A M 24

986 44 0
                                    

MEREKA  tiba di Hotel Promanade. Kereta Audi hitam milik Quzyairi terus terletak elok dalam vip parking.

"Ana...kita dinner first okay?" Beritahu Quzyairi lalu memandang Ana dari pantulan cermin belakang. Ana hanya mengangguk laju kerana perutnya juga sudah berbunyi. Lapar.

Mereka pun turun dari kereta, dengan pantas Quzyairi memimpin tangan Ana. Sebenarnya dia berasa tidak sedap hati, tapi kerana janjinya bersama Ana untuk ke Taman Tema dia terpaksa juga turuti.

Anggun Madeannah yang melihat wajah sedikit tegang dan risau milik suaminya terus memimpin sebelah lagi tangan Ana. Dia juga rasakan perkara yang sama.

***

ANGGUN MADEANNAH melihat suaminya yang duduk berhadapan dengannya. Asyik dengan telefon pintar. Entahlah siapalah yang berbual dengannya dalam telefon pintar itu.

Mungkin lebih penting darinya. Tetapi mengapa wajahnya tegang sungguh. Dia ada masalah ke?

"Mama...I want chicken chop" beritahu Ana sambil jari telunjuk kecilnya menunjuk gambar chicken chop dalam menu. Sebelah lagi tangannya mengoncang lengan Anggun Madeannah. Dia tersenyum.

"Boleh sayang..."

"And ice cream! Chocolate ice cream" sambung Ana lagi dengan sengihan yang semakin melebar. Anggun Madeannah mengangguk. Kepala Ana diusap penuh sayang.

Bagaimanalah dia mahu berjauhan dengan anak kecil secomel ini nanti jika masa sudah tiba?

"Aku pergi tandas kejap. Kau orderlah dulu. Jaga Ana" ujar Quzyairi lalu berdiri dan berlalu pergi tanpa menunggu balasan. Anggun Madeannah mula berasa tidak sedap hati.

Kenapa Quzyairi tiba-tiba bertukar dingin sehingga wajahnya turut kelihatan tegang. Ada masalah ke?

"Mama...Ana lapar hm" rengek Ana lalu menarik perlahan lengan Anggun Madeannah dan meletakkan kepalanya.

Anggun Madeannah berasa kesian pula bila menunggu Quzyairi tiba baru ambil order. Dengan pantas Anggun Madeannah menekan tombol kecil warna merah di tepi meja untuk memanggil pelayan.

***

QUZYAIRI masuk ke tandas lelaki dan terus menguncikan pintu. Telefon pintarnya dibuka lalu menghantar location pada assistantnya Joshua Pan.

Earphone mini diselitkan pada belakang telinganya supaya dia dapat berkomunikasi dengan Joshua Pan. Mikrofon kecil pula diselit pada kolar leher bajunya.

"Hantar beberapa pengintip ikut aku secara sembunyi pergi Taman Tema. Sekarang beberapa orang BlackScorpine sedang mengintip aku dan keluarga aku" dia merakam suaranya lalu butang send dihantar pada Whatsapp Joshua Pan.

"Alright boss"

Dapat saja jawapan dari Joshua Pan, terus Quzyairi keluar dari tandas. Risau jikalau dia lama-lama membiarkan isterinya dan anaknya di luar.

'Kau ganggu salah orang, BlackScorpine'

***

"WHERE is papa, mama? Lambat ye papa..." ujar Ana lalu menyuapkan potongan chicken chop masuk ke dalam mulutnya. Sudah sepuluh minit berlalu, namun bayang Quzyairi masih tidak muncul. Ana pun sudah tercari-cari.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now