A M 1

2.6K 83 1
                                    

ANGGUN MADEANNAH berjalan dengan penuh gaya dan sopan melintasi setiap meja staf-staf dalam Syarikat AA sambil melemparkan senyuman manis yang terukir di bibir merah bak delima. Syarikat AA ialah milik arwah ayahnya selepas ayahnya pencen dari pekerjaan lamanya sebagai seorang ketua askar. Sekarang syarikat ayahnya ini diketuai oleh kakaknya, Anggerik Makkaisyah yang berumur dua puluh lapan tahun dan sudah pun mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki pilihannya, Abdullah Haris seorang pensyarah di universiti kerajaan. Tetapi mereka masih belum mempunyai cahaya mata.

Kakinya dibawa melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya. Kini dia berumur dua puluh empat tahun dan dia bekerja sebagai setiausaha kepada kakaknya sendiri. Mudah baginya juga untuk membantu dan mengetahui selok-belok dalam memajukan syarikat keluarga mereka.

Anggun Madeannah terus meletakkan beg tangannya di atas meja lalu melabuhkan punggung di atas kerusi kerjanya. Kiri kanan rambutnya yang terjuntai di selitkan pada belakang telinga sebelum menyandar pada kerusi kerjanya untuk menghilangkan penat.

Walhal dia mengunakan lif tadi bukannya anak tangga.

"Huh! Lega rasanya bila selamat sampai tanpa menghadapi kesesakkan lalu lintas" kata Anggun Madeannah sendiri sambil memejamkan matanya ingin menghilangkan penat seketika.

Tok! Tok! Tok! Tok!

Terus Anggun Madeannah mencelikkan matanya ingin melihat siapakah yang mengetuk pintu bilik kerjanya begitu ganas.

Seorang wanita bertudung labuh membuka pintu lalu masuk ke dalam bilik kerja Anggun Madeannah. Dia sudah mencekak pinggang dan memandang Anggun Madeannah dengan pandangan tajamnya.

"Amboi! Lambatnya cik Anggun kita ini sampai ke pejabat. Semalam habis tengok bola sampai subuh kah?" Soal Anggerik Makkaisyah dengan sarkastik. Di pandang wajah adiknya itu yang sedang tersenyum.

"Anggun lambat bangun kak. Semalam Anggun menonton netflix sehingga larut malam. Lupa pula esoknya itu hari isnin"

Memang benar kata Anggun Madeannah dia menonton netflix semalam kerana dia berasa bosan duduk di dalam rumah agam milik keluarganya itu sendiri bersama tiga pembantu dan seorang securiti. Sahabatnya juga hanya seorang, Dayang Syairah bekerja sebagai usahawan butik terkenal di Malaysia.

"Apa-apa sahajalah, Anggun. Ini jangan berlenggang saja. Hantar dokumen-dokumen klien yang hendak ditandatangan dengan segera ke bilik kakak" beritahu Anggerik Makkaisyah sebelum berlalu keluar dari bilik kerja adiknya.

"Baiklah kapten!" Jerit Anggun Madeannah lalu mula bekerja dengan perasaan yang gembira.

***

SEDANG Anggun Madeannah menyelesaikan segala kertas kerjanya dan menyemak semua dokumen-dokumen klien yang sudah pun ditandatangani oleh kakaknya, pintu bilik kerjanya diketuk.

Tok! Tok!

"Masuk!" arah Anggun Madeannah dan teruskan kerjanya. Tapi pintu biliknya juga masih diketuk.

Tok! Tok!

"Masuk saja lah!" Jerit Anggun Madeannah tanpa melihat pintu biliknya. Dia hanya menahan sabar sekarang. Dengan kertas kerja bertimbun meninggi di meja kerjanya ditambah lagi dengan ketukkan pintu yang menganggu ketenteraman hidupnya. Argh! Serabutnya otak.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now