" Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang "(Pujangga)
ANGGUN Madeannah sudah pun selamat masuk dan duduk dalam pesawat yang akan membawa aku pulang ke Malaysia semula dari bumi Perancis. Kota Cinta yang indah itu.
Masih lagi terngiang-ngiang kata-kata sahabatnya, Dayang Syairah memberikan kata yang penuh semangat serta luahkan perasaan risaunya terhadap Anggun Madeannah. Tidak lupa juga Ashraf Naufil.
"Drama sangat kawan aku ni. Cengeng betul!" katanya sendiri lalu tersenyum kecil. Tergeleng perlahan kepala mengingati sahabatnya tadi. Seperti ibu yang hendak meninggalkan anaknya jauh ke negara seberang.
Baru saja dia ingin membetulkan kedudukannya pada kerusi, seorang lelaki memakai mask hitam datang dan duduk disebelahnya. Mungkin lelaki itu membeli tiket yang kebetulan duduk disebelahnya. Abaikan saja. Buat apa mahu ambil tahu? Hal dirumah lebih penting sampai kepala naik pening.
Tapi..
'Macam pernah aku tengo mata lelaki ni. Tapi dimana?' Soal hatinya pada diri sendiri.
Dekat teksi? Lapangan terbang? Dekat restoran halal? Atau Hotel Pullman?
"Jangan tengo saya macam nak telan hidup-hidup, Cik. Makanan masih ada belum pupus lagi di dunia ni. Malu orang sekeliling nampak nanti" teguran lelaki itu mengejutkannya sambil mengenyitkan sebelah matanya pada Anggun Madeannah. Tidak sedar dia terleka memandang wajah lelaki itu walaupun hanya sepasang mata dan satu batang hidung yang kelihatan.
"Aku bukan tengok kau lah. Aku tengo bayi comel sebelah sana tu. Jangan perasan. Bukan handsome sangat pun. Setakat mata ja" Anggun Madeannah cuba menutup malu dengan memberikan alasan dia melihat seorang bayi comel dalam dukungan seorang ibu. Tapi sumpah! Bayi itu memang comel.
"Macamlah aku tidak tahu" kecil saja suara lelaki itu membalas namun gegendang telinga Anggun Madeannah masih waras dan masih boleh dengar.
"Peras..."
" Mademoiselle, veuillez utiliser la ceinture. L'avion partira moins de dix minutes. (Cik, sila pakai tali pinggang. Kapal terbang akan bertolak kurang dari sepuluh minit lagi.) " tiba-tiba pula seorang pramugari cantik menegurnya ketika ingin membalas kata si lelaki perasan handsome tu.
Ini semua pasal kewujudan dia sampai Anggun Madeannah tidak sempat memakai tali pinggang tadi.
"Okay. Je suis désolé (Maafkan saya) " balas Anggun Madeannah pada pramugari tadi lalu tangannya laju memakai tali pinggang dan menyandar pada kerusi. Sekejap lagi kapal akan terbang. Dan Anggun Madeannah akan mereput di dalam kapal ini selama enam belas jam sekali lagi.
Sempat telinganya mendengar kata lelaki disebelahnya yang mengata tentangnya dalam bahasa french..
" Le visage était déjà allumé. Les cheveux sont aussi des lacs. Malheureusement, la bouche n'est pas aussi belle. Le cerveau est trop vieux. (Muka sudah lawa. Rambut juga lawa. Sayangnya mulut tidak seindah rupa. Otak pun sudah tua.)"
'Cis! Suka hati kata otak aku tua. Umur aku baru dua puluh empatlah.' Omelnya dalam hati yang sudah pun membara. Panas!
"Tak payah nak membawang pasal aku dalam hati kau tu. Busuk bawang nanti" sekali lagi lelaki itu menegurnya. Bagai tahu apa yang Anggun Madeannah omelkan dalam hati. Sudahlah penyibuk, perasan lagi!
"Kau boleh duduk diam ke untuk enam belas jam ni. Sakit telinga aku dengar suara kau tu bertapis dengan mask" balas Anggun Madeannah dengan perasaan geram lalu memalingkan mata ke arah luar jendela
"Suka hat.."
"Shhh!" Anggun Madeannah mencelah
"Aku ada mulu.."
YOU ARE READING
Anggun Madeannah
ActionApakah yang anda lakukan bila anda tahu anda sebenarnya ketua mafia? Seorang gadis yatim piatu kematian kedua insan tercinta dipanggil ibu dan ayah ketika berusia enam belas tahun. Memori hitam yang meragut insan tercinta masih lagi berputar difikir...