacau urusan aku dengan Anggun!" balas Kharis Addeen dengan suara tinggi.
" Urusan kau dengan Anggun? Maksudnya kau berurusan dengan aku juga lah jantan! Aku yang bawa dia ke sini" marah Dayang Syairah. Sungguh menaikkan darah lelaki dihadapannya ini.
" So? Do i care? But the way my name is Khairis Addeen bukan jantan " marah Kharis Addeen balik pada Dayang Syairah.
" Oh jadi kau lah Khairis Addeen? Bekas teman lelaki Anggun?" Soal Dayang Syairah yang masih mencekak pinggang sambil bermain keningnya dan tersenyum sinis.
"Jadi apa masalah kau?" Soal Khairis Addeen balik. Perempuan dihadapannya ini sungguh menjengkelkan. Suka menjawab.
"Dah lah, Dayang. Jom balik" ajak Anggun Madeannah lalu menarik lengan Dayang Syairah dengan lembut. Kalau tidak dihentikan, pasti ada gelanggang gusti nanti.
"Okay jom balik. Jangan layan lelaki macam ni" balas Dayang Syairah lalu mengambil beg plastik miliknya dari tangan Anggun Madeannah.
"Wait! Anggun kita belum selesai " panggik Khairis Addeen namun Anggun Madeannah tidak membalas malah..
"Eh kau jantan. Lepas kau putuskan hubungan kau dengan Anggun, semuanya sudah selesai. The end!" balas Dayang Syairah kasar. Mahu saja ditampar wajah Khairis Addeen itu.
"Aku tidak cakap sama kau lah perempuan"
"Oh ya kah? So please leave Anggun alone. Dont disturb fiancee orang" beritahu Dayang Syairah lalu menarik tangan Anggun Madeannah dengan lembut meninggalkan Khairis Addeen sendiri penuh dengan soalan.
"Anggun tunang orang?" Bisik Khairis Addeen pada dirinya.
Tanpa sedar, lelaki yang asyik mengikuti Dayang Syairah dan Anggun Madeannah juga terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Dayang Syairah tadi.
***
ANGGUN Madeannah memandang Dayang Syairah yang sedang memandu sambil gelak ketawa dengan kuat.
YOU ARE READING
Anggun Madeannah
ActionApakah yang anda lakukan bila anda tahu anda sebenarnya ketua mafia? Seorang gadis yatim piatu kematian kedua insan tercinta dipanggil ibu dan ayah ketika berusia enam belas tahun. Memori hitam yang meragut insan tercinta masih lagi berputar difikir...