A M 26

950 45 2
                                    

KERETA AUDI hitam masuk ke perkarangan Qusy Villa sebaik saja seorang sekuriti Villa itu membuka pagar.

Quzyairi memandang Ana melalui cermin belakang. Ana sudah lena dibuai mimpi. Wajah anak kecil itu kelihatan sembab akibat menangis.

Anggun Madeannah memandang Quzyairi dengan ekor matanya. Jelas menampakkan lelaki itu benar-benar risau tentang Ana. Dalam hatinya, mesti ibu kandung Ana itu ialah orang yang paling dicintai Quzyairi.

"Pergilah masuk dalam dulu. Bawa Ana sekali" kata Quzyairi perlahan.

"Awak? Tak masuk sekali?" Soal Anggun Madeannah. Dia risaukan lelaki itu. Tak mungkin lelaki itu mahu pergi menguruskan hal tadi?

Hari sudah jauh malam, jam dua belas suku.

"Pergi lah dulu. Tak faham?" Balas Quzyairi dengan nada keras.

Anggun Madeannah sedikit terkilan namun dikawal reaksi wajahnya. Hanya diam. Cepat betul lelaki itu berubah.

Dia keluar dari kereta Audi hitam milik Quzyairi, lalu membuka pintu belakang dan mengendong Ana dengan berhati-hati. Nanti anak kecil itu terjaga pula.

Anggun Madeannah melangkah masuk bersama Ana dalam pelukannya.

Quzyairi yang masih berada di dalam kereta hanya memerhatikan gerak-geri Anggun Madeannah. Seketika dia meraup kasar wajahnya.

Baru saja mahu mengambil telefon pintarnya, ia sudah bergetar. Dengan pantas Quzyairi melihat nama si pemanggil..

Umi's calling...

Tanpa menunggu masa..

"Assalamualaikum umi..."

***

ANGGUN MADEANNAH naik setiap anak tangga. Tangannya membelai rambut lurus milik Ana. Mendodoikan dan memberikan sayang pada anak kecil itu.

Kaki terus melangkah menuju ke bilik tidur Ana. Baru saja Anggun Madeannah mahu memulas tombol pintu, Ana sudah merengek kecil.

"Shhh..." dodoi Anggun Madeannah menepuk perlahan belakang tubuh Ana.

"Hmm mama..." panggil Ana dalam keadaan separuh sedar. Lalu disembamkan wajahnya pada bahu Anggun Madeannah.

"Shh...mama disini, sweetie"

"Mama..." panggil Ana lembut dan perlahan.

Anggun Madeannah merasakan Ana mengigau kecil. Fikirannya terus berubah. Kaki dibawa melangkah ke bilik tidur utama, biliknya bersama Quzyairi.

Tombol pintu dipulas perlahan. Pintu dibuka perlahan. Bimbang bunyi pintu menganggu lena puteri kecilnya.

Kaki melangkah ke katil bersaiz king sambil sebelah tangan mendodoikan Ana.

Baru saja Anggun Madeannah mahu membaringkan Ana pada atas katil, Ana terus merangkul leher Anggun Madeannah. Erat.

"Don't leave me, mama..." ngigau Ana.

Anggun Madeannah perlahan-lahan melepaskan pelukan Ana pada lehernya bila anak kecil itu kembali diulit mimpi. Dikucup penuh kasih ubun-ubun Ana.

Hanya Allah yang tahu apa perasaannya terhadap anak kecil itu.

Tiba-tiba, Ana menyentuh lengannya. Anggun Madeannah memandang wajah anak kecil itu penuh kasih. Matanya berkedip-kedip.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now