AM 48

1.1K 54 15
                                    

STAY TUNED!
AND ENJOY YOUR READING❤

3 TO GO !

Siapa excited? Takde eh😭

***

ANAK matanya melihat tiga figura yang sedang melangkah berjaga-jaga dan perlahan mendekati dinding. Dalam gudang lama. Dia mengecilkan anak matanya agar lebih fokus ke arah tempat tiga figura itu yang sangat dia tahu siapakah itu.

ZAP!

Anak matanya bertembung dengan anak mata seorang lelaki yang berwajah bengis. Dia memahami gerak bibir lelaki yang terpandang anak matanya itu. Hide.

Mereka bertiga terus bergerak pantas dan bersembunyi di sebalik dinding. Dia pula disebalik dinding koridor yang hanya menampakkan kedua matanya itu mula tersenyum sinis.

"Finally, you're here," monolog Sara Izara dalam hati. Gembira dia melihat musuhnya datang ke tempat dia hanya disebabkan perempuan yang dia culik.

Apa pentingnya perempuan tu? Tiada faedah pun kalau perempuan tu diselamatkan.

"Sebab aku sendiri akan terbangkan roh perempuan tu," gelaknya perlahan. Hanya dia yang mendengar.

Tapi tidak lama selepas tu, dia tersedar. Tersedar akan realiti tujuan lelaki itu.

"Shit! Shit!," makinya dan bergegas beredar dari situ. Dia perlu cari senjata. Senjata untuk lindungi dia.

Dengan gerakan dan larian yang pantas, Sara Izara berlari ke arah ruangan dimana dia dan Mustafa bertengkar tadi.

Sara Izara mula selongkar semua laci dan almari yang ada dalam ruangan itu.

"Ish! Takkan lelaki tua bawa semua!" bengang Sara Izara dibuatnya. Laci-laci almari sudah hancur di buka dan ditarik keluar.

Kosong.

Setiap pelosok dan sisi ruang semua dia cari, namun jawapan masih sama. Kosong.

"Arghh!" Sara Izara marah. Bekas pen yang bersaiz kecil berwarna hitam itu dibaling sekuat hati ke dinding. Tepat pada satu bingkai gambar yang mempaparkan lukisan kala jengking hitam.

Prang!

Bingkai gambar itu jatuh dan mengejutkan Sara Izara. Dia panik. Dia takut jika tiga orang tadi meluru datang ke tempatnya.

Sara Izara terus menutup pintu dan menguncinya. Kerusi yang berat tidak tahu berapa kilogram itu ditolak menyandar ke pintu. Menghalang untuk orang diluar masuk.

Bingkai gambar lukisan yang sudah pecah di atas lantai, dipandang dengan penuh dendam.

"BlackScorpine khianati aku. Aku tak percaya Mustafa tu bapak aku. Dasar jantan tiada sifat kemanusiaan!" marah Sara Izara.

Dia memandang ke arah dimana bingkai gambar itu tadi tergantung dan dia terkejut.

Ada satu lubang bersaiz empat segi disitu. Dia merapati ke dinding itu. Ada beberapa jumlah wang dan juga sepucuk pistol dan dua peluru.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now