TIGA hari sudah berlalu. Dan hari ini merupakan majlis pernikahannya dengan lelaki 'tak diundang' bernama Quzyairi Qaiqusydan.
Dua hari lepas, Anggun Madeannah sudah pun bertemu dengan umi Qusydan. Puan Rokiah Yahyah. Untuk mengikat tali pertunangan mereka. Anggun Madeannah langsung tidak mengetahui tentang persiapan pernikahannya bersama lelaki dingin macam iceberg itu.
Umi Qusydan, Puan Rokiah Yahyah sungguh lembut dan penyayang orangnya. Bagi Anggun Madeannah, dia bersyukur kerana Puan Rokiah Yahyah sanggup melimpahkan kasih sayang seorang ibu untuknya. Dan menerimanya sebagai menantu. Memandangkan Qusydan hanyalah anak tunggal.
"Quzyairi Qaiqusydan bin Sallehin Borhaman"
"Ya saya"
"Aku nikahkan dikau dengan Anggun Madeannah binti Arman Moehiddin dengan mas kahwin seribu ringgit berserta senaskah Al-Quran dan kelengkapan solat"
Dengan hanya sekali nafas dan kata dari lelaki bernama Quzyairi Qaiqusydan bin Sallehin Borhaman, Anggun Madeannah binti Arman Moehiddin sah bergelar isteri kepada lelaki itu.
Setitis air mata Anggun Madeannah jatuh namun cepat dia menyeka air mata yang sudah berkumpul ditubir mata. Wajah cuba dimaniskan walaupun tidak mempunyai ramai orang yang datang. Hanya keluarga Qusydan saja yang ada.
"Tahniah Anggun! Akak harap Anggun bahagia dengan pilihan Anggun" ucap kakaknya Anggerik dengan abang iparnya, Abdullah. Lalu kakaknya membawa Anggun Madeannah dalam pelukan.
Walaupun kakaknya tidak tahu apa-apa, itu lebih baik.
"Alhamdulillah, Umi gembira dapat menantukan Anggun" ucap Puan Rokiah Yahyah pula. Lalu tubuh menantunya itu dibawa dalam pelukan. Anggun Madeannah merasa sebak. Rindunya dia pada kedua orang tuanya. Tidak dapat melihat anak gadisnya menikah. Walaupun bukan dasar cinta.
Hanya ada Mak Jana, Mak Timah, Dayang Syairah, Anggerik, Abdullah, Pak Atob dan beberapa pekerja saja yang datang dalam majlis pernikahannya. Lebih kepada privasi.
Demi keselamatan.
"Lepas ni...Ana nak tidur dengan mama. Boleh?" Soal Ana lalu memeluk pinggang Anggun Madeannah erat yang masih duduk bersimpuh. Anak kecil itu sudah mula memanggil dirinya mama. Sedikit demi sedikit perasaan terharu Anggun Madeannah mula menjalar dihati.
Bahagiakah aku nanti?
"Boleh sayang" balas Anggun Madeannah dengan senyuman manis. Dia akan anggap anak kecil ini sebagai darah dagingnya sendiri. Tidak kira anak kecil ini anak darah daging suaminya atau tidak, kasih sayang pasti dia akan berikan.
Seusai lelaki yang kini bergelar suami Anggun Madeannah menunaikan solat sunat, tiba masanya untuk pembatalan wuduk.
Qusydan mencapai tangan kanan Anggun Madeannah. Terasa sejuk. Dia memandang seketika wajah gadis yang baru dinikahinya.
'Always beautiful' pujinya dalam hati.
Cincin emas berbalut permata putih disarungkan pada jari manis gadis yang kini bergelar isterinya.
Anggun Madeannah juga lakukan perkara yang sama. Walaupun terasa janggal. Dia cuba berlagak biasa. Kerana pernikahan mereka bukanlah berdasarkan atas nama cinta.
"Cium tangan suami" bisik Puan Rokiah perlahan. Tersenyum-senyum Puan Rokiah.
Anggun Madeannah hanya turuti. Belakang tangan suaminya dikucup lembut. Menyalurkan rasa hormat pada lelaki itu. Bukan cinta mahupun sayang. Lalu dia mendongak memandang wajah Qusydan.
Adakah dia akan mencintai lelaki ini? Mampu ke lelaki ini menerima hakikat yang belum diketahuinya?
Dia sedikit terkejut apabila Qusydan tiba-tiba menarik dagunya perlahan lalu mengucup lembut dahinya. Rasa hangat mula mengalir di dalam tubuhnya sehingga menusuk ke kalbu.
YOU ARE READING
Anggun Madeannah
ActionApakah yang anda lakukan bila anda tahu anda sebenarnya ketua mafia? Seorang gadis yatim piatu kematian kedua insan tercinta dipanggil ibu dan ayah ketika berusia enam belas tahun. Memori hitam yang meragut insan tercinta masih lagi berputar difikir...