STAY TUNED!
AND ENJOY YOUR READING ❤feel free to comment so that I can improve my writing skills, especially typo (memang banyak HAHAHA)
***
PISTOL besi dicampai dari atas meja. Kemudiaan diisikan dengan peluru sehingga penuh. Rambut ditolak menggunakan jari ke belakang dan senyuman senget terukir. Evil Smirk.
' Sekejap lagi, Quzyairi. Sekejap lagi. Markas kau dan betina tu akan jadi milik aku. Aku akan jadi kaya dan berkuasa! ' sinis Mustafa Risdan dalam hatinya yang sudah hitam berkerak.
Dia tahu bahawa Quzyairi Qaiqusydan pasti akan bawa ramai pengikut untuk serbu markas palsu diaorang ni. Hanya disebabkan wanita bernama, Anggun Madeannah.
Yakinnya kamu.
BAM!
Pintu dibuka kasar oleh seorang gadis. Wajahnya penuh bengis dan amarah. Jelas merah wajah gadis itu.
"Hey, little Sara. Kau dah tak ada adab ke?" Sindir Madlan Rishlan. Dia sedang menyusun pistol, revolver dan peluru di dalam jaket kulit yang dipakainya. Menyindir Sara Izara yang sedang menahan amarah tanpa sedikit pun memandang wajah gadis itu.
"You shut up, asshole!" Carut Sara Izara dan menundingkan jari hantu ke arah Madlan Rishlan.
Lelaki itu hanya dengan senyuman sinisnya.
"Mustafa! Apa ni? Kauorang nak tinggalkan aku dekat sini kah!" Teriak Sara Izara tidak puas hati. Dia dengar segalanya. Apa rancangan dua anak beranak ni tanpa sikit pun sampai pada dirinya.
"Teruskan saja dengan plan kita, Sara," jawab Mustafa dengan tiada nada yang sedang membelakangkan gadis itu. Tapi senyuman senget masih terukir.
"What plan! Satu pun kau tiada bagitahu aku!" Sara Izara sudah menapak masuk ke ruangan itu. Matanya semakin panas bila melihat dua anak beranak itu langsung tidak peduli akan kehadirannya.
"Kau diam ja betina. Just do your work," tegas Madlan Rishlan.
Sara Izara sudah mendidih. Tahap amarahnya sudah mencapai tahap kemuncuk. Dengan pantas dia ke arah Madlan Rishlan yang baru saja mahu menyalakan rokok. Kedua tangan Sara Izara sudah naik mencekik lelaki tu.
Lelaki yang paling dia menyampah. Sangat!
"Arghh!"
"Mati lah kau!" tempik Sara Izara dan menguatkan tangannya mencekik leher Madlan Rishlan dari belakang.
Mereka berdua bergelut sesama sendiri. Sara Izara langsung tidak menunjukkan tanda mahu mengalah. Matanya merah.
Marah dan menangis.
Mustafa Risdan yang mendengar pergelutan Madlan Rishlan dan Sara Izara terus menoleh. Senyuman sinis mati dari wajah.
"Setan punya betina," maki Mustafa Risdan dan mendekati dua figura yang sedang bergelut.
Dengan sekali tarikan pada kepala Sara Izara, tubuh gadis itu terus terlempar jauh ke belakang.

YOU ARE READING
Anggun Madeannah
AksiApakah yang anda lakukan bila anda tahu anda sebenarnya ketua mafia? Seorang gadis yatim piatu kematian kedua insan tercinta dipanggil ibu dan ayah ketika berusia enam belas tahun. Memori hitam yang meragut insan tercinta masih lagi berputar difikir...