A M 16

1K 47 5
                                    

TEPAT jam enam suku, Rossamary dan Anggun Madeannah sudah pun tiba di Markas Rad dengan menggunakan private jet milik arwah Adam Mohammed. Yang sememangnya disimpan untuk kemudahan generasi Radmeoqiescoe.

Rossamary dengan pantas mengumpulkan para anak buah kepada boss baru mereka di satu kawasan lapang berdekatan dengan Markas Rad.

Pada mulanya Anggun Madeannah minta tiga puluh orang anak buah untuk turun padang, tetapi boss mereka bertukar fikiran dan hanya memerlukan sepuluh orang. Itupun yang mempunyai kemahiran tinggi yang dipilih, bukan calang-calang orangnya.

"So, aku nak korang jadi orang yang tegas dalam melakukan kerja. Jangan disebabkan aku ni adik kepada Arwah Adam kamu semua mau bermain-main." Beritahu Anggun Madeannah dan sepuluh anak buah di hadapannya hanya mengangguk faham.

"One more thing, kalau dalam serious mood please be serious. Kalau dalam suka ria mood then be like you want to be" sambung Anggun Madeannah.

Semua anak buah arwah Adam Mohammed mengangguk faham. Walaupun sedikit kecut perut kerana suara Anggun Madeannah seperti singa, mereka tetap akan ikut peraturan.

Hidup dan mati mereka demi Radmeoqiescoe.

"Jam berapa kita mau bergerak, Boss?" Soal Rossamary sambil menilik jam tangannya. Sudah jam tujuh sepuluh minit.

"Sekarang. Xiang, pastikan yang lain bawa senjata dan bergerak ikut belakang kereta yang Mary bawa" arah Anggun Madeannah pada lelaki cina yang bertatoo dibahu kiri kanan corak ular bernama Xiang.

"Baik boss" balas Xiang lalu bergerak membawa anak buah yang lain.

"Aku harap anak-anak buah yang kau kumpulkan tadi, sangat berguna" beritahu Anggun Madeannah pada Rossamary sebelum masuk ke dalam kereta Audi hitam.

Rossamary menelan air liur sehingga ke kerongkongnya saat mendengar sebaris ayat yang keluar dari bibir mungil Anggun Madeannah. Ada berbaur ugutan yang tersirat.

***

DAYANG SYAIRAH diheret dengan kasar oleh dua lelaki berbadan sasa menuju ke sebuah kawasan. Berdekatan kawasan air terjun yang deras. Nampak saja air deras ni kalau mau berenang menyelamatkan diri pun, tidak selamat juga.

"Hei! Orang tua. Apa kau mau buat ni hah?" Soal Dayang Syairah dengan biadapnya. Dengan lelaki tua dihadapannya ini, hilang segala hormatnya.

"Kau diam lah betina"

"Macam mana aku mau diam, kalau kau bawa aku pergi sini?" Soal Dayang Syairah lagi dengan sedikit menjerit. Bunyi air terjun yang kuat itu sedikit sebanyak menghalang gelombang suara orang ingin bercakap.

"Haiyaa boss, ini pelempuan manyak bising oh boss" kata lelaki cina bermata sepet yang memegang lengan kiri Dayang Syairah. Manakala sebelah kanan diawasi oleh lelaki berbangsa India.

"EH! KALAU TAK NAK AKU BISING, LEPASLAH" jerit Dayang Syairah kuat sambil memberikan pandangan tajam pada lelaki cina itu. Sudahlah sepet ada hati nak mengaduh pada boss dia.

"Kau sabarlah boy, kawan itu pelempuan mahu sampai sudah" beritahu Lelaki tua itu dengan senyuman sinis. Masih ada tiga puluh minit lagi sebelum jam sembilan.

"Tik tok tik tok...mana kau Anggun? Masa berjalan" kata lelaki tua itu perlahan sebelum melangkah ke depan. Meninggalkan Dayang Syairah bersama dua orang suruhannya berdekatan dengan air terjun.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now