A M 23

1K 49 0
                                    

DARI ruang tamu, sudah kedengaran pintu dihempas kuat oleh Anggun Madeannah. Quzyairi hanya membiarkan lalu memandang Rossamary dan Xiang yang duduk diam di sofa. Mesti dia orang baru habis telan kemarahan isterinya.

"Rossa, kamu balik lah dulu. Bawa Xiang tu balik rawat bahu dia. Dah keluar banyak darah tu. Aku dah arahkan Joshua hantar bantuan perubatan." arah Quzyairi lembut. Dia nampak Anggun pukul bahu lelaki itu sehingga berdarah kembali.

"Tapi Qusydan... macam mana dengan Anggun? Dia mau pergi Markas Rad" beritahu Rossamary. Sebenarnya dia risau dengan Anggun Madeannah. Pasti gadis itu akan mengamuk habis. Dan Rossamary yakin ini adalah teknik BlackScorpine untuk menarik Anggun Madeannah agar muncul di Markas Rad.

"Don't worry. I'll come with her"balas Quzyairi.

"Tolong...pujuk Anggun. Kami memang tak ada niat nak rahsiakan dari dia. Anggun masih baru tentang ni. Aku risau..." rayu Rossamary.

"Aku tahu tapi jangan risau. Aku akan lindungi dia. Pergilah balik. Get more rest"

Akhirnya Rossamary dan Xiang pun meminta diri untuk pulang. Dengan langkah yang lemah mereka berdua pergi. Habis kecut perut kena marah oleh beautiful Mafia.

Quzyairi meraup wajahnya perlahan. Kaki dibawah melangkah anak tangga sehingga ke depan bilik utama. Dia pulang sedikit awal kerana Uminya sudah menelefon dirinya memberitahu tentang Uminya pulang ke kampung. Risau akan Anggun Madeannah dan Ana dia terus balik.

Kebetulan dalam perjalanan, telefon pintarnya berbunyi. Panggilan dari penolongnya Joshua Pan tentang khabar Markas Rad milik Radmeoqiescoe diserang. Dan juga meminta bantuan perubatan kerana markas yang lain jauh di luar negara.

Baru saja mahu memulas tombol pintu, kakinya sudah dipeluk oleh Ana.

"Papa..." panggil Ana perlahan

Quzyairi memandang ke arah Ana yang jelas kelihatan wajahnya seperti takut. Matanya pula sembab seperti lepas menangis.

"Qusydan...aku dah nak balik ni. Ana nangis tadi sebab dengar Anggun marah" beritahu Dayang Syairah terus terang.

"Patutlah muka dia merah-merah. It okay, thankyou sebab jaga Ana" ujar Quzyairi sebelum Dayang Syairah meminta diri untuk pulang.

"Papa...Ana takut...tadi mama marah-marah" adu Ana. Air matanya sudah berkumpul ditubir mata bila mengingati kejadian tadi. Dia tidak pernah dengar orang marah-marah seperti itu. Buatkan dirinya dalam ketakutan.

"Mama tak marah Ana... mama penat tu." Pujuk Quzyairi lalu mengendong Ana.

Tombol pintu dipulas dan pintu dibuka perlahan. Mereka masuk lalu menutup semula pintu bilik. Lantas Quzyairi menurunkan Ana di atas katil. Ana terus membaringkan diri dan menarik selimut sehingga paras dadanya.

"Sleep well. Tonight papa will bring you to go funfair, okay?" Pujuk Quzyairi lalu dikucup lembut dahi anak kecil itu.

"Pinky promise?" soal Ana sambil mengeluar jari kelingkingnya. Quzyairi tersenyum lebar. Jari kelingking disatukan pada jari kelingking Ana.

"Pinky promise. Now sleep my sweetie girl"

Lalu Ana menarik selimut lagi dan memejamkan mata. Quzyairi membelai lembut ubun-ubun Ana sebelum mencari isterinya.

Baru saja Quzyairi mahu meletakkan kotnya di meja kecil sebelah cermin, dia terpandang Anggun Madeannah yang berdiri di balkoni. Rambut panjang milik gadis itu beralun lembut tatkala angin datang menyapa.

Kelihatan isterinya seperti melayani perasaan. Mungkin terkesan dengan panggilannya yang agak kasar tadi atau sebaliknya?

Dia juga tidak tahu apa yang bermain difikiran gadis itu.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now